Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mat.la.mat] | متلامت

Definisi : 1. sasaran, bulan-bulan; 2. ki sesuatu yg hendak dicapai, tujuan: kempen akan dija-lankan sehingga ~ yg dikehendaki itu ber-jaya; bermatlamat mempunyai matlamat: tajuk ini ~ melahirkan manusia yg berkualiti; bermatlamatkan mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mat.la.mat] | متلامت

Definisi : 1 apa-apa yg dituju sewaktu menembak, memanah dsb; mata alamat; sasaran. 2 apa-apa yg hendak dicapai dlm sesuatu usaha; tujuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
matlamat (kata nama)
Bersinonim dengan tujuan, obejektif, sasaran, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, inspirasi, haluan, bulan-bulan, sekip;,
Kata Terbitan : bermatlamat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah bidang tugas DBP yang sebenarnya ? Adakah sekadar menerbitkan buku-buku atau menyemarakkan minat orang awam terhadap Sastera ?

 Untuk makluman puan, terdapat 6 matlamat utama penubuhan DBP, matlamat-matlamat tersebut ialah:

1) Membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk sains dan teknologi

2) Memperkembang bakat sastera, khususnya dalam bahasa kebangsaan

3) Mencetak atau menerbitkan atau membantu dalam percetakan atau penerbitan buku, majalah, risalah dan bentuk kesusasteraan lain dalam bahasa kebangsaan dan bahasa lain

4) Membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah yang sesuai dalam bahasa kebangsaan

5) Menggalakkan peggunaan bahasa kebangsaan yang betul

6) Menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya dapat digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang berkuat kuasa.  

Untuk mengetahui dgn. lebih lanjut sila rujuk bahan ini :

 1. Peranan DBP lebih tegas dan jelas oleh Awang Sariyan [diwawancara oleh Adnan Abd. Majid] Dewan Masyarakat 01/07/2004 .

 2. Permasalahan dalam pembangunan bahasa Melayu sebagai asas pembangunan negara bangsa Malaysia oleh Ismail Dahaman Dewan Bahasa 01/07/2001 .

3. DBP akan terus mainkan peranan Utusan Malaysia 06/01/1988

4. DBP kembangkan peranannya oleh Nor Sedek Ismail Utusan Malaysia 11/11/1994 .

 5. Peranan DBP sebagai penasihat bahasa AGHA Utusan Malaysia 01/03/1996

 6. Citra : Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia = Citra : Institute of Language and Literature Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2003 .

7. CITRA : Dewan Bahasa dan Pustaka Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 2002 .

8. Citra DBP 40 tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (Terbitan) 1996.

Lain-lain01.03.2009
apakah maksud matlamat dan objektifMatlamat ialah sesuatu yang hendak dicapai.Objektif ialah sesuatu yang khusus yang ingin dicapai; matlamat; tujuan. Kedua-duanya mempunyai maksud yang sama. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna11.07.2009
definisi matlamat

Matlamat bermaksud sasaran atau sesuatu yang hendak dicapai.

Makna11.07.2009
apakah perbezaan istilah matlamat dengan objektif?Matlamat dan objektif mempunyai makna yang sama, iaitu sesuatu yang hendak dicapai atau tujuan sesuatu yang khusus yang ingin dicapai.Makna20.01.2010
Apakah maksud atau konsep bagi menetapkan matlamat untuk mencapai matlamat yang ditetapkan?Sila berikan soalan yang lebih jelas supaya pihak kami dapat menjawab dengan tepat. Makna18.12.2022
ASSALAMUALAIKUM. APAKAH MATLAMAT DAN OBJEKTIF TENTANG PENGGUNAAN BAHASA KEBANGSAAN KITA?

Puan Rozaidah.

Untuk mendapatkan jawapan secara panjang lebar , sila lihat majalah DBP yang banyak memperkatakannya  terutama pada keluaran yang lepas.

Lain-lain11.10.2010
Selamat sejahtera, 1.Matlamat program tersebut adalah untuk memupuk amalan kerjasama/bekerjasama dalam kalangan penduduk.("kerjasama" perlu ditambah imbuhan?) Terima kasih.Ayat yang betul, Matlamat program tersebut adalah untuk memupuk amalan bekerjasama dalam kalangan penduduk.Tatabahasa22.08.2022
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajarMoto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan  semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar,  Tatabahasa27.03.2008
Assalam... Saya sedang menulis tesis dalam BM dan bercadang untuk menggunakan terjemahan berikut untuk kajian saya: 1. Autonomy support - Sokongan Autonomi 2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian 3. Performance-approach goals - Matlamat prestasi 4. Mastery goals - Matlamat penguasaan 5. Perceived instrumentality - Perantaraan tertanggap Soalan : Adakah terjemahan yang saya cadangkan ini sesuai dan boleh diguna pakai? Adakah perkataan lain yang lebih baik dan sesuai untuk saya gunakan dalam tesis saya? Sekian, terima kasih.Cadangan terjemahan yang tuan berikan boleh diterima, selagi ia bersesuaian dengan konteks penggunaannya.
1. Autonomy support - Sokongan Autonomi
2. Mastery Evaluation - Penguasaan penilaian
3. Performance-approach goals - Matlamat pendekatan prestasi
4. Mastery goals - Matlamat penguasaan
5. Perceived instrumentality - Perantaraan tanggap/tanggapan
Tatabahasa18.11.2015
mohon untuk mendapatkan pernyataan yang mana lebih tepat Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030. Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mendayaupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif melalui penglibatan multisektoral ke arah kesejahteraan warga emas sebagai persediaan menghadapi Negara Tua menjelang 2030.Ayat pertama dengan sedikit pindaan "Merealisasikan matlamat Dasar Warga Emas Negara untuk mengupayakan individu, keluarga dan masyarakat dengan menyediakan perkhidmatan mesra warga emas yang cekap dan berkesan serta membangunkan persekitaran yang kondusif ke arah kesejahteraan warga emas melalui penglibatan multisektoral sebagai persediaan menghadapi status Negara Tua menjelang 2030".Tatabahasa18.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas