Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
lalu
1. Bersinonim dengan berjalan
( melintas, melewati, )
(kata kerja:)

2. Bersinonim dengan berdaya
( larat, bertenaga, bermaya, )
(kata kerja:)

3. Bersinonim dengan kemudian
( sesudah itu, selepas itu, setelah, justeru itu, maka, )
(kata tugas:)

4. Bersinonim dengan lewat
( menjangkaui, melampaui, )
(kata tugas:)

Kata Terbitan : berlalu, melalui, melalukan, terlalu, keterlaluan, laluan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Melalui lawatan ini, kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik 2. Kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik melalui lawatan ini. Manakah ayat yang betul? Atau kedua-dua pun boleh digunakan?

Kedua-dua ayat tersebut betul dan boleh digunakan.

1. Melalui lawatan ini, kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik (ayat songsang).

 2. Kami berasa sangat seronok dan gembira kerana kami dapat memperoleh atau mendapat pelbagai ilmu pengetahuan tentang sains dan matematik melalui lawatan ini.

Tatabahasa06.04.2020
1. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan dengan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih Atau 2. Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih. Ayat 1 atau ayat 2 yang betul.

Ayat yang betul ialah “Melalui kem motivasi, murid akan didedahkan kepada tip untuk belajar dengan lebih mudah oleh pakar motivasi yang terlatih”.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 495.

Tatabahasa05.03.2024
Saya ingin makluman mengenai status penerbitan manuskrip saya bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' Rujukan DBP/428/100-1/1/1/90 K.11(123).Salam tuan budiman,

manuskrip bertajuk 'reka bentuk perindustrian: Realisasi projek reka bentuk automotif secara praktikal' telah selesai disunting, dan telah diemelkan kepada penulis untuk semakan dan pengesahan penulis. Sebarang pertanyaa berhubung perkara di atas, bolehlah menghubungi:  Puan Raba’ah Jaffar, Penolong Editor, Bahagian Buku Umum melalui talian telefon 03-21479429 atau e-mel rabaah@dbp.gov.my1">

1"> 

 
Lain-lain03.12.2019
salam.. 1)boleh terangkan penggunaan kata ''melalui'' sebagai kata kerja dengan terperinci. 2)apa itu frasa endosentrik?contoh penggunaan ayat? trma ksih..

1. Melalui daripada kata dasar lalu membentuk kata baru yang membawa pelbagai makna. Apa yang fahamkan daripada soalan saudara bukanlah makna langsung dari perbuatan lalu tetapi makna baru seperti melalui yang bermaksud "dengan perantaraan" atau "menerusi", contoh ayatnya: Rancangan Dewan Bahasa di udara seringkali disiarkan melalui radio dan Ahmad telah memajukan tuntutannya melalui peguamnya.

2. Frasa endosentrik ialah frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif kerana frasa-frasa ini mempunyai satu unsur inti yang dapat menjadi wakil bagi frasanya. Frasa nama, misalnya, mempunyai kata nama sebagai unsur intinya. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga halaman 81 dan artikel bertajuk "Konsep Endosentrik dan Eksosentrik" dalam akhbar Berita Harian, 31 Julai 2000 yang ditulis oleh Nik Safiah Karim.

Tatabahasa01.08.2011
mohon semak ayat berikut - 2.1 Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam. 2.2 Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

1Melalui Warta Persekutuan (P.U 486/1965) Perintah Kanun Tanah Negara (Bayaran Ukur) 1965, Menteri Tanah dan Galian (pada waktu itu) telah memberikan kuasa kepada Pengarah Negeri (pada waktu itu) untuk meremit atau mengecualikan bayaran ukur tanah-tanah yang terlibat di dalam skim atau projek oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri yang dibangunkan untuk kegunaan awam.

2. Y.B. Penasihat Undang-Undang Negeri, melalui pandangan perundangan bertarikh 18 Ogos 2010, berpendapat bahawa penurunan kuasa boleh diberikan oleh Pengarah Tanah dan Galian kepada Pentadbir Tanah melalui peruntukan di dalam Seksyen 15(1) perenggan (g) Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56).

