Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lain (adjektif)
Bersinonim dengan berbeza, tidak sama;,
Kata Terbitan : selain, melainkan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dead bowlbol matiSukanTiadaBol dianggap mati jika: 1. Bol jatuh ke dalam parit, melainkan bol penyentuh. 2. Bol melantun ke dalam grin selepas terkena benteng. 3. Bol terkena penyentuh atau jek yang berada dalam parit. 4. Bol berhenti kurang daripada 15 ela di depan mat.
Newton�s laws of motionhukum gerakan NewtonFizikMekanikHukum yang menyatakan bahawa: 1. Jasad akan sentiasa dalam kedudukan rehat ataupun dalam gerakan malar, melainkan ada daya luar yang bertindak ke atasnya. 2. Perubahan momentum linear bagi suatu jasad berkadaran dengan daya yang bertindak ke atasnya. 3. Satu tindakan daya mempunyai tindak balas daya yang sama terhadapnya.
Newton's universal law of motionhukum gerakan sejagat NewtonMatematikTiadaHukum tentang gerakan yang menegaskan bahawa: 1. setiap jasad akan tetap berada dalam keadaan rehat atau gerakan sekata dalam satu garis lurus melainkan jika ada daya yang bertindak terhadapnya; 2. apabila daya bertindak terhadap suatu jasad pecutannya berkadar langsung dengan daya tersebut tetapi berkadar songsang dengan jisim jasadnya; 3. dan pemecutan itu berlaku mengikut arah daya itu bertindak dan setiap tindakan sentiasa mempunyai tindak balas yang sama tetapi bertentangan yang dirumus oleh Isaac Newton pada tahun 1687.
absorptivitykeserapanSainsHidrometeorologiUkuran jumlah tenaga sinaran yang diserap oleh suatu bahan berdimensi tetap yang ditakrifkan sebagai nisbah jumlah tenaga sinaran yang diserap terhadap jumlah keseluruhan tenaga tuju pada bahan tersebut. Penyerapan boleh berlaku di permukaan atau dalam perjalanan melalui bahan itu. Keserapan merupakan fungsi kepanjangan gelombang, melainkan dalam tiga kes hipotetis khas bagi jasad legap; jasad hitam, jasad hitam, jasad kelabu dan jasad putih. Dalam kes-kes ini, keserapan, ?, adalah malar bagi semua kepanjangan gelombang dan bagi masing-masing jasad legap: a = 1, 0 < a < 1, a = 0 Keserapan sebarang bahan sebenar merupakan fungsi suhu dan juga kepanjangan gelombang. Bagi bahan bukan legap, keserapan juga merupakan fungsi ketebalan (atau isipadu) bahan.

Kembali ke atas