Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.paui] | ملمڤاوءي

Definisi : 1. lalu di, melalui, melintasi: orang tua itu masih belum ~ persimpangan jalan; 2. melebihi (sesuatu peringkat dsb), melewati: usianya tidak ~ dua puluh lima tahun; pakar-pakar sains Islam telah me­majukan botani dan zoologi jauh ~ keadaan yg telah ditinggalkan Dioskorides; ~ batas; 3. melebihi (had, ketentuan, dsb yg wajar), berlebih-lebihan, melanggar (tatatertib dll): tidak tahan hati melihat kekejaman dan keganasan yg ~ batas itu; 4. mengatasi (sesuatu kesukaran, kesulitan, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.paui] | ملمڤاوءي

Definisi : 1 melebihi sesuatu peringkat atau had: Kelakuannya sudah ~ batas. 2 lalu di; melintasi: Ketika ~ kawasan kubur, Amin terdengar-dengar jeritan halus. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampau (adjektif)
Bersinonim dengan lalu, lepas, kuno;,
Kata Terbitan : melampau, melampaui, terlampau, pelampau,

Peribahasa

Sumbing melalui (= meluaki),
     retak melampaui tara (= garis).

Bermaksud :

Perbuatan yang sudah melampaui batas. (Peribahasa lain yang sama makna: Retak melampaui tara [= garis]).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transfinitemelampaui terhinggaMatematikTiadaTiada
fahishmelampaui batasan/kejiPerniagaan IslamTiadaLihat ghabn fahish.
exceed (to)melampaui; melebihiMatematikTiadaTiada
transfinite numbernombor melampaui terhinggaMatematikTiadaTiada
transfinite inductionaruhan melampaui terhinggaMatematikTiadaTiada
transfinite cardinalkardinal melampaui terhinggaMatematikTiadaTiada
not beyondtak melampauiPentadbiranTiadaTiada
darar fahishkemudaratan melampaui batas/kemudaratan kejiPerniagaan IslamTiadaKerosakan yang berlaku pada produk atau bangunan pada tahap kritikal sehingga menyebabkan produk atau bangunan itu tidak boleh digunakan langsung. Contohnya, barangan seperti komputer yang pecah atau dinding yang roboh dan membahayakan penghuni.
beyond a reasonable doubtmelampaui keraguan munasabahSains ForensikTiadaTahap pembuktian yang akan meyakinkan mahkamah dengan kepastian yang sangat tinggi bahawa sesuatu dakwaan itu adalah benar.
overmaturebangkaPerhutananPengurusan HutanPokok yang melampaui tahap matang.
1234567

Kembali ke atas