Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mas.la.hat] | مصلحت

Definisi : Ar sesuatu yg berfaedah (berguna), usaha dsb yg mendatangkan faedah: dia sentiasa meletakkan kebenaran di hada-pannya dan tidak mempermudah-mudah-kan sesuatu ~ yg mengenai orang ramai; se-tiap langkah, peraturan dan undang-undang yg dapat melindungi dan mempertahankan perkara yg disebutkan tadi adalah ~; kemaslahatan kegunaan, faedah: hal yg sa-lah dan bertentangan dgn ~ orang ramai; demi ~ dan kepentingan manusia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata maslahat


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
istibdal waqfistibdal wakafEkonomiEkonomi IslamTindakan atau amalan menggantikan harta wakaf tertentu dengan harta lain. Penggantian harta wakaf boleh dilakukan sama ada melalui tukaran, jualan atau belian mengikut tuntutan syarak. Tujuan istibdal adalah untuk mendapatkan harta yang lebih baik dengan mengekalkan tujuan asal wakaf tersebut supaya pahala daripadanya terus dinikmati oleh wakif berkenaan. Segala syarat wakaf yang telah dibuat oleh wakif terhadap harta asal akan terpakai terhadap harta baru ini. Kuasa untuk melakukan istibdal wakaf diberikan kepada nazir wakaf apabila didapati harta wakaf berkenaan tidak lagi boleh dimanfaatkan akibat pelbagai faktor. Contohnya, beberapa tanah wakaf yang bersaiz kecil dan terletak bertaburan pada banyak tempat biasanya tidak boleh menghasilkan manfaat yang sewajarnya. Dengan kuasa tertentu, nazir wakaf akan melakukan istibdal dengan cara menjual tanah berkenaan dan wang hasil jualan digunakan untuk membeli sebidang tanah yang lebih luas atau lebih strategik sehingga mampu memberi manfaat yang jauh lebih baik. Walaupun tindakan istibdal ini tidak diharuskan oleh mazhab Syafii, namun Majlis Agama Islam negeri di Malaysia telah membenarkannya berdasarkan mazhab lain demi maslahat umat Islam.

Kembali ke atas