Ada 3 kata sendi " Melainkan", "Kecuali", "Sama Ada". Bolehkah ia digunakan di depan ayat? Misalnya: 1."Melainkan" saya mendapar persetujuannya, projek tidak akan diteruskan" 2. "Kecuali" kelulusan diperoleh, ini tidak patut dibuat. 3. "Sama ada" awak suka atau tidak, saya akan teruskan juga. | Kata tugas boleh digunakan di pangkal ayat. | Tatabahasa | 12.08.2013 |
Apakah perbezaan antara 3 perkataan berikut: kecuali, melainkan, selain | Kecuali sama maksudnya dengan melainkan, selain dan lain daripada. | Makna | 24.10.2011 |
a) Anak tidak dapat melakukan apa-apa melainkan apa yang dia lihat bapa lakukan. b) Anak tidak dapat melakukan apa-apa melainkan apa yang dilihatnya yang dilakukan bapa. Ayat mana satukah yang betul dan gramatis? Sila jelaskan. | Kedua-dua ayat tidak gramatis. untuk makluman tuan, kata tanya "apa" digunakan dalam ayat tanya, dan tidak digunakan dalam ayat penyata. | Tatabahasa | 05.09.2014 |
Salam, bolehkan saya tahu? 1) Kata hubung 'kecuali' dan 'melainkan' merupakan kata hubung gabungan atau kata hubung pancangan keterangan? Terima kasih. | Perkataan "kecuali" dan "melainkan" merupakan kata hubung pancangan keterangan. | Tatabahasa | 24.06.2013 |
Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya apakah maksud dengan pernyataan berikut. "Tanah ini tidak boleh dipindahmilik atau dipajak melainkan dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri" | Ayat tersebut sudah jelas menyatakan tanah tersebut tidak boleh dipindah milik atau dipajak melainkan dengan kebenaran pihak berkuasa negeri. | Tatabahasa | 12.07.2010 |
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih. | Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu". | Tatabahasa | 12.12.2011 |
Makna konstrain | Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: constrain vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst; | Makna | 19.06.2009 |
Apakah makna konstrain | Tiada perkataan konstrain dalam bahasa Melayu melainkan dalam bahasa Inggeris seperti yang berikut: constrain vt compel, memaksa: circumstances ~ed him to join the rebels, keadaan memaksanya menyertai pemberontakan itu; /be, feel/ ~ed to do st, (berasa) terpaksa membuat sst; | Makna | 19.06.2009 |
Ya Allah, Tuhan yang mengetahui perkara ghaib dan nyata, Pencipta langit dan bumi, Tuhan setiap sesuatu dan Pemiliknya, aku mengaku bahawa Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau, aku berlindung dengan-Mu daripada kejahatan diriku dan kejahatan syaitan dan sekutunya dan aku berlindung daripada berusaha untuk melakukan kejahatan terhadap diriku atau aku mendorong orang Islam melakukannya. Soalan saya, Pencipta dalam ayat ini seharusnay ditulis dengan huruf besar Pencipta atau pencipta? | Berdasarkan konteks ayat yang diberikan, pencipta perlu ditulis dengan huruf kecil, melainkan jika perkataan tersebut berada di permulaan ayat. | Tatabahasa | 14.02.2019 |
Apa maksud perkataan 'pamrih' dalam ayat di bawah. Dalam cinta tidak ada pamrih melainkan ketulusan. | Saudara, Perkataan 'pamrih' (bahasa Indonesia) bermaksud maksud yang tersembunyi dalam memenuhi keinginan untuk memperoleh keuntungan peribadi. Sila rujuk Kamus Besar Bahasa Indonesia. | Makna | 20.12.2009 |