Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mat.la.mat] | متلامت

Definisi : 1. sasaran, bulan-bulan; 2. ki sesuatu yg hendak dicapai, tujuan: kempen akan dija-lankan sehingga ~ yg dikehendaki itu ber-jaya; bermatlamat mempunyai matlamat: tajuk ini ~ melahirkan manusia yg berkualiti; bermatlamatkan mempunyai sesuatu sbg matlamat: banyak juzuk dlm disiplin falsafah al-Farabi ~ politik. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mat.la.mat] | متلامت

Definisi : 1 apa-apa yg dituju sewaktu menembak, memanah dsb; mata alamat; sasaran. 2 apa-apa yg hendak dicapai dlm sesuatu usaha; tujuan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
matlamat (kata nama)
Bersinonim dengan tujuan, obejektif, sasaran, kehendak, hajat, hasrat, niat, maksud, impian, cita-cita, harapan, misi, motif, destinasi, inspirasi, haluan, bulan-bulan, sekip;,
Kata Terbitan : bermatlamat,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
weighted goalsmatlamat-matlamat berwajaranPentadbiranTiadaMatlamat-matlamat yang diberikan wajaran dalam pemprograman matlamat.
watershed managementpengurusan lembangan sungaiHidrologiTiadaKegunaan terancang lembangan saliran mengikut matlamat-matlamat yang ditentukan terlebih awal.
goal congruencepenyesuaian matlamatPentadbiranTiadaPenyesuaian matlamat individu dengan matlamat organisasi.
goal orientationorientasi matlamatPengurusanPerancanganPendekatan pengurusan sesebuah organisasi yang berusaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan. Pendekatan berorientasikan matlamat menumpukan kecekapan penggunaan sumber ke arah mencapai hasil yang disasarkan. Pengukuran keberkesanan pendekatan berorientasikan matlamat adalah setakat mana hasil atau objektif organisasi berjaya dicapai mengikut tempoh yang ditetapkan.
corporate strategystrategi korporatPengurusanPerancanganKeputusan oleh pihak pengurusan atasan yang mencakupi keseluruhan skop dan hala tuju perniagaan untuk mencapai matlamat organisasi. Matlamat utama strategi korporat adalah untuk menyusun langkah jangka panjang bagi mengatasi pesaing. Contohnya, strategi korporat syarikat penerbangan X adalah membentuk budaya kerja syarikat yang mengutamakan penjimatan kos agar dapat terus menawarkan tambang yang lebih murah berbanding pesaing.
value goalmatlamat nilaiKomunikasiKorporatKaedah untuk mencapai matlamat pelaksanaan sesuatu aktiviti atau projek dalam organisasi. Kaedah ini menekankan kepentingan hasil yang boleh dicapai daripada aktiviti atau projek yang dijalankan. Proses pelaksanaan aktiviti yang menggunakan pendekatan ini memberikan keutamaan untuk menjadikan matlamat sebagai panduan atau alat penggerak bagi keseluruhan sistem atau tatacara yang terlibat. Proses ini dilakukan secara terancang dan berfokus. Mekanisme utama pendekatan ini adalah melalui pelaksanaan komunikasi keorganisasian yang bersistematik. Contohnya, setiap ahli dalam sesebuah organisasi yang terlibat akan diberi penjelasan dan diyakinkan tentang matlamat yang ingin dicapai dan nilai yang hendak dibentuk. Mereka juga akan ditunjukkan secara sistematik langkah yang perlu diambil, tindakan yang dilakukan, dan nilai kerja yang diamalkan dalam melaksanakan aktiviti berkenaan. Nilai yang terhasil daripada kejayaan matlamat itu menjadi panduan bersama antara ahli dan pengurusan organisasi untuk membentuk citra dan budaya organisasi yang baru.
push strategystrategi soronganKomunikasiKorporatKaedah dan usaha mempromosi pengedaran sesuatu barangan secara terancang dan terfokus yang menggunakan pelbagai saluran komunikasi bagi menyokong matlamat pasaran. Matlamat pasaran adalah untuk mewujudkan sesuatu keyakinan terhadap barangan dan seterusnya menguasai pasaran. Strategi ini memerlukan setiap pihak dalam proses pemasaran seperti peniaga, pengedar, dan jurujual berkeyakinan dan terlibat sepenuhnya dalam memastikan barangan berkenaan diterima serta digunakan oleh pengguna melalui pelbagai kaedah pemujukan pasaran.
strategic business planrancangan perniagaan strategiPentadbiranTiadaRencana perniagaan yang menetapkan matlamat, aktiviti untuk mencapai matlamat tersebut, dan peruntukan sumber kewangan dan fizikal untuk tempoh tertentu.
win-lose conflict situationsituasi konflik menang kalahPentadbiranTiadaKeadaan dalam model konflik kontingensi yang mempunyai lebih banyak matlamat berkonflik daripada matlamat bersama.
operational goalsmatlamat operasiPentadbiranPentadbiran Awam

Objektif atau orientasi pentadbiran yang ingin dicapai dalam sesebuah organisasi. Matlamat orientasi ini berteraskan misi dan wawasan yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan atasan yang melibatkan perancangan rapi, kaedah pengurusan yang tepat, strategi pelaksanaan, pengawasan dan penilaian. Dalam konteks pentadbiran awam, matlamat operasi sentiasa bersandarkan kepada piagam pelanggan, prosedur dan peraturan-peraturan tertentu yang termaktub di dalam Pekeliling Perkhidmatan Awam.

12345678910...

Kembali ke atas