Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.ti] | ماتي

Definisi : 1. tidak bernyawa lagi, tidak hidup lagi: biar kita ~ tidak bernisan jangan kita hidup tidak bersopan; timbunan kayu ~; 2. tidak pernah hidup (barang-barang spt batu dll): tidak bernyawa; 3. tidak terus atau tembus (jalan, lubang, dll): jalan itu ~; pintu itu tertutup ~; 4. tidak dapat diubah lagi (harga, simpulan, dll): 5. tidak mempunyai air lagi (perigi dll); 6. tidak menyala lagi (api, lampu dll); lampu sudah ~; matahari ~; 7. tidak bergerak atau berjalan lagi (mesin dll): jam itu ~; 8. tidak bergiat atau aktif lagi (pergerakan, pertubuhan dll): parti itu sudah lama ~; 9. tidak ramai lagi (bandar dll): negeri yg sudah ~; 10. tidak digunakan lagi (bahasa dll): bahasa Latin ialah bahasa ~; 11. tidak bertiup lagi (angin dll): angin sudah ~; 12. tidak dapat berasa lagi (kulit dll); kulit ~; 13. tidak dapat berfikir lagi, buntu (fikiran): fikirannya ~ sebentar; 14. terhenti (per­cakapan dll): percakapannya ~ di situ sahaja kerana seorang pengemis lain datang meng-ganggu; ~ air direbus (daging, ikan, dll) sehingga air rebusan hampir kering sebelum digulai: da-ging itu belum lagi digulai, baru ~ air saja; ~ akal buntu fikiran (tidak dapat menye­lesaikan masalah yg dihadapi); ~ andar a) mati dgn tidak diketahui sebab (atau pem­bunuhnya); b) mati dgn tidak disembelih (bina­tang); ~ angin ki tidak mempunyai kuasa utk berbuat apa-apa (kerana lemah, tidak ada se­mangat, dll); ~ ayam bp mati dgn sia-sia; ~ balik hidup selamat setelah mengalami bahaya besar (atau penyakit yg teruk); ~ bebang = ~ terbebang = ~ kekebangan mati kerana anak yg hendak dilahirkan itu tidak dapat keluar; ~ beranak mati ketika bersalin; ~ berangan (berangai suri) kelihatannya mati sebenar­nya tidak; ~ berdarah mati dgn menumpahkan darah (kerana ditikam, ditembak, dll); ~ berugam Kl mati tetapi tidak hancur mayat atau bangkainya; ~ bersebab mati dgn tidak sepatutnya; ~ katak mati spt katak dan tidak siapa yg mempedulikannya; ~ kera sudah dipotong tetapi belum kering lagi (kayu); ~ konyol (percuma) mati dgn sia-sia; ~ kumlah (hukumullah) mati dgn sepatutnya (spt ter­lalu tua dll); ~ kutu(nya) tidak dapat berbuat apa-apa lagi; ~ lemas mati kerana tidak dapat bernafas (spt tenggelam dlm air, kena gas, dll); ~ mampus (modar) bp mati dgn serta­merta; ~ mawai ark mati menggeletak; ~ pucuk a) mati pucuknya (tumbuh-tumbuhan); b) tidak ada lagi tenaga kelaki-lakian (lemah zakar); ~ raga menguatkan hati dgn menge­tepikan segala keseronokan; ~ rasa tidak mempunyai perasaan lagi; ~ salai mati lemas (kerana asap, panas, dll); ~ seladang sehidup semati bkn suami isteri (tidak bermadu dll); ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (kerana membunuh diri dll); ~ syahid mati kerana Allah (kerana membela agama dll); ~ anak berkalang bapak, ~ bapak berkalang anak prb anak dan bapa mestilah tolong­menolong pd masa kesusahan; ~ dicatuk katak prb orang yg berkuasa dikalahkan (di­hina) oleh orang yg lemah; ~ gajah tiada dapat belalainya, ~ harimau tiada dapat belangnya prb tahu membuat pekerjaan yg jahat dan tahu menyembunyikan dan meng­hilangkannya; ~ ikan kerana umpan, ~ saya kerana budi prb manusia dapat dipujuk dgn mulut manis atau dgn budi baik; ~-~ ber-dakwat biar hitam prb tiap-tiap pekerjaan janganlah kepalang (janganlah dikerjakan separuh jalan); ~ tidak akan menyesal luka tidak akan menyiuk prb sudah bulat hati utk melakukan sesuatu dan tidak akan mengum­pat atau menyesal kemudiannya; kita semua ~ tetapi kubur masing-masing prb lain orang lain fikirannya; spt orang ~, jikalau tiada orang mengangkat bilakan bergerak prb sese-orang yg daif jika tiada orang menolongnya akan susahlah ia; mati-matian 1. dgn bersungguh-sungguh, dgn segala daya upaya, dgn genap tenaga: mereka berjuang ~ mempertahankan negara; 2. tidak sebenarnya mati, pura-pura mati, mati olok-olok; bermati-mati, bermati-matian bersungguh­sungguh (mengerjakan sesuatu), dgn segala daya upaya, dgn segenap tenaga: kakanda bekerja ~ siang dan malam, pergi ke sana ke mari dgn tidak mengendahkan penat dan lelah; rakyat sekarang ~ berjuang utk kemerdekaan; bermatikan; ~ diri pura-pura mati; mematikan 1. membunuh: ada kalanya gula juga akan ~ semut; 2. ki menjadikan mati (buntu, luput, tidak berubah, tidak ber­gerak, dll): pengemis itu ~ langkahnya; sete-lah ~ enjin skuternya, dia pun naik ke rumah; 3. (Mat) membahagi sebarang pengatas dan sebarang pembawah dgn angka yg sama; kematian 1. perihal mati: orang ke surau dia turut sama, orang ~ dia bersama-sama membuat apa-apa yg patut; angka ~ angka yg menunjukkan jumlah orang yg telah mati; surat ~ surat keterangan bkn orang yg telah meninggal dunia; 2. menderita (menanggung) kerana seseorang atau sesuatu yg mati: ja-nganlah tersangat risaukan ~ anak kita itu; ~ angin tidak ada angin lagi (orang dlm pela­yaran); kemati-matian 1. kelihatan spt sudah mati: dia pengsan ~ lakunya; 2. sampai mati (me­ngerjakan sesuatu), mati-matian; pemati sesuatu yg digunakan utk mematikan (jahitan, simpulan, dll), pengukuh, pengetat (skru dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ti] | ماتي

Definisi : ;burung ~ anak a) sj burung, burung bibit, Cacomantis merulinus threnodes; b) sj burung, burung takuweh, Penthoceryxsonneratii malayanus; burung ~ sekawan sj burung, burung kawan, Anorrhinus galeritus carinatus. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.ti] | ماتي

Definisi : 1 tidak bernyawa lagi; tidak hidup lagi: Tiap-tiap yg hidup akan ~ juga sudahnya. 2 tidak pernah bernyawa; tidak pernah hidup: Batu ialah benda ~. 3 tidak berjalan spt biasa (bkn jam dll); tidak bergerak lagi (bkn persatuan dll); tidak terus (bkn jalan dll); tidak berorang lagi (bkn bandar, kampung dll). ~ ayam (katak) mati dgn sia-sia saja dan tidak ada yg mempedulikan. ~ beranak mati ketika melahirkan anak. ~ celik mati sebelum hajat atau sebelum cita-cita seseorang tercapai. ~ hidup balik selamat setelah mengalami bahaya besar atau setelah sakit teruk. ~ kera sudah dipotong tetapi masih basah atau masih liat (bkn kayu). ~ langkah tidak dpt melakukan apa-apa yg dihajati. ~ lemas mati kerana tidak dpt bernafas (tenggelam dlm air dll). ~ pucuk a. penyakit yg menyebabkan pucuk menjadi layu atau mati (bkn tumbuh-tumbuhan). b. ki lemah zakarnya (bkn lelaki). ~ rasa tidak dpt berasa apa-apa lagi (bkn pancaindera atau perasaan). ~ syahid mati kerana Allah (spt kerana membela agama Islam). ~ sesat (syirik) mati dgn cara yg tidak diredai Allah (spt membunuh diri). mati-matian 1 pura-pura mati; mati olok-olok. 2 dgn sungguh-sungguh: bekerja ~. bermati-mati bersungguh-sungguh melakukan sesuatu; dgn segenap tenaga; dgn segala daya upaya: Ayah ~ mencari wang kerana hendak menyekolahkan kami. mematikan 1 membuat supaya mati; membunuh: Racun ini bisa sekali dan dpt ~ sesiapa yg meminumnya. 2 ki menyebabkan mati (tidak bergerak, buntu, bantut dll); menghentikan; menyekat: Dia ~ enjin keretanya lalu turun. 3 membahagi pengatas dan pembawah dgn angka yg sama. kematian 1 hal-hal yg berkaitan dgn mati: surat ~ surat keterangan mengenai orang yg telah mati. 2 hal atau keadaan mati: Sejak ~ isterinya, dia selalu saja termenung. 3 menderita kerana matinya seseorang: Dia ~ isteri kesayangannya. pemati alat yg mematikan sesuatu: nat ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mati (kata kerja)
1. Bersinonim dengan meninggal dunia

2. Dalam konteks nabi, rasul,
bersinonim dengan wafat

3. Dalam konteks raja
bersinonim dengan mangkat

4. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan pudar
Berantonim dengan hidup

Kata Terbitan : bermati-matian, mati-matian, mematikan, kematian, pemati,

Puisi
 

Anak yu mati terlentang,
     Mati ditikam duri semilang;
Pilu hati bukan kepalang,
     Gunung tinggi menjadi padang.


Lihat selanjutnya...(347)
Peribahasa

Alang-alang berminyak,
     biar licin.

Bermaksud :

Berbuat sesuatu jangan kepalang tanggung. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Alang-alang berdakwat, biarlah hitam, b. Mati-mati berdakwat biar hitam, c. Mati-mati berminyak biar licin, d. Mati-mati mandi biar basah).

 

Lihat selanjutnya...(165)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama atau Manusia mati meninggalkan nama, harimau mati meninggalkan belangMaklumat yang terakam dalam Kamus Istimewa Peribahasa Melayu, ialah "Harimau mati meninggalkan belang, gajah mati meninggalkan daging, manusia mati meninggalkan nama" yang bermaksud orang baik meninggalkan nama baik, orang jahat meninggalkan nama jahat. Untuk maklumat lanjut http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=harimau&d=11Lain-lain11.10.2015
mohon tanya, apakah perbezaan bagi "orang mati" dan "orang yang mati"?

Dari aspek makna, orang mati dan orang yang mati adalah sama. Dari aspek tatabahasa, perbezaan pada penggunaan  kata hubung pancangan relatif ‘yang” berfungsi menghubungkan klausa utama dengan satu klausa kecil yang lain.

Sila rujuk contoh yang berikut:

i.      Orang mati tidak mungkin hidup semula.

ii.     Orang yang mati akibat kemalangan semalam ialah sepupu saya.

