Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lain.kan] | ملاءينکن

Definisi : 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak men­jawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lain.kan] | ملاءينکن

Definisi : 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Kamus Teknologi Maklumat

Kamus Teknologi Maklumat ct.indd
Id. pribadi data) Data yang mengandungi kesemua maklumat peribadi seseorang pengguna rangkaian komputer seperti nama, alamat, status, jantina, nombor kad pengenalan dan nombor telefon yang tidak boleh didedahkan kepada umum melainkan mendapat persetujuan daripada pengguna tersebut. kebolehsediaan (Ig. availability) Salah satu aspek keselamatan yang memastikan sistem boleh dicapai pada bila-bila masa oleh pengguna yang sah. Contohnya, perlindungan kepada kebolehsediaan ialah

Kembali ke atas