Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : a) wang yg bukan wang kertas, wang drpd logam (duit syiling); b) jenis atau unit wang yg digunakan di sesebuah negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : jenis wang yg digunakan di sesuatu tempat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mata (kata nama)
1. Bersinonim dengan organ penglihatan: pancaindera, ain,

2. Bersinonim dengan bilah
Berantonim dengan hulu

3. Bersinonim dengan markah: skor, agregat, kredit, gred, ponten.,



Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Tuan, Kata majmuk (plural) bagi mata wang? T. kasih & Salam Sibly

Untuk makluman, penggandaan kata majmuk melibatkan penggandaan unsur pertama kata sahaja. Contohnya, alat-alat tulis dan Menteri-Menteri Besar. Oleh itu, mata wang menjadi mata-mata wang.

Tatabahasa20.02.2011
Salam tuan, Yang mana lebih tepat: "dalam keadaan DI MANA mata wang negara itu..." ataukah "dalam keadaan YANG mata wang negara itu..." Salam & T. KasihAyat yang tepat ialah dalam keadaan mata wang negara itu...Tatabahasa16.02.2011
Apakah perbezaan sebutan dan tulisan nilai mata wang ringgit?

Selamat pagi.
Contoh dalam penulisan nilai mata wang ringgit ialah (Ringgit Malaysia : Dua Puluh Ringgit Sahaja) tetapi dalam pertuturan, lazimnya disebut dua puluh ringgit.  Sekian, terima kasih.

Lain-lain31.05.2016
Salam sejahtera, Adakah "Cryptocurrencies" sesuai diterjemahkan kepada "Kriptowang", "Kriptomatawang" atau "matawangkripto"/"mata wang kripto"?. Mohon bantuan dan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Untuk makluman, cryptocurrencies tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Sungguhpun demikian, kami mencadangkan supaya diterjemahkan kepada mata wang kripto.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2018
Salam nak tanya, mengapa perkataan "mata" digunakan pada mata wang? boleh tolong jelaskan?Untuk makluman saudara penggunaan perkataan "mata" pada perkataan mata wang bermaksud jenis atau unit wang yang digunakan di sesebuah negeri. Makna01.11.2020
1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang 2) Opening Balance = Baki Pembukaan 3) Earned This Period = Memperoleh Tempoh Ini 4) Redeemed this Period = Menebus Tempoh ini 5) Available Balance=Baki Tersedia Mohon khidmat nasihat DBP untuk terjemahan berikut. Ini adalah untuk sektor perbankan. Terima Kasih1) Rewards Currency = Ganjaran Mata Wang
2) Opening Balance = Baki Pembukaan
3) Earned This Period = Perolehan dalam tempoh ini.
4) Redeemed this Period = Penebusan dalam tempoh ini. 
5) Available Balance = Baki Tersedia
Cadangan terjemahan ini boleh digunakan jika bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
Penyemakan dan penterjemahan01.09.2015
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi mata wang "Russian ruble"? Mohon bantuan dan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Penggunaan yang sesuai ialah Ruble Rusia sama seperti Ringgit Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2018
Salam sejahtera, Apakah terjemahan yang sesuai bagi mata wang "Swiss franc"? Mohon bantuan dan pendapat pihak DBP. Terima kasih.Penggunaan yang sesuai ialah Franc Swiss sama seperti Ringgit Malaysia.Penyemakan dan penterjemahan01.11.2018
Saya mahukan kepastian berkaitan sebutan dan penulisan nilai mata wang Ringgit Malaysia. Adakah RM150.20 di sebut Seratus lima puluh ringgit dan dua puluh sen? Manakala apabila ditulis Ringgit Malaysia: Seratus lima puluh dan dua puluh sen? Bagaimana dengan RM10.20?Untuk RM10.20 cara penulisannya ialah "Sepuluh ringgit dan dua puluh sen" atau "Ringgit Malaysia Sepuluh dan dua puluh sen"Lain-lain27.05.2016
Selamat pagi, En. Sulaiman, saya ingin bertanya, bolehkah mata wang Amerika ditulis sebagai USD ataupun AS$? Terima kasih.

kedua-duanya boleh digunakan tetapi pada kebiasaannya digunakan USD.

Lain-lain06.12.2010
1234

Kembali ke atas