Tatabahasa18.09.2014
Binatang dipanggil meninggal dunia atau mati apabila binatang itu mati?Contoh ayat: Kucing saya telah meninggal dunia pagi tadi atau kucing saya telah mati pagi tadi.Ayat yang betul ialah Kucing saya telah mati pagi tadi. Tatabahasa14.02.2021
Anggun's Literature SEL 12.32 PAGI Salam. Boleh saya tahu maksud pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. Saya sudah membuat carian di google, tapi masih belum dapat jawapan. T.kasihPantun merupakan karya sastera bentuk puisi lama yang sudah dikenal dalam masyarakat nusantara sejak dulu kala. Menurut Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang. Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan. Pembaca memiliki kebebasan dalam menganalisa dan memahami sesuatu karya sastera terutamanya pantun. kadang-kadang satu rangkap pantun saja boleh menyampaikan mesej yang pelbagai mengikut pemahaman pembaca. Berdasarkan rangkap pantun Kelip-kelip kusangka api, kalau api mana putungnya, hilang ghaib kusangka mati, kalau mati mana kuburnya. salah satu cara menafsirkannya ialah dengan melihat kata kunci maksud pantun tersebut "mati" dan "kubur" yang pada umumnya mengungkapkan tentang manusia. Pantun ini boleh saja ditafsirkan sebagai bidalan dan perumpamaan kepada perhubungan individu dengan individu lain (saudara/sahabat) yang sudah sekian lama terpisah dan terputus hubungan sehingga tidak dapat diketahui individu tersebut masih hidup atau sudah meninggal.Lain-lain30.05.2017
Salam tuan, saya Syed Putra daripada muzium Kesenian Islam Malaysia. Kami akan mengadakan pertandingan khat dalam bulan ini. Jadi kami ingin mendapatkan penjawian yang betul bagi ayat berikut: Gajah mati meninggalkan tulang, Harimau mati meninggalkan belang, Manusia mati meninggalkan nama orang berbudi kita berbahasa, orang memberi kita merasa Saya boleh dihubungi melalui syedputraiqmal@gmail.com atau syedputra@iamm.org.my. Terima kasih.Sila lihat lampiran.

Ejaan06.11.2017
versi penuh peribahasa biar mati anak jangan mati adat

Saudara Muhammad Ali Sobri,

Makna peribahasa tersebut ialah adat yang tidak boleh dilanggar.

Makna10.03.2010
Adakah ayat di bawah ayat lengkap dgn subjek dan predikat? Dia yang mati. Atau wajib letak Dialah yang mati?Ayat yang lengkap subjek dan predikat ialah "Dia mati". Untuk membina ayat majmuk pancangan yang lengkap (dengan penggunaan perkataan yang), ayat tersebut perlu dibetulkan menjadi "Dia yang mati itu kawan sekolah saya".Tatabahasa08.01.2014
Adakah ayat di bawah gramatis? Tekanan akademik daripada ibu bapa menyebabkan remaja hari ini terpaksa memendam cita-cita sendiri demi memenuhi impian orang tua mereka bak kata pepatah, ditelan mati emak, diluah mati bapak.

Ayat yang betul ialah Tekanan akademik daripada ibu bapa menyebabkan remaja pada hari ini terpaksa memendam cita-cita sendiri demi memenuhi impian orang tua mereka, bak kata pepatah “ditelan mati emak, diluah mati bapak.”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2015), halaman 337 – 357 dan laman prpm.dbp.gov.my.

Tatabahasa21.01.2024
maksud sebenar "batuk" dalam peribahasa : seperti melepaskan BATUK di tangga. batuk itu merujuk kepada apa? dan : biar mati ANAK jangan mati adat. anak merujuk kepada?Dalam Kamus Dewan batuk bermaksud mengeluarkan nafas dari paru-paru dengan keras dan bising bunyinya. Merujuk peribahasa yang dimaksudkan, ada pendapat mengatakan yang dimaksudkan sebenarnya ialah batok iaitu sejenis alat yan digunakan untuk menceduk air yang diperbuat daripada tempurung. Manakala anak yang dimaksudkan ialah anak kepada ibu bapa seperti yang difahami umum.Makna09.07.2009
adakah ayat "binatang itu sudah mati agaknya" juga dikategorikan sebagai ayat gramatis?Ayat yang lengkap "Saya mengagak binatang itu sudah mati". Jika dalam ayat yang berbentuk dialog, padanan yang lebih baik "Agaknya binatang itu sudah mati".Lain-lain26.02.2016
12345678910...

Kembali ke atas