Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.paui] | ملمڤاوءي

Definisi : 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah me­majukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.paui] | ملمڤاوءي

Definisi : 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Tuan/ Puan. Saya ingin membuat semakan dengan pihak DBP. Adakah perkataan melampaui sesuai untuk digunakan dengan nombor? Contohnya seperti "jumlah kes Covid-19 telah melampaui satu juta." Mohon pencerahan daripada pihak Tuan/ Puan. Terima kasih.Perkataan melampaui bermaksud melebihi sesuatu peringkat atau had. Maka perkataan melampaui sesuai digunakan dalam ayat yang diberikan.Tatabahasa02.10.2020
Tuan, melampaukah perbuatan "menunggu", iaitu adakah perbuatan "menunggu" melampaui pembuat lalu mengenai penyambut? Sila baca WordPad untuk lebih terang memahami soal saya.Untuk makluman, menunggu ialah kata kerja transitif. Untuk maklumat lanjut, mohon rujuk buku Tatabahasa Dewan.  Tatabahasa12.12.2016
APA MAKSUD MELANGKAU MAYA, REFLEKTIF, BERKESINAMBUNGAN, FLEKSIBELIstilah 'melangkau maya' bermaksud melampaui pemikiran; 'berkesinambungan' bermaksud berlanjutan, berterusan, berpanjangan; 'reflektif' bermaksud memantulkan, sentiasa berfikir; bermenung dan 'fleksibel' bermaksud boleh diubah atau disesuaikan (dgn mudah) atau mudah berubah (sikap, keputusan, dll) mengikut keadaan baru dll, luwes.Makna23.01.2007
Assalamualaikum, ayat ini lebih sesuai digolong dalam kata kerja yang mana satu? 1)...'mencetuskan' kontroversi. 2) mitos 'melampaui' fakta sejarah. 3) filem ini 'mengelirukan' kerana merujuk kerajaan... 4) sikap 'berfikiran' kuno 5) Siam 'mengambil' masa 6) 'mempersiapkan' pertahanan 7) tidak mahu 'menerima' kebenaran sy agak keliru antara kk transitif aktif & kk tak transitif berpelengkap1. Mencetuskan kontroversi - Kata kerja aktif transitif.
2. Melampui fakta sejarah - Kata kerja aktif transitif.
3. Mengelirukan ... - Kata kerja aktif transitif.
4. Berfikiran kuno - Kata kerja tak transitif berpelengkap.
5. Mengambil masa - Kata kerja aktif transitif.
6. Mempersiapkan pertahanan - Kata kerja aktif transitif.
7. Menerima kebenaran - Kata kerja aktif transitif.
Kata kerja aktif tak transitif berpelengkap mesti diikuti pelengkap untuk menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap ini hendaklah dibezakan daripada objek atau penyambut, kerana objek atau penyambut hanya hadir selepas kata kerja transitif aktif dan boleh mengalami proses pasif. Pelengkap ialah unsur yang hadir selepas kata kerja tak transitif untuk menyempurnakan maksud ayat. Ayat dengan kata kerja aktif tak transitif yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan. Untuk lebih memahami tajuk tersebut lihat penerangan dalam buku Tatabahasa Dewan, halaman 145. Untuk menguasai jenis kata kerja, sila rujuk tajuk pembentukan kata kerja kerana setiap subtajuk di bawahnya diterangkan jenis kata kerja yang terbentuk daripada proses tersebut.
 
