Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ka.ni.kal] | ميکانيکل

Definisi : (mékanikal) 1. berhubung dgn jentera (mesin dll); 2. secara atau spt gerakan mesin atau jentera (tidak menggunakan fikiran). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ka.ni.kal] | ميکانيکل

Definisi : /mékanikal/ berhubung dgn mesin atau jentera. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mekanikal


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
wood pulppulpa kayuPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGentian yang dihasilkan secara mekanikal, separa mekanikal atau secara kimia, dan banyak digunakan dalam pembuatan kertas, kotak kertas, tekstil, dan barangan lain yang diperbuat daripada selulosa dan terbitannya. Kayu merupakan sumber pulpa yang terpenting di dunia.
mechanical segregationpengasingan mekanikalKejuruteraanKejuruteraan KimiaProses mengasingkan zarah pepejal daripada gas atau cecair dengan menggunakan alat mekanikal tanpa perubahan fasa bendalir. Contoh pengasingan mekanikal ialah pemendapan, penapisan, dan pemekatan.
mechanical stagepentas mekanikalGeologiTiadaPentas mekanikal: Pentas mikroskop yang membolehkan perakaman yang tepat tentang kedudukan objek, contohnya keratan tipis, dan mempunyai peranti untuk menggerakkan objek ke sisi, ke hadapan, dan ke belakang.
mechanical lockingpenguncian mekanikalPergigianTiadaPegangan mekanikal bagi restorasi supaya tidak sesar keluar dari arah mesio-distal pada kaviti atau gigi. Pegangan ini dapat dicapai dengan membuat tanggam atau alur anak kunci. Bentuk pegangan ini dibuat pada peringkat penyediaan kaviti.
special mechanical effectkesan khas mekanikalKomunikasiKorporatKesan audiovisual yang dihasilkan khusus bagi mewujudkan suasana bermakna kepada sesuatu acara. Keadan ini boleh dihasilkan dengan menggunakan pelbagai bahan ciptaan seni, seperti kertas, asap, air, kabus, bahan pewarna, lampu, dan peralatan lain yang berkaitan. Penggunaan bahan ciptaan ini perlu digabungkan dengan peralatan audiovisual, mesin mekanikal, teknologi berkomputer, dan perisian multimedia. Dalam komunikasi korporat, pengurusan atau pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas pelancaran sesuatu acara banyak menggunakan kesan khas mekanikal bagi mewujudkan daya tarikan khalayak. Melalui kaedah ini, khalayak akan lebih memberikan tumpuan pada acara yang dijalankan. Contohnya, acara pelancaran buku, pelancaran model kereta terbaharu, dan pelancaran barangan amanah saham akan lebih mendapat perhatian. Dalam bidang pengiklanan, kesan khas mekanikal digunakan untuk menghasilkan iklan jalanan yang memberikan kesan pergerakan, kesan pertukaran warna, dan kesan lain yang diperlukan. Kerja penciptaan kesan khas tersebut biasanya dilakukan oleh sekumpulan pakar kejuruteraan mekanikal melalui syarikat perunding penggunaan acara atau melalui syarikat khusus yang menyediakan perkhidmatan kesan khas mekanikal.
mechanical anisotropytak isotropi mekanikalKejuruteraanPolimerSifat mekanikal bahan hablur atau polimer komposit yang bersandar kepada arah.
mechanical rigrig mekanikalKejuruteraanTiadaRig yang menggunakan alatan mekanikal untuk mengagihkan kuasa daripada enjin kepada alatan penggerudian.
mechanical metallurgymetalurgi mekanikalKejuruteraanTiadaSubbidang metalurgi yang memperihalkan perubahan sifat mekanikal bahan logam.
mechanical drawinglukisan mekanikalLandskapTiadaLakaran yang menunjukkan peralatan dan sistem mekanikal dalam satu binaan.
mechanical splicesambat mekanikalKejuruteraanTiadaSambatan gentian yang dilakukan dengan menggunakan peralatan mekanikal.
12345678910...

Kembali ke atas