Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lain.kan] | ملاءينکن

Definisi : 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak men­jawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lain.kan] | ملاءينکن

Definisi : 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Bukannya diam penggali berkarat, melainkan diam ubi berisi.Diam yang ada gunanya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bukan mati kerana Allah, melainkan kerana olah.Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam terlepas, tangan tercirit.Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata. (Peribahasa lain yang sama makna: Ayam terlepas, tangan bau tahi).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bertambah semakin kurang.Tentang kawan yang datang bukan untuk membantu, melainkan untuk menambah kesusahan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Lecah di kaki.Seorang lelaki yang kahwin tanpa ada tanggungjawab, melainkan sebagai orang menumpang saja.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Upah lalu, bandar tak masuk.Tidak mendatangkan hasil sedikit juga, melainkan kerugian semata-mata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Ayam terlepas, tangan bau tahi.Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Tidak tentu kalang tumpuan, tidak tentu kalang batang.Orang yang sedang marah, tidak membezakan orang, melainkan semua dimarahinya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Akal tak sekali datang, runding (= fikiran) tak sekali tiba.Segala sesuatu tidak selesai sekali gus melainkan beransur-ansur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas