Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ja] | ميجا

Definisi : (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mem­punyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan seba­hagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ja] | ميجا

Definisi : /méja/ perkakas yg rata permukaannya serta diberi berkaki utk tempat makan, tempat menulis dll: ~ makan; ~ tulis. ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meja

Puisi
 

Buah jambu di atas meja,
     Sayang selasih datang baiduri;
Hilanglah ingat tidak mengapa,
     Hilang kekasih membunuh diri.


Lihat selanjutnya...(18)

Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Rangkaian peralatan dan peranti teknologi maklumat dalam sesebuah negara yang meliputi peralatan milik pentadbiran awam, swasta dan juga individu. Alat yang terlibat dalam NII ialah seperti perkakasan pengkomputeran, contohnya, komputer meja dan pelayan, peranti input dan output, dan media storan yang semuanya dihubungkan oleh alat komunikasi dan pemancar, atau pemantul isyarat. Contohnya, satelit, litar suis dan pemancar gelombang mikro melalui perantara

Kembali ke atas