Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.bang.kan] | ملامبڠکن

Definisi : menjadikan sbg tanda (utk memperkenalkan sesuatu), merupakan lambang, menggambarkan: penghulu sbg pemim­pin masyarakat Dayak juga ~ persatuan dan perpaduan; istilah baru dicipta utk ~ benda­-benda baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.bang.kan] | ملامبڠکن

Definisi : menjadi lambang utk (kpd): Gambar daun lontar ~ Dewan Bahasa dan Pustaka.. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lambang (kata nama)
Bersinonim dengan simbol, tanda, ideograf, logo, monogram, piktograf;,
Kata Terbitan : melambangkan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan. Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifiken pada elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jatidiri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
[(Berlatar belakangkan warna merah yang melambangkan semangat yang membara dalam mencapai kejayaan.) Ayat ini tergantung kerana tiada subjek.]
Paparan petak-petak yang membentuk kolum, signifikan dengan elemen nilai murni yang jitu bagi memupuk semangat jati diri para pekebun kecil ke arah peningkatan usaha dan komitmen yang lebih tinggi.
Tatabahasa23.05.2014
Bahagian pinggang, pula melambangkan "nusakancana" iaitu Tanah Melayu. Adakah penggunaan tanda petik tersebut betul dan adakah perkataan awal huruf "Nusakancana" perlu dibesarkan seperti itu?Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusakancana" adalah betul. Perkataan ini dieja dengan huruf kecil ("nusakancana") sama seperti perkataan "nusaratang".Ejaan04.03.2020
Bahagian dada wau melambangkan "nusaratang" iaitu, merangkumi Semenanjung Indonesia, Thailand dan Burma. Adakah betul cara penggunaan tanda petik tersebut?Penggunaan tanda petik pada perkataan "nusaratang" adalah betul.Ejaan04.03.2020
"jiwa lautan" yang melambangkan keadaan gelombang lautan menggunakan gaya bahasa metafora atau personifikasi? Terima kasih!Frasa "jiwa lautan" ialah contoh metafora yang menyatakan sesuatu makna yang lain daripada makna biasa atau makna sebenar perkataan yang berkenaan.Sastera08.03.2012
Sejauh manakah bahasa melambangkan bangsa?Bincangkan tajuk ini dari aspek budaya,identiti,jati diri,perpaduan dan penyatuan rakyat untuk negara kita.

Keterampilan seseorang apabila berbahasa menunjukkan asal keturunannya,jika baik, baiklah bangsanya, jika tidak, sebaliknya. Untuk maklumat lanjut dan terperinci tentang tajuk yang diberi sila rujuk buku/makalah yang berkaitan.

Lain-lain11.12.2008
SATU ISTILAH YANG MELAMBANGKAN PANTAS1. cepat,kencang,lekas 2. cekap,cekatan,mahir,tangkasMakna22.09.2008
apakah peribahasa yang melambangkan maksud apabila kita melakukan kesilahan, kita hendaklah berusaha untuk membetulkannya? adakah sesat di hujung jalan, balik ke pangkal jalan? atau? terima kasihContoh peribahasa yg sdr kemukakakan itu adalah betul. T.kasih.Lain-lain17.07.2008
Adakah bahasa istana melambangkan budaya penuturnya? Apakah bahan-bahan rujukan yang bersesuaian yang boleh di rujuk berkaitan soalan di atas?Ya, kerana penutur bahasa istana berasimilasi dengan budaya istana. laras dan ungkapan khusus dalam bahasa tersebut. Untuk maklumat lanjut Sdr. bolehlah membaca buku tentang bahasa istana yang ditulis oleh Asmah Haji Omar yang diterbitkan oleh DBp dan makalah lain tentang perkara ini.Lain-lain19.08.2006
apakah yang dimaksudkan bahasa melambangkan negara terbilang?

Sesebuah negara yang berdaulat pastinya mempunyai bahasa kebangsaan, yang juga menjadi bahasa rasmi negara berkenaan. Di Malaysia, bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu sebagaimana  tertera dalam Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Selepas merdeka, bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar utama  dalam sistem persekolahan di semua sekolah rendah kerajaan, menengah dan kemudian di peringkat universiti apabila ditubuhkan Universiti Kebangsaan Malaysia. Seterusnya penggunaan bahasa Melayu dalam pengajaran di pusat pengajian tinggi awam diperluaskan. Melalui sistem pendidikan ini, bahasa Melayu menjadi alat utama adalam sistem pendidikan kebangsaan. Kesan daripada pelaksanaan sistem ini, terbukti ramai graduan tempatan dilahirkan dengan cemerlang hasil daripada penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu. Peningkatan taraf pendidikan dalam kalangan rakyat Malaysia telah menyumbang ke arah pembangunan negara dalam bidang ekonomi, pelajaran, politik, kesihatan, pertanian, perindustrian,pertahanan dan sebagainya. Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan perlu dipertahankan, diperkasakan dan dikembangkan sesuai dengan ledakan maklumat semasa agar bahasa kebangsaan tidak statik, sebaliknya mampu dijadikan bahasa ilmu, bahasa komunikasi sosial, bahasa ekonomi, bahasa undang-undang, bahasa teknologi maklumat dan bahasa  perpaduan. Faktor-faktor inilah yang menjana ke arah menjadikan sesebuah negara itu terbilang.

Lain-lain03.03.2008
Adakah ayat ini betul? 1) Anak-anak melambangkan permata buat ibu bapa. 2) Islam melahirkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. 3) Kucing Adam selamat melahirkan 10 ekor anak yang comel sekali. 4) Jam tangan Ying berfungsi untuk mengawal kuasa manipulasi masa. 5) Boboiboy telah berjaya menguasai kuasa Elemental Fusion sepenuhnya.Ayat yang betul ialah: 
1) Anak-anak merupakan permata buat ibu bapa.
2) Islam melahirkan pemimpin yang adil dan bertanggungjawab.
3) Kucing Adam selamat melahirkan 10 ekor anak yang comel sekali
4)  Jam tangan Ying digunakan untuk mengawal kuasa manipulasi masa.
5) Boboiboy telah berjaya menguasai kuasa pelakuran semula jadi sepenuhnya.
Tatabahasa07.07.2022
1234567

Kembali ke atas