Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ja] | ميجا

Definisi : (méja) sj perkakas perabot (dibuat drpd papan, batu marmar, dll) yg berkaki, rata permukaannya dan banyak kegunaannya: ~ makan; ~ tulis; ~ bulat perundingan (perbincangan) atau cara berunding yg menggunakan meja bulat utk melambangkan bahawa para pesertanya mem­punyai kedudukan atau taraf yg sama; ~ hijau Id pengadilan; ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu yg lazimnya digunakan utk meletakkan hidangan; ~ samping = ~ sisi meja yg lebih kecil drpd meja kopi, yg merupakan seba­hagian drpd set sofa ruang tamu; ~ (sisi) katil meja kecil di sisi katil, biasanya digunakan utk meletakkan telefon atau lampu tidur. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ja] | ميجا

Definisi : /méja/ perkakas yg rata permukaannya serta diberi berkaki utk tempat makan, tempat menulis dll: ~ makan; ~ tulis. ~ kopi meja kecil dan rendah yg merupakan sebahagian drpd set sofa ruang tamu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meja

Puisi
 

Buah jambu di atas meja,
     Sayang selasih datang baiduri;
Hilanglah ingat tidak mengapa,
     Hilang kekasih membunuh diri.


Lihat selanjutnya...(18)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
backgammon tablemeja backgammonKesenianHiasan DalamanMeja berukuran 1144 mm persegi yang mempunyai laci di kedua-dua tepi meja untuk permainan backgammon. Meja ini diperkenalkan pada zaman pertengahan dan menjadi terkenal pada abad ke-18. Meja ini terdiri daripada meja dan gabungan bod backgammon yang dilekatkan di atas meja. Kebanyakan meja backgammon diperbuat daripada kayu ash atau mapel. Bahan seperti marmar, kulit atau batu digunakan bagi membentuk pelbagai corak pada meja ini.
turret boxkotak turetTeknikElektrikKotak alat tambah dalam pemasangan pembuluh di permukaan. Kotak jenis ini digunakan dalam pemasangan secara mendatar suis atau soket alur keluar, seperti pada meja-meja makmal.
bachelors chestmeja bujangKesenianHiasan DalamanMeja Inggeris pada kurun ke-18 yang mempunyai daun pintu di bahagian bawah, dan apabila dibuka akan menjadi permukaan atas meja. Selain pintu, meja bujang juga mempunyai laci untuk menyimpan barang. Bahagian atas meja pula sering kali dijadikan sebagai tempat meletakkan buku atau lampu tidur jika diletakkan bersebelahan dengan katil. Biasanya, meja bujang berwarna gelap dan bentuknya direka dengan berimejkan maskulin, walaupun tidak ada peraturan yang mengatakan bahawa meja bujang tidak boleh digunakan oleh orang perempuan.
light tablemeja cahayaLandskapTiadaMeja khas yang mempunyai permukaan yang diperbuat daripada bahan lut sinar seperti kaca atau plastik dan mempunyai lampu di bawah permukaan meja tersebut. Meja ini digunakan untuk melihat kertas surih , fi lem, slaid dan sebagainya yang diletakkan di atas permukaannya.
drum tablemeja dramKesenianHiasan DalamanMeja berbentuk dram yang mempunyai permukaan di atasnya yang boleh berpusing. Meja dram diasaskan daripada reka bentuk meja yang berlaci, berpandukan gaya neoklasik Inggeris. Meja dram juga dikenali sebagai meja kapstan.
poudreusemeja bedakKesenianHiasan DalamanMeja yang digunakan untuk berhias pada abad ke-18. Meja ini terdiri daripada meja lipat di bahagian atas dan cermin di bahagian bawahnya.
meja hidangmeja hidangKesenianTiadaTempat melakukan kerja menghubung.
gate-leg tablemeja kaki lipatKesenianHiasan DalamanMeja yang mempunyai kaki yang boleh dilipat, biasanya diperbuat daripada kayu oak. Permukaan atas meja pula boleh dilekatkan menjadi bahagian yang lebih besar menggunakan engsel. Meja ini muncul di England pada abad ke-16.
piecrust tablemeja kerak paiKesenianHiasan DalamanMeja kayu kecil berbentuk bulat dengan hiasan tepi bersulam biku yang diperkenalkan pada abad ke-18. Meja kecil ini mempunyai tiga kaki yang disambung ke permukaan bawah meja oleh sebatang kayu penyokong.
butterfly tablemeja kupu-kupuKesenianTiadaMeja yang mempunyai dua daun meja yang diengselkan pada bahagian tengahnya dan boleh dilipat.
12345678910...

Kembali ke atas