Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan (di sekolah, maktab, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jenis-jenis ilmu pengetahuan yg diajarkan di sekolah-sekolah dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam moderator, saya ingin tahu manakah satu penggandaan yang betul bagi istilah 'mata pelajaran'. Mana sang betul 'mata-mata pelajaran' atau 'mata pelajaran-mata pelajaran' ?Kata ganda bagi mata pelajaran ialah mata-mata pelajaran.Tatabahasa07.02.2010
Tuan, saya ingin memyemak ejaan perkataan berikut: (1) buku Sejarah atau buku sejarah (2) ahli Sejarah atau ahli sejarah (3) cikgu Sejarah atau cikgu sejarah (4) mata pelajaran Sejarah atau mata pelajaran sejarah (5) pelajaran Sejarah atau pelajaran sejarah (6) latihan Sejarah atau latihan sejarahUntuk makluman, perkataan "sejarah" dieja dengan huruf kecil. Huruf besar "S" digunakan sekiranya perkataan ini merujuk kepada nama mata pelajaran yang merupakan nama khas.
1. buku Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), buku sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
2. ahli sejarah
3. cikgu Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran Sejarah)
4. mata pelajaran Sejarah
5. pelajaran Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), pelajaran sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
6. latihan Sejarah ((sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), latihan sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran

Ejaan10.05.2012
Tuan, saya ingin memyemak ejaan perkataan berikut: (1) buku Sejarah atau buku sejarah (2) ahli Sejarah atau ahli sejarah (3) cikgu Sejarah atau cikgu sejarah (4) mata pelajaran Sejarah atau mata pelajaran sejarah (5) pelajaran Sejarah atau pelajaran sejarah (6) latihan Sejarah atau latihan sejarah Terima kasih.Untuk makluman, perkataan "sejarah" dieja dengan huruf kecil. Huruf besar "S" digunakan sekiranya perkataan ini merujuk kepada nama mata pelajaran yang merupakan nama khas.
1. buku Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), buku sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
2. ahli sejarah
3. cikgu Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran Sejarah)
4. mata pelajaran Sejarah
5. pelajaran Sejarah (sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), pelajaran sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran
6. latihan Sejarah ((sekiranya merujuk kepada nama mata pelajaran), latihan sejarah sekiranya tidak merujuk kepada nama mata pelajaran

Ejaan10.05.2012
Yang mana satu patut diguna mata pelajaran Bahasa Melayu atau mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolahMerujuk mata pelajaran, istilah Bahasa Malaysia digunakan.Tatabahasa30.10.2009
manakah ayat yang paling sesuai dari dua contoh berikut: contoh 1 : Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah 4 dan 3 mata pelajaran masing-masing. Contoh 2: Sementara, purata bilangan mata pelajaran yang diajar oleh seorang guru di sekolah rendah dan menengah ialah masing-masing 4 dan 3 mata pelajaran. mohon pembetulan. tq.Ayat yang sesuai ialah ayat kedua.Lain-lain06.07.2015
Salam Mana yang betul 1)"Apakah nama guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kamu"? ATAU 2)"Siapakah nama guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa malaysia di sekolah kamu?"Ayat yang betul ialah "Siapakah nama guru yang mengajarkan mata pelajaran Bahasa Malaysia di sekolah kamu?".Tatabahasa29.06.2011
1.Yang manakah betul-mengajar kami mata pelajaran Sejarah ATAU mengajari kami mata pelajaran Sejarah. 2. Sila berikan satu contoh yang dapat membezakan 'merindui' dengan 'meridukan' 3. Ayat Aktif-Salim menulis karangan ini dengan baik Ayat Pasif-Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik -Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim (Yang manakah betul ayat pasif di atas)

Ayat yang betul ialah,

1.  Mengajari kami mata pelajaran Sejarah - mengajari bermaksud mengajar seseorang (sesuatu ilmu pengetahuan, kemahiran, dan sebagainya), melatih (seseorang): contoh,  guru yang mengajari murid-murid darjah 5 ilmu alam dan sejarah.

2. Merindui bermaksud mempunyai keinginan yang sangat kuat untuk bertemu dengan seseorang atau mendapatkan sesuatu dan sebagainya, yang sentiasa berada dalam ingatan, kenangan dan sebagainya: contohnya, orang tua itu merindui anak cucunya, manakala merindukan bermaksud membangkitkan rasa rindu, mendatangkan rindu, menjadikan rindu: contohnya, nyanyian yang merawankan dan merindukan hati.

3. Karangan ini ditulis oleh Salim dengan baik dan Karangan ini ditulis dengan baik oleh Salim, kedua-dua ayat ini boleh menjadi ayat pasif.

Tatabahasa11.03.2010
Istilah mana di guna pakai sekarang bagi mata pelajaran :Bahasa Melayu atau Bahasa MalaysiaSalam sejahtera,
Istilah Bahasa Malaysia digunakan bagi semua mata pelajaran di sekolah oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dan Dewan Bahasa dan Pustaka menggunakan istilah tersebut bagi semua mata pelajaran dalam penerbitan buku teks. Sekian, terima kasih.
Lain-lain08.11.2012
Mata pelajaran kegemerannya ( adalah atau ialah) Bahasa Malaysia. Guna adalah atau ialah?Mata pelajaran kegemerannya ialah Bahasa Malaysia. Untuk membantu puan menyemak ayat dan membina ayat yang betul, puan boleh merujuk guru bahasa Melayu di sekolah puan. Untuk memantapkan lagi kemahiran, puan juga boleh menyemak kamus bagi mendapatkan penggunaan kata yang betul dalam konteks ayat tersebut.Tatabahasa17.05.2015
dalam subjek spm,ada mata pelajaran kesasteraan melayu?Dalam peperiksaan SPM, mata pelajaran kesusasteraan Melayu diajar dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Sekian.Lain-lain09.02.2009
12345678910...

Kembali ke atas