Tatabahasa24.03.2012
Sila nyatakan dan jelaskan perbezaan antara "tindakan yang keterlaluan" dengan "tindakan yang berlebihan".Isunya di sini ialah persamaan atau perbezaan makna antara keterlaluan dengan berlebihan. Keterlaluan bermaksud keadaan terlalu atau keadaan yang melampaui batas dan berlebihan pula bermaksud terlalu atau sangat banyak. Lazimnya "berlebihan" digunakan dalam menceritakan benda yang boleh dilihat secara fizikal, seperti dalam ayat: Membaja pokok secara berlebihan tidak mendatangkan faedah dan Beras ada juga yang dieksport kerana berlebihan daripada keperluan tempatan. Oleh itu frasa yang tepat ialah "tindakan yang keterlaluan".Makna04.06.2011
Assalamualaikum... Minta pandangan tuan tentang perkataan 'melalui' Perkataan 'melalui' tergolong sebagai kata kerja atau kata sendi atau boleh berfungsi untuk kedua-duanya? Terima kasih.Perkataan “melalui” boleh menjadi kata kerja (kk) iaitu membawa maksud lalu di: melampaui, ,mengikuti, ,melintasi, menempuhi.  Selain itu kata “melalui” boleh juga berfungsi sebagai kata tugas(kt) yang membawa maksud menerusi: dengan perantaraan.  Rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan, 2010.Tatabahasa21.02.2014
Saya ada kemusykilan terhadap penggunaan perkataan "berlebihan". Bagi saya, perkataan ini membawa denotasi negatif. Setujukah saudara? Sila beri pendapat. Terima Kasih.

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, berlebihan bermaksud terlalu sangat (banyak, lebih, dll). Berlebih-lebihan bermaksud 1. terlalu sangat (banyak), melampaui batas (sepatutnya) 2. berlumba-lumba untuk beratas-atasan (atas-mengatasi). Berdasarkan huraian yang diberikan, perkataan yang mempunyai maksud negatif ialah berlebih-lebihan bukan berlebihan.   

Makna17.02.2011
Salam, Apa yang dimaksudkan dengan 'ultra vires'? Contoh yang boleh di ambil mengenai 'ultra vires' di Malaysia pada peringkat kerajaan tempatan iaitu pihak berkuasa tempatan ialah..... Terima Kasih.

Saudara Luqman,

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat, maksudnya ialah  melampaui atau di luar kuasa atau autoriti yg sah seseorang, sesebuah badan dsb: sebaliknya, jika pihak berkuasa bertindak secara melangkaui kekuasaan atau ~, maka pihak yg terjejas akan mendapat penghakiman yg sewajarnya. Untuk mendapatkan contoh atau keterangan lanjut dari segi penggunaannya dalam konteks kerajaan tempatan, saudara bolehlah menghububgi pihak berkuasa tempatan di tempat  saudara atau merujuk makalah undang-undang tentang perkara ini.   

Makna23.07.2009
apakah maksud perkataan suprakelas? boleh berikan satu contoh ayat yang menggunakan perkataan suprakelas? ejaan untuk kata Pontianak atau puntianak? mana satukah yang betul?1. Tiada istilah "suprakelas", tetapi istilah "supra" ialah awalan asing yang bermaksud melebihi atau melewati sesuatu batas, sempadan,melangkaui, melampaui, dsb.
2. Ejaan yang tepat ialah "puntianak"
Istilah15.04.2015
Cikgu, apakah beza maksud antara kata "lebih" dengan kata terbitan "berlebihan"? Adakah dua kata ini sama makna, dan cara pemakaian dua kata dalam ayat juga sama? Jadi, ayat di sebelah yang manakah betul? 1. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang lebih. 2. Akhiran-kan dalam kata "membasmikan" imbuhan yang berlebihan.Lebih bermaksud melampaui had yang sepatutnya atau bertambah daripada dahulu, manakala berlebihan bermaksud terlalu atau sangat banyak. Untuk melihat lebih jelas perbezaan makna antara kedua-dua perkataan ini, sila rujuk kamus dan lihat konteks penggunaannya. Dalam Tatabahasa Dewan tidak ada peraturan imbuhan yang lebih atau imbuhan yang berlebihan, malah dari aspek binaan kata terbitan tidak ada kata membasmikan. Sila rujuk guru anda untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Tatabahasa22.02.2015
12

Kembali ke atas