Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.te.ri] | متري

Definisi : (matéri) IB 1. benda, bahan; 2. apa yg dijadikan bahan (berfikir, berunding, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.te.ri] | متري

Definisi : ; mematerikan melekatkan dgn pateri; termateri 1. terlekat; 2. ki tersemat (dlm hati): gadis itu mengerti apa yg ~ di dlm sanubari kekasihnya; pemateri orang yg memateri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.te.ri] | متري

Definisi : alat spt cincin yg tipis dan dibuat drpd logam, getah, plastik dll yg dipasang supaya sendi atau skru menjadi ketat. mematerikan memasang materi pd (sesuatu). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata materi


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Perkataan “seal” dipadankan dengan“melak”. Kami bercadang untuk menggunakan padanan “mengelak”. Bolehkah padanan ini digunakan dan adakah ia teratur dari sudut tatabahasa? Sebagai contoh dalam konteks ini: (1) Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta melak atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.”. Terima kasih.Padanan seal dalam bidang undang-undang ialah tutup; materi; mohor; kedap; dan anjing laut bergantung pada konteks penggunaannya. Berdasarkan konteks ayat yang diberi cadangan kami seal diterjemahkan kepada tutup/menutup - Jika seorang pegawai yang diberi kuasa telah mengambil atau selainnya mendapatkan suatu sampel makanan mengikut seksyen 5 Akta bagi maksud analisis fizikal atau kimia, dia hendaklah— (a) membahagikan sampel itu kepada tiga bahagian berasingan dan hendaklah menanda serta menutup atau mengikat tiap-tiap bahagian dengan apa-apa cara yang boleh mengikut keadaannya.
Istilah28.05.2021

Kembali ke atas