Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ja] | ميجا

Definisi : (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mem­punyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan seba­hagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ja] | ميجا

Definisi : /méja/ perkakas yg rata permukaannya serta diberi berkaki utk tempat makan, tempat menulis dll: ~ makan; ~ tulis. ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meja

Puisi
 

Buah jambu di atas meja,
     Sayang selasih datang baiduri;
Hilanglah ingat tidak mengapa,
     Hilang kekasih membunuh diri.


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
relaeh[Ò«.lAEh]kata kerja1. kesat, sapu, lap; gabuih.Mak relaeh ayaq kopi hak tumpah ataeh meja pakai tola.[mA/ Ò«.lAEh A.jA)Ö k.pi hA/ tum.pAh A.tAEh mE.dZA pA.kAj t.lA]Ibu mengelap air kopi yang tumpah di meja dengan tuala.
komoi I[k.mj]kata kerjamenumpulkan atau melicinkan sesuatu yang tajam atau runcing seperti bahagian bersegi kayu atau hujung bahagian yang runcing.Tukang kayu tu dok komoi sagi meja hak tajam tu.[tu.kAN kA.ju tu do/ k.mj sA.gi mE.dZA hA/ tA.dZAm tu]Tukang kayu itu sedang melicinkan bahagian tepi meja yang tajam itu.

Kembali ke atas