Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.la.hat] | مصلحت

Definisi : Ar sesuatu yg berfaedah (berguna), usaha dsb yg mendatangkan faedah: dia sentiasa meletakkan kebenaran di hada-pannya dan tidak mempermudah-mudah-kan sesuatu ~ yg mengenai orang ramai; se-tiap langkah, peraturan dan undang-undang yg dapat melindungi dan mempertahankan perkara yg disebutkan tadi adalah ~; kemaslahatan kegunaan, faedah: hal yg sa-lah dan bertentangan dgn ~ orang ramai; demi ~ dan kepentingan manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maslahat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berikan makna maslahat dan contoh ayat. Bagaimana untuk membezakan ayat aktif dengan ayat aktif transitif.Maslahat ialah sesuatu yang berfaedah atau berguna. Contoh ayat : Setiap langkah, peraturan dan undang-undang yang dapat melindungi dan mempertahankan perkara yang disebut tadi adalah maslahat. Bagi mendapatkan perbezaan  ayat aktif dengan ayat aktif transitif, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, bab 17, hlm.484.Makna19.06.2008
1. Bagaimanakah menggunakan perkataan dasawarsa, maslahat,konklusi dan enigma dalam ayat?Dasawarsa ialah masa sepuluh tahun, dekad. Maslahat dr bahasa Arab bermaksud sesuatu yang berfaedah. Konklusi pula dr bahasa Inggeris yg bermaksud kesudahan ataupun penutup (conclusion). Manakala enigma bermaksud sesuatu yg sukar difahami (kabur). Contoh penggunaan dlm ayat: 1. Hampir satu dasawarsa Amilah menunggu kepulangan suaminya yang telah ditahan oleh pihak Belanda.2. Para pembaca kitab Tajussalatin akan memperoleh maslahat seperti yang dinyatakan oleh pengarangnya. 3. Pengguna bahasa digalakkan menggunakan bahasa Melayu terlebih dahulu disebabkan bahasa Melayu mempunyai nilai estetika yg tersendiri. 4. Sama penerangan seperti dalam 3 di atas.Tatabahasa01.07.2008
Adakah perkataan istihsan dan maslahah perlu ditulis dalam bentuk italic?Perkataan istihsan dan maslahat (ejaan sebenar dalam kamus Dewan) yang merupakan perkataan Arab  tidak perlu ditulis dalam bentuk italik.Ejaan11.11.2022
saya mencari perkataan maslahah dalam bahagian carian kata, tetapi tiada rekod dijumpai.Ada atau tidak perkataan maslahah did alam kamus dewan?adakah ejaannya betul?? MASLAHAHMaslahah dieja maslahat dalam Kamus Dewan iaitu kata Arab yang bermaksud sesuatu yang berfaedah (berguna), usaha dan sebagainya yang mendatangkan faedah.Istilah26.02.2010
adakah ayat-ayat di bawah tepat, mohon cadangan ayat yang betul: 1. Adalah penting bahawa kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini. 2. Kerana maqasid didapati daripada nas secara induksi, maslahah akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid, sebagaimana disyorkan ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut,karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

Berdasarkan semakan kami, cadangan ayat yang betul ialah: 1. Kaedah penyatuan menggunakan konsep kepelbagaian dimensi dalam mengatasi kelemahan ini adalah amat penting. 2. Oleh sebab maqasid syariah didapati daripada nas secara induksi, maka maslahat akan mempunyai keabsahan kehakiman sekiranya ia dikenal pasti dengan maqasid syariah sebagaimana yang disyorkan oleh ramai ahli fiqh. 3. Yang berikut ialah kes-kes yang menggambarkan (istihsan) dalam al Mabsut, karya Ibn al-Hasan al-Shaybani.

 

Tatabahasa03.11.2022

Kembali ke atas