Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
matahari (kata nama)
Bersinonim dengan mentari, suria, maharaja siang, rawi, lampu dunia, syamsi, samsu.,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
sunsetmatahari terbenamGeografiTiadaTiada
sunsetmatahari terbenamMatematikTiadaWaktu sembir atas matahari tidak kelihatan di ufuk.
nautical twilightfajar-senja nautikaMatematikTiadaTempoh sebelum matahari naik atau selepas matahari terbenam apabila pusat matahari tidak lebih daripada 12 darjah di bawah ufuk.
Evening Star/Hesperusbintang senja/HesperusMatematikTiadaPlanet Zuhrah apabila berada di sebelah timur matahari dan boleh dilihat di langit selepas matahari terbenam.
Rayleigh scatteringpenyerakan RayleighFizikNanoteknologiProses penyerakan gelombang elektromagnet oleh zarah yang saiznya lebih kecil daripada jarak gelombang sinaran tersebut, yang menyebabkan berlakunya pemisahan warna. Kesan ini dapat dilihat sebagai warna kemerah-merahan semasa matahari terbenam dan warna biru pada langit. Oleh sebab cahaya biru merupakan gelombang terpendek pada spektrum sinar tampak, maka cahaya biru lebih banyak diserakkan oleh atmosfera berbanding cahaya merah yang jarak gelombangnya lebih panjang.
harvest moonbulan panen/bulan tuaiMatematikTiadaBulan penuh yang berlaku paling hampir dengan ekuinoks musim luruh, 23 September. Secara purata, bulan naik kira-kira 501/2 minit lewat daripada malam yang sebelumnya. Bulan penuh naik pada waktu matahari terbenam.
nacreous cloudsawan nakteusMeteorologiMeteorologi PerhubunganAwan stratosfera nadir yang selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk, apabila berlaku aliran barat/barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia Utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ketinggian awan mengikut ukuran C. Stormer ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 m. Awan ini induk mutiara.
nacreous cloudsawan nakreusSainsHidrometeorologiSejenis awan stratosfera yang nadir dan selalunya terjadi di Norway dan Scotland pada musim sejuk apabila berlaku aliran barat-barat laut yang kuat dan meluas (lekukan meluas di Scandinavia utara). Awan ini berbentuk seperti kanta, berstruktur lemah dan menunjukkan pendariris terang pada jarak sudut sehingga lebih kurang 40� dari kedudukan matahari. Warna awan ini sangat terang sejurus selepas matahari terbenam (atau sebelum matahari terbit) dan terus berkeadaan seperti itu untuk beberapa ketika selepas matahari terbenam. Min ukuran ketinggian. Stormer awan ini ialah 24 km. Awan ini tidak bergerak atau bergerak sedikit sahaja; hakikat ini, bersama dengan kejadiannya, kuat membayangkan bahawa awan ini merupakan golongan awan gelombang gunung. Sifat zarahnya tidak diketahui tetapi kesan optik yang berkaitan membayangkan belauan oleh zarah bulat bergaris pusat kurang daripada 250 mm. Awan ini juga diistilahkan sebagai awan induk mutiara.
feeding cyclepusingan makanPerikananTiadaKitaran waktu makan ikan bagi mendapatkan makanan secukupnya. Maklumat mengenai pusingan makan ikan dapat membantu pemancing menentukan masa yang sesuai untuk memancing ikan. Kitaran waktu makan ikan dipengaruhi oleh faktor masa tertentu seperti waktu bulan penuh atau waktu bulan sabit, waktu matahari naik atau waktu matahari terbenam, atau waktu air pasang atau waktu air surut. Contohnya, waktu matahari hampir terbenam dan waktu matahari hampir terbit merupakan masa yang paling sesuai untuk memancing kerana pada masa ini ikan sangat aktif mencari makanan.
crepsular rayssinar teja; fajar senjaMatematikTiadaSinar cahaya yang terpancar sebelum terbit atau sebelum terbenam matahari dan terpancar melalui awan atau celah ruang yang tak sekata di ufuk.
12

Kembali ke atas