Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.té.rial] | ماتيريال

Definisi : (matérial) barang-barang yg diguna­kan sbg bahan (utk sesuatu). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.té.rial] | ماتيريال

Definisi : /matérial/ benda-benda yg digunakan utk sesuatu; bahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata material


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat Sejahtera. Bolehkah "Cottony material" diterjemahkan kepada "Material selembut kapas"? Terima kasih.Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi cottony material ialah material kekapas.Penyemakan dan penterjemahan25.11.2023
materialpentingIstilah11.04.2007
material safety data sheetlembaran data keselamatan bahanMakna07.05.2007
Bolehkah perkataan Inggeris "material" digunakan dalam bahasa Melayu. Maksud saya, bolehkah kita gunakan perkataan yang sama dalam bahasa Melayu, tanpa tukarkan ke 'bahan' Terima kasih.Material boleh digunakan dalam bahasa Melayu. Material bermaksud barang-banrang yang digunakan sebagai bahan (untuk sesuatu). Bahan bermaksud sesuatu atau beberapa benda atau barang dan sebagainya yang digunakan untuk menghasilkan sesuatu atau untuk tujuan sesuatu.Makna03.03.2008
Apakah terjemahan yang sesuai bagi perkataan 'husband material' berdasarkan ayat ini? Contoh: Dia akui. Suaminya merupakan seorang 'husband material' yang sanggup berkorban dan membahagiakan dia sebagai isteri.Terjemahan dalam bahasa Melayu yang sesuai bagi perkataan husband material ialah suami budiman, suami yang baik atau suami idaman.Makna02.02.2022
Salam sejahtera. Material: Fluff cotton - BM translation into Bahan: Gebu kapas? Sekian, terima kasih.Jawapan yang betul ialah "Bahan: Kapas Gebu"Penyemakan dan penterjemahan21.06.2023
Apakah 'virgin material' dalam BM?Salam sejahtera,

Puan,

Cadangan padanan dalam bahasa Melayu ialah bahan asal atau bahan asli.

Sekian, terima kasih.
Lain-lain03.10.2019
What is the BM translation for 'non woven material'? Thanks.Padanan untuk 'non woven material' ialah kain tanpa tenun.Istilah12.03.2014
Salam, Boleh berikan terjemahan yg paling sesuai bagi " master list of material: 1- senarai bahan induk atau 2-senarai induk bahan Terima kasihCadangan kami master list of material diterjemahkan kepada senarai bahan induk.Penyemakan dan penterjemahan19.11.2020
Salam Sejahtera. Is it correct to translate "Clothlike Breathable Material" to BM "Bahan lut udara selembut kain"? Terima kasih.

Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi "Clothlike Breathable Material" ialah "Bahan lut udara seperti kain."

Padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.

Penyemakan dan penterjemahan19.05.2023
1234

Kembali ke atas