Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ja] | ميجا

Definisi : (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mem­punyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan seba­hagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ja] | ميجا

Definisi : /méja/ perkakas yg rata permukaannya serta diberi berkaki utk tempat makan, tempat menulis dll: ~ makan; ~ tulis. ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meja

Puisi
 

Buah jambu di atas meja,
     Sayang selasih datang baiduri;
Hilanglah ingat tidak mengapa,
     Hilang kekasih membunuh diri.


Lihat selanjutnya...(18)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Meja kehidupanTiadaBorneo Mail15.06.1997
MejaNajmiBerita Minggu18.12.1994
Persidangan meja bulat tentukan Sains dan Matematik dalam BITiadaUtusan Borneo13.09.2008
Hasil meja bulat ditolak : ambil kira semua pandangan sebelum putus dasar PPSMIKhairul Azran HussinBerita Harian05.05.2009
Persidangan Meja Bulat PPSMI Pasca UPSRTiadaUtusan Malaysia15.11.2008
Di Meja HariSiti Zainon IsmailBerita Minggu22.07.1984
Di Meja SendiriHilmi RinduMingguan Malaysia30.06.1996
Persidangan meja bulatKalibobok Soul loveBorneo Mail20.07.1997
Cerpen Meja Kehidupan masalah judi di kedai snukerDaniel Jebon JanaunBorneo Mail29.06.1997
Set Meja AntikGhazali LatehMingguan Malaysia25.01.1998
1234

Kembali ke atas