Maklumat Kata

Puisi
 

Makan nasi ulamnya jantung,
     Jantung ada atas meja;
Saya malas orang kampung,
     Orang kampung soalkan belanja.


Lihat selanjutnya...(4)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.Sisa makanan yang tertumpah itu itu.................meja makan. a.mengotori b.mengotorkan mana satu jawapan yang betul? dan apakah alasannya?Mengotori bermaksud menjadi kotor pada dan mengotorkan bermaksud menyebabkan menjadi kotor. Berdasar makna yang tersebut mengotori dan mengotorkan boleh digunakan dalam konteks ayat yang tersebut.Tatabahasa20.06.2013
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas.1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin.

2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan.

3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato.

4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya.

5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas.
Tatabahasa20.11.2013
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa.Soalan saudara/ saudari tidak jelas.Tatabahasa30.06.2010
Padanan 'lazy susan' dalam Bahasa Melayu.Istilah "lazy susan" merujuk kepada dulang yang boleh berputar. Istilah tersebut belum terdapat dalam bahasa kebangsaan. Pihak tuan/puan boleh menggunakan padanan-padanan seperti "Dulang Putar" atau "Meja Makan Putar" buat sementara waktu sebelum istilah yang rasmi dikeluarkan DBP. Terima kasih.Penyemakan dan penterjemahan17.09.2018
Tuan, yang manakah betul? Saya bermain bola di pantai ATAU saya bermain bola di tepi pantai. Saya makan nasi di atas meja ATAU saya makan nasi di meja ATAU ada jawapan lain yang lebih sesuai?

1. Kedua-dua ayat 'Saya bermain bola di pantai.'  dan 'Saya bermain bola di tepi pantai.' adalah betul.

2. Ayat yang betul ialah 'Saya makan nasi di meja.'

Tatabahasa06.04.2011
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya menghantar dokumen dalam bentuk surat rasmi untuk meminta pihak tuan membuat semakan terhadap kata majmuk yang bakal saya gunakan dalam inovasi Bahasa Melayu.Terima kasih tuan.
Pembentukan Kata majmuk g dihasilkan melalui proses yang merangkaikan dua kata dasar atau lebih yang membawa makna tertentu. Kata majmuk bertindak sebagai satu unit dan lazimnya dieja terpisah. Kata majmuk dibezakan daripada frasa kerana tidak dapat disisipkan sebarang ungsur antara unitnya. Senarai perkataan tersebut ialah kata majmuk dan perlu dieja terpisah: 
 
1. jam tangan / tanda nama / baju sekolah / tali pinggang / tali leher  / papan putih
2. kipas angin / meja makan / kaunter bayaran/ alas meja / bangku panjang / nasi lemak
3. penyiram air /pasu bunga /bunga raya / tukang kebun / papan tanda  / kolam ikan
4. peti ais / tanda harga  / penimbang berat / tarikh luput / tong sampah / air kotak
5. baju renang / bot nelayan / tapak sulaiman / air laut / rumah api / selipar getah 
6. bingkai gambar / rak televisyen / meja konsol / set sofa/ jam dinding / penyaman udaya
7. papan gelongsor / trek joging / kawasan larangan / palang besi / penunggang spring /            hutan kubah
8. sekatan pergerakan / pensanitasi tangan / barisan hadapan / penjarakan sosial / pelitup          muka  / sut hazmat
Tatabahasa14.07.2020
Sama ada ayat yang berikut adalah betul: 1. Saya makan di atas meja. 2. Emak menghidangkan/menyediakan makanan di atas meja.Kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa26.11.2013
1. Saya makan makanan di atas meja. 2. Ali menyusun buku di atas rak. betulkah ayat-ayat tersebut?Dari segi susunan ayat, kedua-dua ayat tersebut betul.Tatabahasa15.04.2014
salam.. 1. Apakah perbezaan kaunter pinjaman buku dan kaunter peminjaman buku? yang mana satukah yang betul? 2. Ali makan nasi yang dipesan olehnya @ Ali makan nasi yang dipesannya. Adakah kedua-dua ayat ini betul? 3. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di atas meja @ Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di meja. Ayat manakah yang betul? sekian terima kasih1. Tiada perbezaan antara kaunter pinjaman buku dan kaunter peminjaman buku, kedua-duanya betul dan boleh digunakan. 
2. Ali makan nasi yang dipesannya. 
3. Mereka sedang mengulang kaji pelajaran di meja.
Tatabahasa06.07.2014
Apakah kesalahan yang terdapat di dalam ayat di bawah? 1) Keretayang Salmah beli itu mahal harganya. 2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah kucing makan. 3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dia hadapi. 4) Semua makumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit. 5) Pengemis itu sungguh nyenyak berseimutkan embun. 6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu mereka bawa ke kem itu.1) Kereta yang Salmah beli itu mahal harganya.

2) Ikan goreng yang diletakkan di atas meja telah dimakan oleh kucing.

3) Leman memberitahu ibunya tentang masalah yang dihadapi.

4) Semua maklumat yang diberikan oleh pihak polis adalah rumit.

5) Pengemis itu tidur dengan nyenyak berselimutkan embun.

6) Mereka berbincang tentang barangan yang perlu dibawa ke kem itu.
Tatabahasa21.08.2013
12

Kembali ke atas