Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ada 3 kata sendi " Melainkan", "Kecuali", "Sama Ada". Bolehkah ia digunakan di depan ayat? Misalnya: 1."Melainkan" saya mendapar persetujuannya, projek tidak akan diteruskan" 2. "Kecuali" kelulusan diperoleh, ini tidak patut dibuat. 3. "Sama ada" awak suka atau tidak, saya akan teruskan juga.Kata tugas boleh digunakan di pangkal ayat.Tatabahasa12.08.2013
Salam, bolehkan saya tahu? 1) Kata hubung 'kecuali' dan 'melainkan' merupakan kata hubung gabungan atau kata hubung pancangan keterangan? Terima kasih.Perkataan "kecuali" dan "melainkan" merupakan  kata  hubung pancangan keterangan.Tatabahasa24.06.2013
Assalamualaikum, Mohon jasa baik tuan/puan untuk mengenal pasti penggunaan kata sendi yang betul bagi ayah di bawah: 1. Ya Allah, aku berlindung denganMu dari azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. 2. Ya Allah, aku berlindung denganMu daripada azab kubur, tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau. Mohon penjelasan tuan mana satukah ayat yang betul. Sekian, terima kasih.

Yang betul ialah 2. Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada azab kubur, tiada Tuhan y ang berhak disembah melainkan Engkau. Kata sendi nama "daripada" di sini menyatakan punca bagi unsur mujarad, iaitu azab kubur. Selain itu, ejaan yang betul bagi merujuk Tuhan ialah "dengan-Mu".

Tatabahasa12.12.2011
1.Kenapakah frasa ibu bapa tidak diletakkan antaranya tanda sempang? 2.Apakah maksud equatif? 3.Adakah sebarang ayat yang mengandung unsur keterangan adalah ayat majmuk? 4.Ayat :..berteduh /berlindung di dalam pondok ketika hujan. 5.Apakah soalan ramalan karangan STPM tahun 2011?

1. Ibu bapa ialah kata majmuk dan kata majmuk dieja dua perkataan melainkan yang telah mantap sahaja dieja satu perkataan seperti warganegara, setiausaha dan olahraga.

2. Perkataan equatif tidak ada dalam sumber rujukan kami.

3. Tidak semestinya ayat majmuk, ayat tunggal juga boleh mengandung unsur keterangan yang menerangkan predikat.

4. Kedua-duanya betul.

5. Untuk urusan peperiksaan sila hubungi Lembaga Peperiksaan Malaysia.

Tatabahasa02.11.2011
1.Apakah maksud perkataan menggalang ?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menggalang bermaksud diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: Contoh ayat, menggalang kepala dgn bantal; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): Contoh ayat, menyumbangkan tenaga dan fikiran utk menggalang parti sendiri;      3. menghalang: Contoh ayat, barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna04.03.2010
1. Apakah maksud menterjemah? 2. Bahasa sumber adalah? 3. Menurut Abdullah hussain (1970), perkataan kamus berasal daripada apa? 4. Secara keseluruhan edisi terkini kamus dewan memuatkan berapa jumlah kata?, kata majmuk berapa?, terbitan?, tunggal? 5. Siapakah yang menyusun kamus eka yang pertama? 6. Perkataan dansa, nahkoda, seluar, serunai, baju dan mohor berasal dari mana? 7. Maksud transkripsi 8. Menurut Hartimurti (1974), kitab pengetahuan bahasa tidak dapat dianggap sebagai kamus murni melainkan dianggap sebagai kamus jenis apa? 9. Kamus dewan edisi terkini diterbitkan bila, berapa jumlah entri? 10. Penyusun kamus boleh menggunakan pelbagai bahan rujukan seperti kamus sedia ada, daftar istilah dan sebagainya untuk mencari maksud sesuatu perkataan. Proses ini adalah? 7.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat terjemahan bermaksud hasil daripada menterjemah. Terjemah bermaksud memindah daripada satu bahasa kepada bahasa lain.

Transkripsi bermaksud skrip atau teks yang penuh atau lengkap berdasarkan catatan trengkas atau rakaman.

