Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh orang yg telah meninggal: aku lihat ~-~ korban kemalangan itu sudah terlunjur di tepi jalan; pucat spt ~ pucat lesi; ~ hidup ki a) orang yg terlibat dlm penagihan dadah yg teruk sehingga kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd ke­luarga, masyarakat dsb, bangkai bernyawa; b) orang yg terlantar sakit sehingga kurus kering tubuhnya; spt ~ ditegakkan prb kurus kering serta sangat pucat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ma.yat] | ميت

Definisi : tubuh badan orang yg telah mati: ~nya telah dijumpai tergantung pd pokok getah. ~ hidup orang yg terlibat dgn teruk dlm penagihan dadah sehingga badannya menjadi kurus kering, tidak bermaya dan menimbulkan masalah kpd keluarga dan masyarakat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mayat (kata nama)
Bersinonim dengan jenazah, jasad, mait, mumia, kunapa, bangkai.,

Puisi
 

Putih jerami tanah lintar,
     Lintar menanah tiga puluh;
Tiga hari mayat terlantar,
     Menanti kain bekas tubuh.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Seperti mayat ditegakkan.

Bermaksud :

Pucat dan tidak berdaya.

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
burial jartakar mayat; tempayan mayatSejarahTiadaTakar atau tempayan yang digunakan dalam pengebumian yang dilakukan pada zaman prasejarah dengan meletakkan mayat ke dalam takar atau tempayan dan kemudian ditanam.
rigor mortisrigor mortisSains ForensikTiadaKekejuran pada mayat selepas kematian. Keadaan ini bergantung pada keadaan persekitaran. Kesan kaku pada tubuh mayat bermula beberapa jam selepas kematian dan berakhir beberapa jam kemudiannya. Tanda rigor mortis boleh digunakan oleh pakar forensik bagi mengganggar masa kematian mangsa.
secondary burialpengebumian sekunderArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiAmalan yang dipraktikkan oleh masyarakat lampau dengan meletakkan mayat di suatu tempat atau ditanam sehingga reput. Kemudian, tulang-tulang dan tengkorak mayat tersebut dikumpulkan untuk dikebumikan semula di kubur lain, ditempatkan di dalam tempayan atau keranda khas. Upacara ritual juga diadakan semasa pengebumian sekunder dijalankan. Contohnya, pengebumian sekunder yang dipraktikkan oleh masyarakat Iban suatu ketika dahulu, iaitu tulang-tulang mayat disimpan di dalam tempayan dan ditempatkan pada kelereng.
adiposeadiposSains ForensikTiadaTisu penyimpanan lemak. Dalam kes kematian contohnya, apabila mayat mereput tisu adipos akan terurai kepada asid lemak. Ahli forensik boleh menguji kandungan bagi pelbagai jenis asid lemak di dalam sampel tanah di bawah mayat yang telah reput bagi menganggar masa kematian. Kaedah ini pernah digunakan oleh ahli forensik di Yugoslavia (1991) bagi mengenal pasti tanah perkuburan mangsa perang, khususnya apabila bukti fizikal dan tulang manusia tidak dijumpai.
extended burialpengebumian memanjangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBentuk pengebumian mayat yang ditanam secara memanjang dan terdapat bekalan kubur seperti gelang batu, sisa tulang, binatang dan tembikar tanah yang diletakkan pada bahagian kaki dan kepala. Di sesetengah tempat terdapat mayat yang diletakkan batu sebagai alas kepala. Penguburan ini berkembang pada Zaman Neolitik di Asia Tenggara. Contohnya, penemuan di Gua Cha (Kelantan). Banding pengebumian melentur.
corpsemayat;bangkaiSosiologiTiadaTiada
mortuaryrumah mayatPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
cremationpembakaran mayatSosiologiTiadaProses membakar sama ada menggunakan api secara langsung atau di dalam ketuhar khas.
undertakerpengurus mayatPerubatanTiadaTiada
mortuaryrumah mayatPerubatanTiadaTiada
123456

Kembali ke atas