Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
masuk (kata kerja)
1. Bersinonim dengan pergi ke dalam: datang ke dalam
Berantonim dengan keluar

2. Dalam konteks matahari
bersinonim dengan terbenam, tenggelam, turun, meruyup, terpuruk,
Berantonim dengan terbit

3. Bersinonim dengan pergi: hadir di, berada di,

4. Bersinonim dengan menganut: memeluk

5. Dalam konteks peperiksaan
bersinonim dengan mengambil, menduduki, menghadiri, menyertai, mengikuti,

6. Bersinonim dengan telap: bobos, telus, lut, tembus,

Kata Terbitan : memasuki, memasukkan, termasuk, kemasukan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum. Mohon pengesahan sama ada imbuhan yang digunakan untuk 'log masuk/keluar' dalam ayat berikut adalah betul. 1) Please register by logging in directly to your account. (Sila daftar dengan mengelog masuk terus ke akaun anda). 2) You have been logged out of your account. (Anda telah dilog keluar daripada akaun). Terima kasihWaalaikumussalam. Ayat yang betul atau lebih sesuai ialah

1. Untuk mendaftar, sila log masuk terus ke akaun anda.
2. Anda telah dilog keluar daripada akaun anda.
 
Penyemakan dan penterjemahan22.12.2016
Salam sejahtera, adakah benar tidak digalakkan menggunakan kata pinjaman (kata yang sudah diserap masuk ke dalam bahasa Melayu) jika ada padanan katanya dalam bahasa Melayu? Sedangkan bahasa Melayu itu bersifat dinamik. Contohnya kata ofis & pejabat.Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud kata pinjaman ialah perkataan yang diambil daripada bahasa asing. Padanan yang diserap terus dalam bahasa Inggeris boleh terus digunakan sekiranya padanan tersebut sudah ada dalam kamus sahaja. Contoh perkataan yang diberikan, perkataan ofis hanya digunakan dalam bahasa percakapan sahaja tetapi dalam penulisan rasmi perlu menggunakan bahasa Melayu standard iaitu pejabat.Makna15.10.2019
assalamu alaikum.saya nama chenurisa cehsoh. saya belajar bahasa melayu. saya ingin bertanya tentang bahasa melayu. Apakah makna lulus?Menurut data kami, maksud lulus ialah 1 dapat masuk terus atau lalu (ke dalam atau dari lubang dan lain-lain); dapat lucut atau lepas (bukan cincin dr jari dan lain-lain): Bagaimana benang sekasar ini dpt ~ kalau lubang jarumnya begitu kecil? 2 berjaya dlm peperiksaan; berhasil dalam sesuatu usaha atau ikhtiar: Ia sudah ~ dari universiti. 3 dikabulkan (permintaan, permohonan dan lain-lain); diperkenankan: Permohonannya untuk meminjam wang sudah ~. 4 terperlus ke dalam lubang dan lain-lain: Kakinya ~ ke dlm lubang yang penuh dgn air kotor. meluluskan 1 membiarkan lalu atau masuk. 2 melucutkan (cincin dan lain-lain). 3 menjadikan lulus atau berjaya (dalam peperiksaan dan lain-lain). 4 mengabulkan permintaan, permohonan dan lain-lain; memperkenankan: Kerajaan sudah ~ biasiswanya untuk menuntut di luar negara. 5 melepaskan atau membebaskan diri. lulusan orang yang sudah lulus dalam peperiksaan; lepasan: ~ Universiti Malaya. kelulusan 1 perihal lulus: Permohonannya masih belum mendapat ~ daripada pihak atasan. 2 tingkatan pengajian yang diperoleh: ~ adalah penting untuk mendapatkan pekerjaan. Dia berazam untuk mencapai ~ yang paling tinggi. berkelulusan mempunyai kelulusan: Anaknya semua ~ tinggi dan memegang jawatan penting. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=lulus+Makna13.11.2015
Salam Sejahtera, pihak DPB. Setelah memahami konsep frasa nama, saya kembali keliru lagi apabila diminta mencari frasa nama dalam petikan cerpen. Saya ingin meminta kepastian daripada pihak DBP untuk mengenal pasti 4 frasa nama dalam petikan contoh dibawah supaya saya boleh membandingkannya dengan jawapan yang saya telah dapatkan: Terpegun sejenak Mariah apabila sampai di hadapan rumah ayahnya. Dia menoleh sejenak ke arah kereta suaminya yang sudah pun bergerak keluar untuk menjemput dua orang anak perempuannya di pusat tuisyen. Kereta ayahnya tidak ada. Tentu ayahnya keluar. Namun, hatinya mengatakan kereta itu mungkin dibawa oleh abangnya, Borhan. Mana mungkin! Abangnya sudah mempunyai kereta, tetapi mungkin kereta Abang Borhan rosak. Dengan anggapan itu, Mariah terus masuk ke dalam rumah ayahnya tanpa mengetuk pintu.Frasa nama yang terdapat dalam petikan tersebut seperti yang berikut: 1) rumah ayahnya 2) kereta suaminya 3) Kereta ayahnya 4) kereta Abang BorhanTatabahasa06.10.2017
Lynn Sherman Aug 10th, 4:50pm Selamat petang, saya jeniffer.saya ingin bertanya mengenai istilah dalam terjemahan.saya cuba email pihak DBP, namun gagal mencapai email dpb and.gov.my...boleh saya mendapat email DBP bagi memudahkan saya ajukan beberapa soalah?Puan boleh menggunakan Khidmat Nasihat DBP dalam Talian dengan mendaftar melayari laman web www.prpm.dbp.gov.my dan klik menu “e-perkhidmatan”. Klik “Khidmat Nasihat Bahasa”. Skrin “Daftar masuk” akan dipaparkan dan klik “log Masuk Individu”. Masukkan alalat e-mel (japana akan dihantar terus ke alamat e-mel berkenaan). Pengguna yang kali pertama berkunjung perlu mendaftara terlebih dahulu dengan mengisi semua maklumat yang bertanda (*), setelah selesai, klik “Hantar”. Masukkan pertanyaan dengan jelas, kemudian klik “Hantar”.Lain-lain10.08.2014
Irdina Zu Jul 18th, 3:47pm Assalamualaikum. Boleh tak kenalkan saya dengan mana2 guru bahasa melayu utk sy mudah saya rujuk bahasa atau saya boleh rujuk terus di page ini? Terima kasih.Untuk pertanyaan bahasa, puan boleh layari www.prpm.dbp.gov.my dan klik ke ruang e-perkhidmatan. Seterusnya, klik ke ruangan Khidmat Nasihat DBP. Puan perlu mendaftar masuk dan mengemukakan pertanyaan berkaitan bahasa, penerbitan, korporat dan pentadbiran DBP. Khidmat Nasihat Bahasa membantu pelanggan menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan ejaan Rumi dan Jawi, semakan penggunaan perkataan dan istilah, semakan bahasa/tatabahasa dan sebagainya.Tatabahasa18.07.2014

Kembali ke atas