Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ja] | ميجا

Definisi : (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mem­punyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan seba­hagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ja] | ميجا

Definisi : /méja/ perkakas yg rata permukaannya serta diberi berkaki utk tempat makan, tempat menulis dll: ~ makan; ~ tulis. ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meja

Puisi
 

Buah jambu di atas meja,
     Sayang selasih datang baiduri;
Hilanglah ingat tidak mengapa,
     Hilang kekasih membunuh diri.


Lihat selanjutnya...(18)

Glosari Dialek Negeri Sembilan

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
kolebeh[k.lE.bEh]kata adjektifberkenaan kain, pakaian yang terlebih daripada ukuran asal; tokolebeh.Aleh mejo tu, kolebeh siket sobolah kanan.[A.lEh mE.dZ tu k.lE.bEh si.ket s.b.lAh kA.nAn]Alas meja itu terlebih sedikit sebelah kanan.
pusi[pu.si]kata kerjalap.Pusi dulu aleh mejo tu, baru digunoan.[pu.si du.lu A.lEh mE.dZ tu bA.Äu di.gu.n.An]Lap dulu alas meja itu baru digunakan.
tokolebeh[t.k.lE.bEh]kata adjektifberkenaan kain, pakaian yang terlebih daripada ukuran asal; kolebeh.Aleh mejo tu, tokolebeh siket sobolah kanan.[A.lEh mE.dZ tu t.k.lE.bEh si.ket s.b.lAh kA.nAn]Alas meja itu terlebih sedikit sebelah kanan.
kongkang[kN.kAN]kata namasejenis dapur memasak seperti meja.Uwan tak dapek lai monanak nasik doh, kongkange yang abah buek tu dah pocah.[u.wAn tA/ dA.pE/ lAi: m.nA.nA/ nA.si/ dh kN.kAN.E jAN A.bAh kAw bu.wE/ tu dAh p.tSAh]Nenek tidak dapat lagi menanak nasi lagi, kongkang yang abah kau buat sudah pecah.

Kembali ke atas