Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
laku (adjektif)
1. Dalam konteks wang
bersinonim dengan sah, boleh digunakan,

2. Bersinonim dengan laris: terjual, dikehendaki, larap,

Kata Terbitan : selaku, berlaku, melakukan, memperlakukan, kelakuan, berkelakuan, pelaku,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
naoresedia semulaSukanTiadaArahan kembali ke kedudukan sedia selepas melakukan latihan.
naottesedia semulaSukanTiadaArahan kembali ke kedudukan sedia selepas melakukan latihan.
revivalismrevivalismeKesenianSeni BinaPendekatan seni bina yang cuba menghidupkan kembali kegemilangan zaman silam. Revivalisme bermula pada abad ke-17 sehingga ke abad-19 apabila ramai arkitek di Eropah melakukan peniruan terhadap seni bina Yunani, Romawi dan Goth.
rapid traverserentas derasKejuruteraanKejuruteraan MekanikPergerakan cepat mekanisme mata perkakas pemotong ke kedudukan benda kerja dan ketika mata perkakas pemotong kembali ke tempat asal. Ketika pergerakan ini berlaku, mata perkakas pemotong tidak melakukan kerja pemotongan. Pergerakan ini berlaku pada mesin pemotongan seperti mesin larik, mesin canai dan mesin kisar.
advance strokelejang maraMekanikGunaanBahagian kitaran mekanisme apabila mekanisme itu berada di bawah tindakan beban. Semasa lejang mara, mekanisme itu bergerak untuk melakukan kerja. bahagian kitaran ini juga dinamai lejang kerja. Lihat juga kembali.
social isolationpemencilan sosialSains PolitikPolitik PerbandinganKeadaan yang memisahkan diri atau kelompok daripada masyarakat yang lebih besar. Tindakan ini dilakukan sama ada secara sengaja kerana tidak mahu bercampur dengan dunia luar ataupun secara tidak sengaja apabila seseorang atau kelompok itu hidup terpisah dan jauh dari masyarakat. Pemencilan sosial ini akan menyebabkan seseorang itu hidup tanpa tekanan sosial yang kuat dan berasa bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa mengambil kira faktor masyarakat. Contohnya, Robinson Crusoe yang menduduki sebuah pulau seorang diri mengalami pemisahan sosial yang lama sehinggalah beliau kembali ke tempat asalnya.
formulaic verbal theoryteori formulaik lisanKesusasteraanTiadaTeori penciptaan lisan yang dipelopori oleh Millman Parry dan Albert Lord. Berdasarkan kajian mereka ke atas puisi Homer dan puisi lisan dari Yugoslavia, mereka mendapati bahawa proses penciptaan lisan bergantung pada penggunaan yang disebut sebagai formula a group of words which is regularly employed under the same metrical conditions to express a given essential idea. Penggunaan formula amat penting bagi sesuatu penciptaan lisan yang berlangsung secara spontan untuk mengelakkan penyampaian yang tersekat-sekat. Biasanya formula mempunyai bentuk frasa kodi yang bersukat, berentak, mudah dihafal serta diingat kembali oleh seseorang pencerita. Formula demikian bukan sahaja membantu hafalan dan penyampaian, tetapi mudah diubahsuai dalam setiap penyampaian. Proses penciptaan lisan juga melibatkan penciptaan semula cerita semasa penyampaian. Contohnya, Amin Sweeney dalam kajiannya tentang penciptaan sastera lisan Melayu, telah memperlihatkan bahawa setiap penyampaian cerita tidak pernah sama, walaupun bagi cerita yang sama. Hal ini demikian kerana tukang cerita akan melakukan improvisasi ke atas ceritanya. Cerita yang disampaikan bukanlah teks yang dihafal tetapi teks yang terdiri daripada formula tersirat bagi setiap tahap cerita. Kaedah penciptaan ini dikenali sebagai penciptaan skematik dan merupakan penciptaan lisan yang berbeza daripada penciptaan tulisan. Oleh sebab penciptaan tersebut, maka tidak terdapat satu versi lisan yang dianggap benar-benar tepat kerana setiap persembahan adalah unik dan berbeza. Lihat juga formula.

Kembali ke atas