Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Contoh ayat: Pak Mat berkata, "Seberangilah/Menyeberangilah/Menyeberanglah sungai ini sebelum matahari terbenam." Mana satukah yang betul dan sila beri penjelasan. Terima Kasih.Seberangilah sungai ini sebelum matahari terbenam. - dalam ayat suruh kata seberangilah yang digunakan.Tatabahasa08.10.2011
Salam sejahtera. Saya ingin bertanya tentang ayat-ayat di bawah. 1. Pemandangan di pantai Port Dickson.....indah ketika matahari terbenam. a. sangat nian b. benar sekali c. sungguh amat d. terlalu paling Terima kasih.

Hanafi

Kesemua jawapan yang diberikan agak mengelirukan. Saya berpendapat perkataan yang paling sesuai ialah sungguh.

Tatabahasa03.08.2010
"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." atau "Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." Ayat manakah yang sesuai dan mengapakah ayat tersebut salah?"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap.Tatabahasa20.03.2011
"Hari semakin menggelap apabila matahari mula terbenam." ATAU "Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." Ayat yang manakah betul dan mengapakah ayat tersebut salah?"Hari semakin gelap apabila matahari mula terbenam." - gelap bermaksud tidak terdapat cahaya atau tidak terang yang menerangkan keadaan hari tersebut apabila matahari mula terbenam, manakala menggelap bermaksud menjadi gelap.Tatabahasa17.03.2011
maksud senja

Senja ialah waktu matahari hampir terbenam (lebih kurang pukul 7.00 malam).

Makna01.01.2010
1) Adakah perkataan jatuh boleh digunakan dalam ayat di bawah meskipun dalam kamus dewan edisi keempat ada menyatakan jatuh juga bermaksud terbenam. - Para pelancong terpegun melihat matahari jatuh di kaki langit. 2) Adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan dari segi struktur bahasa? - Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. -Ayah membeli kereta baru di kedai itu. - Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal.1) Dalam konteks ayat tersebut, penggunaan yang betul ialah terbenam.
2) Jamil hanya makan rambutan satu biji sahaja. Apabila didahului kata hanya, kata sahaja tidak perlu hadir dalam ayat tersebut.
3) Ayah membeli kereta baharu di kedai itu. Betul.
4) Banyak murid pergi ke sekolah dengan menaiki basikal. Kata dengan dan menaiki tdak iboleh hadir secara berturutan.
Tatabahasa02.08.2013
Jelaskan perbezaan dan maksud perkataan "Baru" dan "Baharu" dengan terperinci. Dan bagaimana cara penggunaannya mengikut kesesuaian.Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008) menyenaraikan kata baru sebagai kata bantu aspek (rujuk halaman 258), manakala kata baharu sebagai kata adjektif waktu (rujuk halaman 229). 

Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020) merakamkan makna bagi kata baru dan baharu adalah seperti yang berikut:


baru

kata adjektif

1 belum dipakai lagi atau belum berapa lama dipakai; baharu: Yanti memakai kasut baru, baju baru dan beg tangan baru untuk ke majlis itu.◊Samad bergaya dengan kereta barunya.

2  ....

9 dalam keadaan masih kelihatan cantik, tidak terjejas dan sebagainya kerana jarang digunakan, terjaga dengan baik dan lain-lain: Set sofa itu masih baru walaupun sudah sepuluh tahun digunakan.

kata bantu
10 belum berapa lama; baharu: Hujan baru berhenti.◊Peristiwa itu baru berlaku di hadapan matanya.◊Hamzah baru sahaja bernikah dua hari lepas.

11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baharu: Baru digertak dia sudah lari.◊Baru disuruh membuat kajian lapangan, banyak pula kerenah mereka.

12 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baharu: Selepas saya jelaskan, baru dia faham.◊Sudah lewat malam baru aku dapat merebahkan badanku.


baharu 

kata adjektif

1 belum digunakan lagi atau belum berapa lama digunakan; baru: Khatijah bakal berpindah ke rumah baharunya di Bangi.◊Kereta baharu itu dibeli hasil daripada titik peluhnya sendiri.

2 ....

8 (berkenaan generasi, idea dan sebagainya) moden atau terkini; baru: generasi baharu;◊Idea-idea baharu diperlukan untuk pembangunan masjid.◊Graduan perlu beralih ke pemikiran baharu yang mencabar.

kata bantu

9 belum berapa lama; baru: Dia sugul dan diam sahaja, seperti orang yang baharu kematian layaknya.◊Rosnah baharu sahaja berkahwin.◊Kedai itu baharu dibuka.

10 pada ketika tertentu berikutan daripada sesuatu; baru: Apabila matahari sudah terbenam, baharulah kami beredar dari situ.◊Apabila sudah kehabisan wang, baharu dia menyesal.◊Selepas anaknya tidur, baharu dia dapat membuat kerja-kerja rumah.

11 sebaik sahaja atau apabila sahaja; baru: Baharu ditegur sedikit, dia sudah merajuk.

Pemerian makna bagi kata baru dipecahkan kepada 12 pecahan makna, manakala kata baharu dipecahkan kepada 11 pecahan makna. Perakaman semua makna tersebut disusun mengikut kelas kata dan berdasarkan data korpus penggunaannya.
Makna12.01.2024

Kembali ke atas