Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ka.ni.kal] | ميکانيکل

Definisi : (mékanikal) 1. berhubung dgn jentera (mesin dll); 2. secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ka.ni.kal] | ميکانيکل

Definisi : /mékanikal/ berhubung dgn mesin atau jentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mekanikal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera. Apakah terjemahan paling sesuai bagi "mechanical engineer"? Jurutera mekanikal atau jurutera jentera kerana terdapat kedua-dua istilah di laman ini. Terima kasih.Kedua-dua padanan iaitu, “Jurutera Jentera” dan “Jurutera Mekanikal” betul dan boleh digunakan untuk merujuk pada “Mechanical Engineer”. Namun, pengunaan yang lebih kerap dalam masyarakat sekarang ialah “Jurutera Mekanikal”.Istilah13.02.2014
Apakah pengertian Mekanikal dari segi bahasa dan undang-undang. apakah maksud alat ganti proprietary dan alat proprietaryMekanikal bermaksud sesuatu yang berhubung dgn jentera (mesin dll); atau secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). (Rujuk Kamus Dewan Edisi 4). Alat ganti proprietari bagi istilah perubatan bermaksud alat (alat ganti) yang dibuat atau diagih-agihkan oleh pemiliknya.Makna26.11.2007
Jurutera mekanikJurutera mekanikalEjaan20.05.2011
Mengapakah dalam ayat "Kontraktor Sivil, Mekanikal, Elektrikal dan Pemaju Perumahan", perlu menukar perkataan Elektrikal kepada Elektrik? Saya merujuk perkataan Elektrikal kepada Electrical Contractor dalam bahasa Inggeris.Untuk makluman, padanan bahasa Melayu untuk "electrical" ialah elektrik. Tidak ada perkataan "elektrikal" dalam bahasa Melayu. Oleh itu, istilah yang betul ialah Kontraktor Elektrik.Istilah25.08.2016
soalan pertama: apa istilah terjemahan tower dalam mekanikal?. soalan kedua: Di manakah kedudukan access nozzle di dalam kedudukan untuk tower kerja-kerja selenggara? Adakah ayat di atas betul iaitu boleh meletakkan dua bahasa Inggeris dalam satu ayat bahasa MelayuPenggunaan bahasa Inggeris dalam ayat tidak boleh digunakan kerana boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu. Mohon berikan konsep penggunaan perkataan tower dan access nozzle agar pihak kami dapat membantu memberikan terjemahan yang baik dan betul.Makna23.10.2022
M & E ROOM (MECHANICAL & ELECTRICAL)BILIK MEKANIKAL DAN ELEKTRIKIstilah03.03.2011
istillah mana yang betul - 'kejuruteraan mekanik' atau 'kejuruteraan mekanikal' untuk perkataan 'mechanical engineering' kerana kedua-dua istillah ini digunakan oleh lain jabatan kerajaanIstilah yang betul ialah 'kejuruteraan mekanik' bagi 'mechanical engineering'.Istilah19.08.2006
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera, Saya Dr. Zair Asrar Ahmad daripada Jabatan Mekanik Gunaan dan Rekabentuk, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal, Universiti Teknologi Malaysia. Saya ingin mendapatkan pendirian dan pengesahan rasmi daripada pihak DBP berkenaan penggunaan tanda kata kutip (" ") di dalam dokumen-dokumen rasmi untuk mewakili istilah Bahasa Inggeris. Untuk makluman, sesetengah istilah tersebut telah pun ada di dalam Bahasa Malaysia (rujukan Kamus Istilah Kejuruteraan DBP). Pihak fakulti sentiasa merujuk kepada kamus tersebut semasa menyemak abstrak pelajar di dalam dokumen tesis mereka. Pihak fakulti juga ingin menyarankan pihak DBP agar sentiasa mengemaskini kamus tersebut agar penggunaan Bahasa Malaysia yang betul sentiasa dapat dimartabatkan terutamanya di dalam dokumen rasmi di universiti. Pihak fakulti telah mendapat aduan dari pelajar yang mengatakan abstrak beliau betul dan disahkan oleh pihak DBP. Di dalam abstrak beliau, terdapat banyak penggunaan tanda kutip untuk mewakili istilah Bahasa Inggeris. Abstrak tersebut disertakan untuk rujukan pihak Tuan/Puan. Walaupun pihak fakulti merasakan perkara ini adalah tidar wajar dan merosakkan bahasa, pendirian dan peraturan rasmi DBP sebagai penjaga rasmi Bahasa Malaysia adalah dipohon tentang isu ini.Istilah umum atau khusus yang boleh diterjemahkan dalam bahasa Melayu tidak perlu diletakkan tanda petik.

Untuk makluman tuan, dalam buku Gaya Dewan terbitan DBP di bawah tajuk penggunaan "Tanda Petik". digunakan untuk  tujuan tertentu seperti:


a. Mengapit cakap ajuk, petikan langsung daripada naskhah atau bahan bertulis.  Contoh: "Bila sampai?" tanya Husin.


b. Mengapit judul rencana, karangan, puisi, atau bab buku yang dipakai dalam ayat.  Contoh: Rencana yang ditulisnya "Manusia dan Alam Sekitar", terpilih ke peringkat akhir peraduan menulis rencana anjuran Persatuan Sains.


c. Mengapit istilah ilmiah atau kata yang mempunyai erti khusus.  Contoh:  Amin sedang menyediakan "anatomi" halaman buku ini.
Tatabahasa17.07.2023
Saya sedang membuat penterjemahan dari Inggeris ke Bahasa Malaysia, kebanyakan penterjemahan ini dibuat ialah isitilah teknikal atau kejuruteraan Mekanikal, adakah DB &P mempunyai kamus jenis teknikal yang dapat membantu process penterjemahan. Terima Kasih

Bagi membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, sdr. boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain20.10.2010
Assalammualaikum Tuan, saya Azmel bin Azid ingin bertanyakan soalan pada Pihak Tuan. Pada pertengahan bulan 7 yang lalu, saya telah pun pergi temuduga kerja untuk jawatan juruteknik mekanikal J17 (kontrak) di Menara DBP Kuala Lumpur. Jadi sy ingin bertanya kepada Pihak Tuan, bilakah tarikh keputusan temuduga itu akan dikeluarkan oleh Pihak Tuan. Sekian, terima kasih.Mualaikumsalam wbt, TErima kasih di atas pertanyaan tersebut. Untuk makluman saudara, laporan keputusan temuduga tersebut akan diketahui selepas Mesyuarat Jawatankuasa Lantikan dan Naik Pangkat yang dijadualkan akan bersidang pada akhir Oktober 2007. Saudara akan dimaklumkan melalui surat daripada pihak kami sebaik sahaja keputusan tersebut telah disah dan diperakukan.Lain-lain06.08.2007
12

Kembali ke atas