Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.kar] | مکر

Definisi : = memekar 1. mulai berkembang (bunga dll), mengurai (mayang dll): bunga yg sedang ~; 2. berkembang dan menjadi banyak (adunan dll), naik, kekar; 3. ki terbit atau timbul dan berkembang (perasaan kasih sayang dsb); bermekaran ki berkembangan: setangkai cinta masih ~ dititis embun keyakinan; memekarkan menjadikan mekar, mengem­bangkan; kemekaran perihal atau keadaan mekar: kami kagum melihat ~ bunga-bunga di pekarang-an rumahnya itu; pemekaran proses memekarkan sesuatu, pengembangan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.kar] | مکر

Definisi : = memekar 1 mula berkembang (bkn bunga); mengurai (bkn mayang). 2 berkembang dan menjadi banyak (bkn adunan); naik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mekar (kata kerja)
Bersinonim dengan kembang, mengekar, membengkar, terbuka, melar;,

Puisi
 

Sungai Singapura tanah malia,
     Daun mekar dilayang angin;
Pura-pura melihat saya,
     Ekor mata pandai bermain.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fat bloom/chocolate bloommekar lemakMakanan dan PemakananTeknologi MakananHabuk putih dan halus di permukaan coklat disebabkan oleh pemendapan hablur lemak kecil apabila coklat disimpan pada suhu antara 21-27⁰C. Pembentukan mekar lemak disebabkan oleh pertukaran bentuk polimorf. Lihat juga polimorfisme.
bloomingmekarTeknologi MaklumatTiadaKeadaaan ini berlaku apabila limpahan cas isyarat dari piksel yang amat terang yang menyebabkan atribut penepuan piksel berlebih. Pemekaran boleh berlaku pada sebahagian atau seluruh imej. Pemekaran ini boleh dianalogikan dengan gambar terlebih pendedahan. Akibat kecerahan berlebihan, kawasan mekar tidak diberi tumpuan.
bloommekarGeologiTiadaTiada
bloommekarKejuruteraanTiadaTiada
bloommekarKomunikasiTiadaTiada
bloommekarKimiaTiadaTiada
bloommekarPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
bloommekar; blumKesenianTiada1. Blum: Istilah yang merujuk kepada warna tapak kasut kulit yang bermutu tinggi.
bloommekar; kusamKesenianTiada2. Kusam: Kesan kelabu pada permukaan karya seni lukis yang telah divarnis.
bloommekar/blumBiologiUmumTiada
12

Kembali ke atas