Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.bur.kan] | ملابورکن

Definisi : meletakkan (wang) sbg modal (utk perniagaan dll): dia ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.bur.kan] | ملابورکن

Definisi : menggunakan sesuatu (wang dsb) utk tujuan melabur: Amin ~ sebahagian besar wangnya dlm syarikat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melaburkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
8 hours ago Suhaimi Suradi Salam hormat. Sekadar ingin memberi saranan. Saya rasa ada manfaatnya sekiranya pihak dbp melaburkan masa dan tenaga untuk mengusahakan penggunaan bahasa melayu dalam apps word lens...aplikasi ini membolehkan pengalihan bahasa secara real time.... Semoga bahasa Melayu terus maju dan berkembang. Ameen.Terima kasih atas saranan yang diberikan. Perkara ini akan dikemukakan kepada pihak pengurusan untuk pertimbangan.Penyemakan dan penterjemahan25.05.2014
Assalamualaikum tuan/puan. Saya mengucapkan terimakasih atas jawapan tuan/puan terhadap bentuk ejaan "pengubahan wang haram". Berdasarkan jawapan yang tuan/puan berikan kepada saya, saya mengandaikan bahawa tuan/puan menyatakan kata dasar bagi perkataan ini ialah "ubah". Yang menjadi kemusykilan saya ialah, mengapakah kata dasarnya ialah "ubah" dan bukannya "gubah". Hal ini demikian kerana frasa "pengubahan wang haram" ini saya yakin dalam bahasa Inggerisnya ialah "money laundering" dan bukannya "money changing". Saya sangat berbesar hati jika tuan/puan dapat memberikan justifikasi sebab "ubah wang haram" yang tepat, dan bukannya "gubah wang haram". Terima kasih.Kami berpendapat pengubahan wang haram betul. Akar kata ubah menjadi mengubah dan menerbitkan pula kata pengubahan yang bermaksud perihal menukarkan sesuatu kepada sesuatu yang lain. Penggubahan daripada kata gubah menjadi menggubah, iaitu mengatur atau menyusun bunga untuk perhiasan. Dalam konteks ini kata pengubahan paling tepat digunakan. Dalam data kami kata juga launder bermaksud melaburkan wang haram, maka money laundering boleh diterjemahkan kepada pelaburan wang haram.Tatabahasa23.07.2015

Kembali ke atas