Kamus Dewan Edisi terkini diterbitkan pada tahun 2005. untuk maklumat lanjut saudara boleh menghubungi Bahagian Perkamusan, Tingkat 23, Menara DBP.  

Makna30.01.2008
1) Dia membatalkan hasratnya untuk menunaikan 'Solat Subuh' atau 'solat Subuh' di masjid. 2) Saya ingin bertanya makna 'triggered' bagi dua konteks ayat ini. "Abang ingatkan adik 'triggered' pasal Mak Long dera kita dulu" dan "Adik dah lama lupa tentang Mak Long melainkan tiba-tiba adik kena pukul balik. Tu mungkin boleh jadi PTSD adik 'triggered' semula.”
1.   Waktu solat merupakan kata nama am dan dieja dengan huruf kecil sekiranya bukan pada permulaan ayat. Contohnya solat subuh, solat zuhur, solat asar, solat maghrib dan solat isyak. 

2. Mengikut Kamus  Inggeris-Melayu Dewan, perkataan "trigger" membawa maksud "mencetuskan". Perkataan ini boleh digunakan mengikut konteks dan situasi yang sesuai, salah satunya ialah "menjadi marah".
Tatabahasa08.12.2020
Nur Dhabitah Nov 6th, 7:39pm salam. saya nak bertanya, mana yg betul, Majlis Khatam Al-Quran Kali Ke-1 @ Majlis Khatam Al-Quran Kali Pertama?Bentuk penulisan yang betul ialah "Majlis Khatam Al-Quran", lazimnya majlis yang julung-julung kali diadakan tidak diberikan nombor, melainkan majlis yang berikutnya seperti "Majlis Khatam Al-Quran ke-2".Tatabahasa06.11.2015
1. Dalam tatabahasa dewan, Awalan ke- dikatakan hanya dapat bergabung dengan beberapa perkataan. Tetapi tidak dinyatakan dengan jelas bahawa apakah jenis kata yang dapat bergabung dengan Awalan ke- itu. bolehkan nyatakan jelas kata yang dapat bergabung dengan Awalan ke- dan selain daripada 3 contoh perkataan-perkataan dalam buku itu, bolehkah senaraikan contoh-contoh yang lain yang dapat bergabung dengan Awalan ke-. sekian terima kasihAwalan ke- merupakan bentuk yang tidak produktif dalam bahasa Melayu, dan tiga perkataan tersebut yang biasa dijumpai dalam bahasa Melayu. Oleh kerana contoh yang sangat terhad tidak banyak maklumat yang diperoleh, melainkan seperti yang terkandung dalam buku tersebut. Untuk maklumat lanjutsila rujuk kajian ilmiah tentang aspek tersebut.Tatabahasa26.07.2009
1. bagaimanakah imbuhan pe-(allomof bagi peN-)dan imbuhan per dibezakan apabila kata dasar yang bermula dengan huruf r-diterbitkan? cth1. peramah 2. peramal 3. peramai seperti contoh-contoh di atas, dari segi morfologi, bagaimana kita dapat tahu bahawa kata- kata dasar tersebut adalah bergabung dengan imbuhan berbentuk per- atau imbuhan berbentuk pe-(allomof bg peN-)? sebab dalam buku- buku tatabahasa tidak dinyatakan dengan jelas. sekian terima kasihTidak ada panduan khusus untuk memudahkan kita mengetahui apakah kata dasar (sama ada bermula dengan huruf R atau tidak) bagi kata terbitan pe- dan per-, melainkan merujuk kamus dengan kerap. Walau bagaimanapun ada sesetengah perkataan meman telah dimaklumi kata dasarnya kerana kebiasaannya kata terbitan bagi kedua-dua kata dasar (kata yang bermula dengan huruf dan bukan r) tidak sama, conthnya: peramal daripada kata dasar ramal, kerana bagi kata dasar amal antara kata terbitan yang ada ialah pengamal (peramal tidak ada). Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 108 -115. Sila rujuk juga kajian-kajian ilmiah tentang tajuk ini.Tatabahasa25.07.2009
123

Kembali ke atas