Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lam.pir.kan] | ملمڤيرکن

Definisi : menyertakan atau mengembar­kan dgn yg lain (spt surat dll), mengirim bersama: bersama ini dilampirkan sekeping surat permohonan bercuti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lam.pir.kan] | ملمڤيرکن

Definisi : menyertakan sesuatu bersama yg lain; mengepilkan: Bersama surat itu, dia ~ sekeping cek. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lampir (kata nama)
Bersinonim dengan helai, keping;,
Kata Terbitan : melampirkan, lampiran,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya melampirkan soalan pada dokumen di bawah.Ayat yang betul:
a. Dia mengeluarkan wang daripada beg tangannya.
b. Dia mengeluarkan kek daripada ketuhar.
c. Dia keluar daripada kereta.
d. Dia mengeluarkan buku daripada kotak.
Dari dan daripada ialah kata sendi nama yang hadir di hadapan frasa nama. Kata sendi nama "dari" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan arah, tempat atau waktu atau masa, manakala kata sendi nama "daripada" hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang menyatakan punca bagi manusia, haiwan atau benda, asal kejadian dan sumber atau unsur perbandingan atau perbezaan.
Tatabahasa10.12.2021
saya ada melampirkan papan iklan saya unutk tujuan pengesahan bahasa oleh DBP bagi mendapatkan lesen papan iklan dari pihak berkuasa tempatan. Terima KasihMasukkan keterangan dalam bahasa Melayu seperti "KEDAI ALAT PERMAINAN" di bahagian atas iklan. Setelah dibuat pembetulan, kemukakan permohonan tuan melalui domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP", bukannya Khidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.10.2015
gagal melampirkan lampiran jpg file untuk kali yang kedua, iaitu pembetulan ejaan untuk pemohonan yang pertama. Cara yang sama seperti yang sama melampirkan jpg untuk kali pertama , tetapi tidak jadi untuk kali ini.Sila rujuk lampiran. Sekiranya tuan menghadapi masalah teknikal, tuan boleh menghubungi En. Shaufi, Pegai Sistem Maklumat melalui sambungan 1860.Lain-lain31.10.2013
Mana satu yang betul? 1. Saya lampirkan borang .... 2. Saya melampirkan borang....Ayat yang gramatis ialah Saya melampirkan borang ....Tatabahasa31.05.2012
Saya baru mendapati bahawa hanya lampiran fail dalam format .doc dan .txt diterima. Dalam soalan lepas, saya telah melampirkan fail format .docx. Jadi, saya akan melampirkan fail .doc. Soalan asal: Hi, cikgu baru berunding tentang jawapan-jawapan sebuah ujian kecil. Bagaimanapun, kami tidak dapat membuat kesimpulan tentang jawapan beberapa soalan. Yang dilampirkan ialah ujian penuh. Tolong memberikan jawapan dan juga penjelasan soalan jika boleh. Harap DBP dapat membantu kaimi.Pihak kami telah memberikan jawapan kepada 2 soalan yang sama sebelum ini   Mohon rujuk jawapan kami.Lain-lain17.02.2014
Salam warga DBP, Saya ada melampirkan fail format pdf tentang POSTAG bahasa Indonesia. Adakah bahasa Malaysia mempunyai pembahagian perkataan seperti berikut? Jika ada, bagaimana cara untuk saya dapatkannya? Terima kasih.Untuk makluman tuan, tiada data berkenaan POSTAG dalam bahasa Melayu dalam data rujukan kami.Lain-lain02.11.2016
Salam sejahtera. Tuan/Puan, Saya telah melampirkan soalan saya. Terima kasih.Kecinaan bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Cina, kearaban bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Arab, kemelayuan juga bermaksud mempunyai sifat atau ciri-ciri orang Melayu. Maka ketiga-tiga kata ini ialah kata adjektif. Jika ada pandangan lain yang menolak pandangan ini, kami akan kemukakan kepada mereka yang ahli khususnya penyusun buku Tatabahasa Dewan. Kami menerima pakai rumus yang termaktub dalam buku Tatabahasa Dewan tentang apitan ke...an dan jenis kata yang terhasil daripadanya.Tatabahasa29.01.2014
Kepada Dewan Bahasa Dan Pustaka: Saya telah melampirkan soalan saya di lampiran fail. Sekian, terima kasih.Terima kasih atas pandangan saudara. Untuk makluman saudara, jawapan yang diberi merujuk Kamus Dewan. Perkataan harus bermaksud: 1. tidak boleh tidak, tidak dapat tidak, mesti, patut, wajib; 2. boleh jadi, mungkin; 3. tidak mustahil (berlaku, terjadi, dsb) atau mungkin; dan 4. boleh dilakukan dan boleh pula ditinggalkan. Manakala perkataan mesti bermaksud: 1. tidak boleh tidak, wajib; 2. tentu; dan 3. patut, wajar. Berdasarkan makna tersebut dalam keadaan tertentu perkataan harus boleh saling berganti dengan perkataan mesti seperti ayat Kita mempunyai kepentingan sendiri yang harus/mesti dijaga. Manakala dalam keadaan yang lain pula kedua-dua perkataan tersebut tidak dapat bertukar ganti, seperti Harus seorang musuh itu bertukar menjadi seorang kawan dan Apa-apa yang dilakukan Kamal mestilah Aini tahu. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan terjemahan perkataan harus dan mesti dibezakan, harus - due/due to be dan mesti - must.Tatabahasa28.02.2012
Salam, Saya dari Koperasi Percetakan Bumiputra Malaysia berhad melampirkan fail untuk pihak tuan mengesahkan ejaan yang terdapat di fail tersebut. Ia adalah untuk mendapatkan lesen iklan papan tanda premis. Sekian Terima Kasih

Iklan perlu dikemukakan melalui laman web www.prpm.dbp.gov.my  Layari laman web  www.prpm.dbp.gov.my dan klik e-Perkhidmatan. Klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP. Skrin Daftar Masuk akan dipaparkan. Pengguna yang pertama kali berkunjung perlu mendaftar terlebih dahulu. Isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar. Skrin Pengesahan Pendaftaran akan dipaparkan. Penuhkan ruangan yang disediakan untuk mengaktifkan akaun anda. Semak e-mel anda untuik mendapatkan Kod Pengaktifan. Salin Kod Pengaktifan dan masukkan di ruang yang disediakan dan klik Aktif. Klik menu Permohonan untuk menghantar permohonan. Pilih dan isikan maklumat yang diperlukan. Setelah selesai, klik Daftar

 

Lain-lain25.07.2011
Salam Tuan, Saya Amin, wakil dari Bank Islam Malaysia ingin melampirkan visual untuk semakan bagi tujuan pengiklanan di kota Baharu Kelantan. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangkan permohonan semakan ini. Jika terdapat sebarang pertanyaan atau kemuskilan, tuan boleh mehubungi saya di talian 0142986890 atau email di alamat asyafiqmr@bankislam.com.my
Salam sejahtera, untuk makluman, permohonan pengesahan bahasa untuk iklan perlu dibuat secara dalam talian melalui laman web dbpsahbahasa.my. Bagi mendapatkan id akses dan kata laluan, tuan/puan perlu mendaftar dahulu. Mohon rujuk tunjuk cara pendaftaran dengan mengklik Panduan untuk jenis iklan Papan Premis Kedai/Pejabat/Syarikat. Pihak tuan juga boleh menghubungi pegawai kaunter penguatkuasaan melalui 03-21479100/9200 untuk sebarang pertanyaan. Sekian, terima kasih.
Lain-lain26.02.2022
1234

Kembali ke atas