Kedua-dua contoh yang diberikan berkaitan dengan soalan sebelum ini. Berdasarkan maklumat yang diberikan sebelum ini penggunaan frasa 'di dalam' dalam kedua-dua ayat tersebut adalah kurang tepat. Walau bagaimanapun seperti yang dimaklumkan sebelum ini, pemakaian bahasa dalam bidang undang-undang kadangkala tidak persis dalam penulisan umum. Bahasa dalam undang-undang mempunyai larasnya tersendiri dan penggunaannya terhad dalam bidang tersebut. Oleh itu, sila rujuk pakar yang arif tentang laras bahasa undang-undang dan tafsiran setiap kata yang termaktub dalamnya.

Tatabahasa17.02.2011
bagaimana ingin mendapatkan kelulusan bahasa daripada DBP terlebih dahulu sebelum permohonan dikemukan kepada majlis

Permohonan pengesahan bahasa Melayu untuk papan tanda perniagaan/iklan boleh dibuat menggunakan dua cara.

1. Melalui talian menerusi laman dbpsahbahasa.my atau melalui kunjungan
2. Melalui kaunter di Aras Bawah, Menara DBP dengan membawa dua (2) salinan visual iklan. Kaunter dibuka pada hari bekerja dari pukul 8.30 pagi hingga 4.30 petang.1">

 

Lain-lain29.12.2019
Boleh saya tahu bagaimana cara hendak menerbitkan antologi puisi melalui DBP? Apakah terma dan syarat?Penerbitan antologi puisi melalui DBP: 1. Minimum 100 buah puisi atau 100-200 halaman manuskrip. 2. Melibatkan beberapa orang penulis. Penulis tidak melebihi 20 orang, bagi memudahkan urusan pembahagian royalti. 3. Penulisan puisi berdasarkan tema tertentu atau bebas. 4. Terdapat seorang penyelenggara manuskrip untuk mengumpulkan semua puisi. Penyelenggara juga perlu ada karya puisi bagi melayakkan nama beliau di kulit buku dan prakata. 5. Prakata daripda penyelenggara. 6. Hantar manuskrip yang telah lengkap melalui alamat : Ketua Editor Bahagian Buku Sastera, Aras 10, Menara DBP, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain05.11.2019
Adakah padanan bagi "coming into force" dalam ayat di bawah ini betul dalam teks bahasa kebangsaan yang dipadankan dengan "mula berkuat kuasanya" atau adakah ayat yang sewajarnya adalah "permulaan kuat kuasa". 1. (1) This Act may be cited as the *Direct Sales and Anti-Pyramid Scheme Act 1993 and shall come into force [operation] on a date as the Minister may, by notification in the Gazette, appoint and different dates may be appointed for the coming into force of different provisions of this Act. 1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan *Akta Jualan Langsung dan Skim Anti-Piramid 1993 dan hendaklah mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan tarikh yang berlainan boleh ditetapkan bagi mula berkuat kuasanya peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.Kami mencadangkan "coming into force" diterjemahkan sebagai "mula berkuat kuasa". Padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. Penyemakan dan penterjemahan30.07.2021
Salam 1 Malaysia 1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola (pada hari hujan/semasa hujan). 2. Aiman menghantar emel kepada kawannya (dengan/menggunakan/dengan melayari/melalui) 3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap (oleh/dengan/menggunakan) kamera digital. 4. Susanti memakai sari yang (dihadiahkan/dihadiahi) oleh ibunya. 5. Adakah "oleh" perlu diikuti dengan objek hidup? 6. Saya berenang (di dalam/di) air Terima kasih.1. Ali jatuh sakit kerana dia bermain bola semasa hujan.
2. Aiman menghantar e-mel kepada kawannya melalui ... 
3. Saya menggunakan mesin pencetak untuk mencetak gambar yang ditangkap dengan/menggunakan kamera digital.
4. Susanti memakai sari yang dihadiahkan oleh ibunya.
5. Kata sendi nama oleh digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama untuk membawa beberapa maksud. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 283. 
6. Saya berenang di dalam air.
Tatabahasa02.10.2012
Salam sejahtera, Tuan; 1. Pembentukan kata kerja melalui proses penggandaan disebut "kata kerja ganda" atau "kata ganda kerja"? 2. Bagaimana pula dengan proses pemajmukan? samada "kata kerja majmuk" atau "kata majmuk kerja". Terima kasih.Pembentukan kata kerja melalui proses penggandaan dan pemajmukan disebut "kata kerja ganda" dan "kata kerja majmuk".Tatabahasa31.01.2013
12345678910...

Kembali ke atas