Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : 1. masak (buah-buahan, makanan), sudah tua (bkn daun tembakau): buah ini sudah ~; 2. sudah hampir akan pecah (bkn bisul); 3. ki mempunyai banyak pengalaman, sudah sempurna (fikirannya), menunjukkan kesempurnaan atau kedewasaan pemikiran: hujah yg mantap dan ~ tentang sastera Melayu; sungguhpun ia masih muda, tetapi fikirannya sudah ~; orang yg benar-benar ~ dlm ilmu ini; 4. cukup tempohnya (bkn simpanan tetap dll); mematangkan 1. memasakkan; 2. menjadi­kan matang (fikiran dsb): Aristotles inilah yg ~ ilmu yg selama ini dianggap mentah; kematangan 1. perihal matang, kemasakan; 2. terlampau masak; 3. ki kesempurnaan fikiran (pengalaman dll): tindak-tanduknya memperlihatkan ~ dlm cara berfikirnya; pematangan proses menjadi matang: ~nya mengambil masa kira-kira enam minggu; pematang (sesuatu bahan dsb) yg mematang­kan: bahan ~ dimasukkan bersama supaya buah-buahan itu cepat matang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.tang] | ماتڠ

Definisi : permatang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
matang (adjektif)
1. Bersinonim dengan masak, tua, ranum:,
Berantonim dengan muda

2. Bersinonim dengan dewasa
Berantonim dengan berpengalaman, berumur, tua

Kata Terbitan : kematangan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
mature soiltanih matang; tanah matangGeografiTiadaTanih yang mempunyai horizon tanih yang sudah cukup terbentuk oleh proses pembentukan tanih, atau tanih yang telah mencapai keseimbangan dengan alam sekiranya.
mature soiltanih matang; tanah matangGeologiTiadaTanih yang mempunyai horizon tanih yang sudah cukup terbentuk oleh proses pembentukan tanih, atau tanih yang telah mencapai keseimbangan dengan alam sekiranya.
mature soiltanih matang; tanah matangPerhutananTiadaTiada
mature soiltanih matang; tanah matangPertanianTiadaTiada
staggered maturity periodtempoh matang berperingkatEkonomiEkonomi IslamTempoh matang sekuriti yang dibahagikan kepada beberapa tarikh yang berbeza. Pada setiap tarikh berkenaan, sebahagian daripada sekuriti akan matang dan perlu dilunaskan. Pembahagian tarikh tersebut bergantung pada bilangan nota primer yang diterbitkan. Contohnya, jika terdapat 10 nota primer, maka akan terdapat 10 tarikh matang yang berbeza-beza. Sekuriti yang mempunyai amaun yang besar akan diberi tempoh matang berperingkat untuk meringankan beban pengeluar sekuriti membayar balik penebusan.
single maturitytempoh matang tunggalEkonomiEkonomi IslamTempoh matang sekuriti yang ditetapkan pada satu tarikh tertentu oleh pengeluar. Pada tarikh tersebut, pengeluar akan membuat pelunasan sekuritinya sekali gus. Tempoh matang tunggal biasanya diberikan kepada bon kupon sifar yang kecil amaunnya kerana pelunasannya tidak memerlukan jumlah bayaran yang besar.
serial bondbon bersiriPentadbiran PerniagaanTiadaTerbitan satu siri bon dalam kumpulan yang sama dengan tarikh matang berlainan, misalnya matang setiap tahun.
register of pawned item descriptiondaftar keterangan barang gadaianEkonomiEkonomi IslamDokumen yang mengandungi maklumat terperinci tentang barang gadaian. Maklumat yang tercatat termasuklah tarikh gadaian, jenis barang gadaian, nilai barang gadaian, status milik barang gadaian, tempoh matang, tempoh matang yang baru dan tarikh tebusan. Penyediaan dokumen ini bertujuan untuk memudahkan pegadai membuat semakan tentang barang gadaian dari semasa ke semasa. Amalan ini dilaksanakan oleh pengamal gadaian Islam seperti koperasi, AgroBank dan Muassasah Gadaian Islam Terengganu (MGIT).
cure1. sembuh 2. awet 3. matangKejuruteraanTiada3. Matang: Proses konkrit dijaga supaya lembap pada minggu pertama atau bulan pertama demi membekalkan air yang cukup untuk simen itu mengeras.
pawn maturity datetarikh matang gadaianEkonomiEkonomi IslamTarikh yang dipersetujui dalam akad gadaian untuk penggadai menebus semula barang gadaiannya. Jika barang gadaian tidak ditebus selepas tarikh matang ini, maka barang gadaian akan dilelong selepas melalui beberapa proses tertentu. Walau bagaimanapun, penggadai boleh memohon kepada pegadai untuk melanjutkan tempoh tebus semula barang gadaian. Tarikh lanjutan ini dikenali sebagai tarikh matang baharu.
12345678910...

Kembali ke atas