Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Mn ark mata kayu, teras kayu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Ar 1. naskhah asli, teks (utk syarahan dll); 2. nas yg terdapat pd akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : Kl hampir, dekat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata matan

Peribahasa

Bertemu beliung dengan ruyung.

Bermaksud :

Bertemu dengan lawan yang sepadan. (Peribahasa lain yang sama makna: Bersua baji dengan matan).

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MAKSUD MATANMatan: 1. naskhah asli, teks (utk syarahan dll); 2. nas yg terdapat pd akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat.Makna08.09.2009
1. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "diakui" dan "diperakui"? 2. Apakah takrif "MATAN"? 3. Apakah perbezaan penggunaan perkataan "pungutan" dan "terimaan"?Dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 217, bentuk-bentuk apitan diper-...-i seperti diperolehi, diperakui dan dipersetujui merupakan bentuk terbitan yang lewah. Bentuk yang gramatis bagi diperakui ialah diakui atau diperakukan. Untuk maklumat lanjut, rujuk halaman berkenaan. Menurut data kami, maksud matan ialah 1. naskhah asli, teks (untuk syarahan dan lain-lain); 2. nas yang terdapat pada akhir sanad; 3. erti atau maksud sesuatu ayat. Maksud pungutan ialah sesuatu yang dipungut, pendapatan (perolehan, hasil) memungut: kata ~; wang ~; ~ suara a) referendum; b) pilihan raya; ~ zakat hasil kutipan zakat. Terimaan bermaksud apa-apa yang diterima.Makna13.11.2015
Sama ada perkataan "false or erroneous or defective" dalam ayat di bawah ini dipadankan dengan betul? 18. A person commits an offence if he gives to an agent, or being an agent he uses with intent to deceive his principal, any receipt, account or other document in respect of which the principalis interested, and which he has reason to believe contains any statement which is false or erroneous or defective in any material particular, and is intended to mislead the principal. 18. Seseorang melakukan kesalahan jika dia memberi seseorang ejen, atau sebagai seorang ejen dia menggunakan, dengan niat hendak memperdayakan prinsipalnya, apa-apa resit, akaun atau dokumen lain yang berkenaan dengannya prinsipal itu mempunyai kepentingan, dan yang dia mempunyai sebab untuk mempercayai mengandungi apa-apa pernyataan yang palsu atau silap atau tidak lengkap tentang apa-apa butir matan, dan yang dimaksudkan untuk mengelirukan prinsipalnya.Padanan terjemahan yang diberikan betul.Penyemakan dan penterjemahan24.08.2021

Kembali ke atas