Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lain.kan] | ملاءينکن

Definisi : 1. hanya, dikecualikan: masa bekerja ialah waktu siang sahaja ~ ketika kecemasan; 2. sebaliknya (bertentangan dgn maksud asal), tetapi: orang itu tidak men­jawab, ~ berjalan lambat-lambat arah ke dangau itu; 3. melakukan perkara yg lain, membezakan, mengasingkan: ~ kpd Allah Taala tuanku serahkan paduka cucunda kedua itu; ~ anak tiri drpd anak kandung; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lain.kan] | ملاءينکن

Definisi : 1 hanya; kecuali: Sesiapa pun tidak boleh masuk ke bilik ini ~ ketua bahagian. 2 tetapi; sebaliknya: Ia tidak terus ke rumah ~ ke kedai kopi. 3 memisahkan dr yg lain; menganggap lain; mengasingkan: Telur-telur itu dilainkan mengikut saiznya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,

Peribahasa

Bukan mati kerana Allah,
     melainkan kerana olah.

Bermaksud :

Mendapat kecelakaan kerana banyak tingkah atau akalnya.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ground wavegelombang bumiFizikAkustikGelombang radio yang merambat di permukaan bumi dan dipengaruhi oleh bumi dan troposfera, termasuk semua komponen gelombang radio yang meliputi bumi melainkan gelombang radio yang meliputi bumi melainkan gelombang inosfera dan troposfera. Salah satu daripada gelombang yang terbentuk di bumi disebabkan oleh suatu letupan.
conditional salejualan bersyaratPentadbiranTiadaJualan yangt idak memberikan pemilikan melainkan bayaran telah diselesaikan.
dogmadogmaSejarahTiadaAjaran atau kepercayaan yang tidak boleh dibantahi atau dipersoalkan melainkan harus diterima sahaja.
perfect numbernombor sempurnaMatematikTiadaInteger yang bersamaan dengan hasil tambah semua faktornya melainkan dirinya sendiri.
inertia wavegelombang inersiaGeografiTiadaSebarang gerakan gelombang yang tidak terdapat sebarang tenaga melainkan tenaga kinetik.
imperforatetanpa tebukPentadbiran PerniagaanTiadaTanpa tebuk: Setem yang dicetak pada lembaran tanpa tebukan melainkan dengan menggunakan pisau atau gunting.
implicittersiratKesusasteraanTiadaMaksud pengarang dan makna isi sesebuah karya sastera tidak dinyatakan secara langsung, melainkan secara tersirat.
dead bowlbol matiSukanTiadaBol dianggap mati jika: 1. Bol jatuh ke dalam parit, melainkan bol penyentuh. 2. Bol melantun ke dalam grin selepas terkena benteng. 3. Bol terkena penyentuh atau jek yang berada dalam parit. 4. Bol berhenti kurang daripada 15 ela di depan mat.
milkmilikPerniagaan IslamTiadaHubungan pemunyaan yang wujud antara manusia dengan harta. Pemilikan bersifat eksklusif, melainkan sekiranya terdapat halangan dari segi hukum syarak dan pihak lain terhalang daripada memilikinya. Milk terbahagi kepada milk tamm, milk naqis, milk mutlak, milk bi sabab, milk muqayyad, milk khass, milk ‘amm, milk riqbah, milk yad dan milk tasarruf.
separately-exicitedteruja pisahTeknikElektrikBerkaitan dengan penghasilan voltan daripada penjana yang tidak dapat mengeluarkan voltan sendiri melainkan setelah diberikan bekalan dari sumber luar, seperti penjana atau bateri, kepada gegelung medannya. Voltan akan terus terjana sebaik sahaja bekalan diberikan dan akan terputus jika bekalan dari luar terputus.
123456

Kembali ke atas