Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Saya ingin bertanya beberapa perkataan berikut sama ada ialah kata kerja tak transitif berpelengkap atau kata kerja tak transitif tanpaa pelengkap. 1. melakukan 2. mendapat 3. mempunyai 4. menghasilkan 5. berkembang 6. bersedia 7. membantu 8. berminat 9. berfungsi 10. menggantikan 11. meningkatkan. Terima kasih.

Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan penyambut atau objek sesudahnya. Kata kerja tak transitif dapat dibahagikan kepada dua subgolongan, iaitu kata kerja tak transitif tanpa pelengkap dan kata kerja tak transitif berpelengkap.

Untuk keterangan lanjut, mohon untuk merujuk Buku Tatabahasa Dewan.

Tatabahasa06.02.2023
1. Polis akan menangkap kamu (kalau) Kamu melakukan kejahitan a) Polis akan menangkap kamu kalau melakukan kejahitan b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahitan. Jawapan a) atau b) yang betulJawapan yang betul ialah b) Polis akan menangkap kamu kalau kamu melakukan kejahatanTatabahasa27.04.2012
1. Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan. 2. Kami berharap dapat melakukan banyak lagi aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020. Manakah ayat yang betul?Ayat yang betul ialah Kami berharap pada tahun 2020, kami dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan atau Kami berharap dapat melakukan lebih banyak aktiviti yang menyeronokkan pada tahun 2020.Tatabahasa06.04.2020
1.Beliau berminat melakukan tugas (memelihara , pemeliharaan) alam sekitar .Mana satu betul? 2.Pada musim cuti (persekolahan ,sekolah) yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya. Mana satu yang betul? Terima kasih.Ayat yang betul ialah: 1. Beliau berminat melakukan tugas memelihara alam sekitar. 2.Pada musim cuti  sekolah yang lalu, Rubini telah berkunjung ke rumah saudaranya.  Tatabahasa22.09.2020
Cikgu, tolong tengok ayat di bawah ini dan tentukan ayat yang manakah ialah penggunaan kata sendi nama yang betul. 1. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung KEPADA orang lain. 2. Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung PADA orang lain. Huruf-huruf yang telah dibesarkan dalam ayat ialah kata sendi nama di mana saya hendak tuan menentukan penggunaannya yang betul dan memberikan penerangan.Ayat yang betul ialah Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung pada orang lain.Tatabahasa13.05.2014
1. Saya membuat senamrobik di padang. 2. Saya melakukan senamrobik di padang. 3. Saya bersenamrobik di padang. Ayat manakah yang betul?Ayat yang betul ialah "Saya melakukan senamrobik di padang." dan "Saya bersenamrobik di padang."

Tatabahasa09.06.2023
Adakah ayat berikut betul? 1. Antara cara-cara mencegah pencemaran udara ialah tidak melakukan pembakaran terbuka.Antara cara mencegah pencemaran udara ialah tidak melakukan pembakaran terbuka.Lain-lain20.10.2017
Apakah perbezaan antara 'metodologi' dan 'metode'? boleh terangkan maksudnya?
metode (métode) 1. cara melakukan sesuatu, sistem

metodologi (métodologi) sistem yg merang­kumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb.
Lain-lain10.09.2014
Ayat: Kamu harus melakukan segala-gala yang saya perintahkan. Bolehkah ayat di atas diubah bentuk menjadi sedemikian: (1) Segala-gala yang saya perintahan harus kamu lakukan. (2) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukan. (3) Segala-gala yang saya perintahkan, kamu harus melakukannya. (1) berupa ayat pasif, tetapi saya kurang pasti dengan (2) dan (3). Terima kasihAyat pasif yang betul ialah Segala-gala yang saya perintahkan harus kamu lakukan.

Frasa kerja pasif diri pertama dan kedua, iaitu kedudukan ruang di antara kata ganti nama diri pertama dan kedua dengan kata kerja pasif tanpa awalan tidak boleh diselitkan sebarang kata.
Tatabahasa23.07.2013
Saya ingin bertanya tentang fungsi klausa sebagai objek , berpandukan ayat contoh berikut "1. Semua orang ingin mendengar mengapa dia melakukan perbuatan itu. 2. Dia menjadikan budak itu anak angkatnya. adakah , klausa selepas kata kerja tersebut berfungsi sebagai objek?Untuk makluman tuan, objek yang terdiri daripada kata nama hadir selepas kata kerja aktif transitif untuk melengkapkan maksudnya.

Dalam ayat pertama, melakukan ialah kata kerja transitif yang menerima objek perbuatan itu bagi melengkapkan makna.
Tatabahasa24.09.2013
12345678910...

Kembali ke atas