Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mél] | ميل

Definisi : (mél) I surat, bungkusan, dsb yg dihantar melalui pejabat pos; kapal (kereta api) ~ kapal (kereta api) yg membawa surat; ~ elektronik e-mel; ~ suara (Komp) sistem elektronik utk menghantar dan menyimpan mesej telefon yg dapat di­dengar oleh penerimanya pd bila-bila masa yg sesuai kemudiannya; ~ udara a) sistem penghantaran surat, bungkusan dsb dgn kapal terbang; b) surat, bungkusan dsb yg dihantar dgn kapal terbang (biasanya ke destinasi yg jauh dan lebih cepat sampai). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mél] | ميل

Definisi : (mél) IB, bp memberitahu (nama dll), menyebutkan (nama dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mél] | ميل

Definisi : /mél/ surat, bungkusan, dsb yg dihantar melalui pejabat pos. ~ elektronik maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain; e-mel. ~ suara sistem elektronik utk menghantar dan menyimpan mesej telefon yg dpt didengar oleh penerimanya pd bila-bila masa yg sesuai kemudiannya. ~ udara a. sistem penghantaran surat, bungkusan dsb dgn kapal terbang. b. surat, bungkusan dsb yg dihantar dgn kapal terbang. kapal (kereta api) ~ kapal (kereta api) yg membawa surat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sekiranya perkataan e-mel digunakan di permulaan ayat, bagaimana ia sepatutnya ditulis . Adakah sebagai E-mel, e-Mel atau e-mel?Ejaan e-mel di pangkal ayat hendaklah ditulis dengan huruf besar di pangkal huruf, E-mel.Ejaan22.11.2013
Mel Ahmad TUES 17:56 Mel Ahmad Mel salam boleh saya tahu penggunaan tanda sempang yang betul?Tanda sempang digunakan untuk memisahkan keterangan bagi sesuatu idea, seperti Novel yang dibacanya itu meninggalkan berbagai-bagai kesan pada dirinya - sedih, gembira marah, kesal.Tatabahasa03.01.2017
Mel Ahmad Bagaimana tentang tanda sempang - dengan 90-an, hamba-NyaPenggunaan sempang i. kata ulang contoh anak-anak, ii. menyambung suku kata yang dipisahkan oleh penggantian baris,iii. memperjelaskan ungkapan,iv. merangkaikan huruf besar dgn huruf kecil, contoh hamba-Mu, pro-Malaysia, v. merangkaikan ke dengan angka, contoh, ke-125, ke-2000. vi. hubungan antara kata-kata pada rangkai kata setara tertentu atau istilah contoh alat pandang-dengar. Tanda sempang (-) juga digunakan dalam kata ganda tidak perlu dijarakkan. Ejaan yang dijarakkan ialah tanda pisah ( - ) seperti yang digunakan dalam ayat bagi memisahkan keterangan idea atau mengganti perkataan hingga seperti Jun - September.Ejaan09.01.2017
Salam Tuan/Puan. Saya ingin bertanya apakah terjemahan yang paling tepat dalam Bahasa Melayu bagi "E-mail Alerts"? Terima kasihKami mencadangkan E-mail Alerts diterjemahkan kepada Pemberitahuan E-mel atau Notifikasi E-mel (pemberitahuan melalui e-mel).Penyemakan dan penterjemahan26.02.2015
Salam. Saya ingin bertanya, kenapa ejaan e-mel adalah e-mel bukannya emel? Kenapa ejaan hajah hanya satu j sahaja? Kenapa ejaan nanas adalah nanas, bukannya nenas? Kenapa ejaan adilfitri adalah jarak, iaitu bukannya aidil fitri? Kenapa ejaan garpu bukannya garfu? Terima kasih.Untuk makluman tuan, antara kaedah peminjaman kata daripada bahasa asing adalah dengan menyerap masuk kata tersebut dan disesuaikan ejaannya mengikut sistem ejaan dan sebutan bahasa Melayu. Perkataan e-mel (bahasa sumber e-mail), nanas (bahasa sumber ananas) dan garpu (bahasa sumber garpo). Untuk makluman tuan juga, dalam peminjaman kata Arab bentuk visual diserap masuk dalam bahasa Melayu, bukan sebutannya. Oleh itu, bentuk tasydid diterjemahkan hurufnya sahaja (huruh jim kepada j), bukan bunyi. Perkataan Aidilfitri telah mantap ejaannya sebagai satu perkataan sedari awal penyerapannya dalam bahasa Melayu. 
Ejaan14.07.2021
Sila ingin menyemak ejaan serta sahkan perkataan bagi permohonan sign board di Majlis Daerah Johor Baharu Sila rujuk lampiran& = dan
E-Mel = E-mel

Sila buat pembetulan dan masuk ke ruangan khidmat Pengesahan Iklan untuk sijil kelulusan.
Tatabahasa13.02.2013
ejaan yang betul untuk e-mel atau emel? contoh penggunaan dalam ayat . Borang ini boleh dihantar ke bahagian ini melalui e-mel .. dan contoh. (NOR AIN OMAR) Tel : Faks : E-mel : adakah, contoh yang diberikan ini betul?Ejaan yang betul ialah "e-mel" dan kata terbitan yang ada ialah "meng-e-melkan", "di-e-melkan" dan "e-melkan".Ejaan03.03.2022
Apakah penjodoh bilangan yang sesuai untuk emel? se__________ emelTidak ada penjodoh bilangan untuk e-mel kerana e-mel tidak ada bentuk yang boleh digambarkan untuk digandingkan dengan penjodoh bilangan yang sesuai.Tatabahasa12.08.2010
Adakah "sepucuk e-mel" dalam penjodoh bilangan? Sebab saya keliru dalam masalah ini.

Teuh,

untuk e-mel yang telah dicetak kita boleh gunakan sepucuk manakala yang dipaparkan sahaja kita katakan paparan e-mel

Tatabahasa12.08.2010
Tuan, walaupun saya sering menggunakan perkataan ini dalam penulisan, tetapi saya khuatir jika kurang tepat dalam peraturan bahasa Malaysia. Perkataan tersebut ialah 'menge-melkan' dari kata dasar 'e-mel'. Bolehkah perkataan 'e-mel' menerima imbuhan sedemikian? Maklum balas daripada pihak DBP amat dialu-alukan. Terima kasih.Kata terbitan yang betul bagi e-mel  ialah meng-e-melkan.Lain-lain09.12.2008
12345678910...

Kembali ke atas