Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ad hoc committeejawatankuasa ad hocSains PolitikPolitik PerbandinganJawatankuasa yang dibentuk bagi menangani sesuatu perkara atau masalah yang memerlukan penyelesaian atau pengurusan yang segera. Jawatankuasa ini dibentuk bagi memelihara kepentingan sesebuah masyarakat. Komuniti ini bersifat sementara dan keabsahannya hanya wujud dalam tempoh melaksanakan sesuatu tugas. Jawatankuasa ini akan dibubar setelah tugas yang diberi selesai. Contohnya, jawatankuasa ad hoc yang ditubuhkan bagi menangani kesan wabak SARS (sindrom pernafasan akut yang teruk).
interpretive communitykomuniti interpretifKesusasteraanTiadaMasyarakat (komuniti) pembaca yang berkongsi konvensi penghayatan sastera. Konvensi ini mempengaruhi dan menentukan bacaan atau tafsiran seseorang ahli masyarakat berkenaan. Dalam konteks ini, respons individu terhadap teks biasanya terikat dengan respons komuniti. Menurut pengasas konsep ini, Stanley Fish, institusi akademi menjadi tonggak konvensi terhadap tafsiran dan analisis teks. Namun, interpretasi daripada komuniti akademik ini tidak semestinya sehaluan. Memandangkan ahli akademik memanfaatkan pelbagai teori, contohnya formalisme, Marxisme, dan pascastrukturalisme, penghayatan kes juga boleh bercanggah mengikut pegangan masing-masing. Hal ini memungkinkan berlakunya tafsiran yang berbeza-beza, sekali gus menghakis atau mencabar konsep komuniti interpretif. Lihat juga teori respons pembaca, ufuk harapan.
community patternpola komunitiGeografiTiadaSifat atau pola komuniti sesebuah masyarakat.
community studiespengajian komuniti/pengajian masyarakatSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
political communitykomuniti politikSains PolitikPolitik PerbandinganSekelompok anggota masyarakat yang dibentuk berasaskan hubungan politik. Hubungan yang mengikat anggota masyarakat ini tidak berasaskan kebudayaan, ekonomi atau sosial. Komuniti ini boleh terdiri daripada satu kelompok minoriti yang sedang bergerak memperjuangkan kemerdekaan dan matlamat tertentu atau merupakan satu komuniti yang berpegang kepada sesuatu ideologi dan semua anggotanya berpegang kuat kepada ideologi tersebut. Contohnya, penduduk China yang lari ke Taiwan selepas Revolusi China merupakan satu komuniti politik yang tidak mahu pemerintahan komunis dan berpegang kepada pemerintahan demokrasi.
community action programprogram tindakan komunitiPentadbiranPentadbiran Awam

Projek atau usaha strategik yang dilaksanakan oleh pihak pemerintah untuk pembangunan masyarakat secara berkesan. Pada asalnya tujuan utama program tindakan komuniti adalah untuk membantu golongan miskin di bandar-bandar bagi memenuhi keperluan sosial mereka. Kemudian program ini dikembangkan untuk membantu golongan yang berpendapatan rendah agar mereka dapat hidup dengan lebih selesa lagi pada zaman moden ini. Program tindakan komuniti ini menggalakkan penglibatan masyarakat tempatan secara sukarela untuk memperbaiki kualiti kehidupan mereka. Contohnya, KEMAS dan Gerakan Desa/Daya Wawasan (GDW) merupakan satu program tindakan komuniti yang diperkenalkan oleh pihak pemerintah bagi membantu masyarakat meningkatkan taraf hidup mereka, khususnya di kawasan luar bandar.

community empowermentpemerkasaan komunitiPsikologiTiadaProses meningkatkan kesejahteraan dan keadilan sosial dalam sesebuah komuniti, contohnya mengembangkan bakat atau minat anak-anak melalui pelbagai acara dalam komuniti atau pembangunan semula ekonomi masyarakat.
social experimentationpercubaan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKajian yang dilakukan untuk melihat kesan daripada perubahan sesuatu dasar, belanjawan atau program yang melibatkan anggota kelompok masyarakat seperti komuniti perumahan, pekerja pejabat, kilang atau tempat khalayak ramai. Metodologi dalam pengujian ini memisahkan kesan daripada faktor luar yang mungkin berlaku terhadap masyarakat dan menumpukan sepenuhnya kepada kesan polisi, belanjawan atau program yang dikaji. Dalam percubaan sosial ini masyarakat dijadikan sebagai bahan kajian.
solidarityperpaduanSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan rapat atau sepadu dalam sebuah komuniti yang berasaskan objektif, kepentingan atau nilai sepunya. Anggota komuniti berkongsi sentimen yang sama seperti bahasa, agama, dan budaya, sekali gus membentuk hubungan kekitaan yang sangat kuat. Hubungan ini kemudiannya mewujudkan pula perasaan saling memerlukan antara satu dengan yang lain. Dalam komuniti ini, wujud amalan tolong-menolong, gotong-royong dan saling bekerjasama. Perpaduan kebiasaannya lebih kuat dalam masyarakat kecil berbanding dengan masyarakat yang lebih besar. Hal ini kerana masyarakat yang besar mengalami proses industrilisasi, urbanisasi dan modenisasi yang mengutamakan kepentingan individu daripada komuniti.
low carbon communitykomuniti berkarbon rendahTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauMasyarakat yang bekerjasama untuk mengurangkan jumlah pelepasan sebatian karbon dalam alam sekitar melalui pelbagai cara, contohnya melakukan aktiviti mampan yang melibatkan isi rumah, perniagaan, sekolah dan masyarakat.
1234

Kembali ke atas