Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.gan] | ملڠݢن

Definisi : membeli secara tetap (surat khabar, majalah, dll): boleh dikatakan semua majalah keluaran tanah air dilanggannya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.gan] | ملڠݢن

Definisi : 1 membeli (surat khabar, majalah dll) secara tetap: Sudah bertahun-tahun dia ~ akhbar di kedai itu. 2 menggunakan atau mendapatkan khidmat seseorang dgn membayar kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langgan
Kata Terbitan : melanggan, pelanggan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
subscription priceharga langgananPentadbiran PerniagaanTiadaHarga untuk melanggan sekuriti.
rightshak sisaPentadbiranTiadaHak pemegang saham untuk melanggan saham tambahan bagi mengekalkan peratusan pemiliknya.
pink formborang langganan pekerjaPentadbiran PerniagaanTiadaBorang untuk melanggan sekuriti baru yang diperuntukkan kepada pekerja syarikat yang menerbitkan isu berkenaan.
warrantwaranPentadbiranTiadaSekuriti yang menawarkan pemegangnya hak untuk melanggan saham biasa syarikat pada tarikh tertentu dengan harga yang telah ditetapkan.
preemptive righthak beli dahuluPentadbiranTiadaHak pemegang saham biasa untuk melanggan terlebih dahulu sebarang terbitan saham baharu syarikat.
podcastsiar podTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu bentuk penyiaran episod audio atau video digital yang bersiri menerusi Internet dan sering digunakan dalam e-pembelajaran. Pengguna yang melanggan perkhidmatan ini boleh memuat turun fail dan mendengarnya menggunakan pemain media pada komputer, peranti media mudah alih seperti iPod daripada hos dan pembekal kandungan kursus siaran.
majordomomajordomoTeknologi MaklumatPerisianAplikasi pengurusan senarai mel yang ditulis dalam bahasa pengaturcaraan Perl dan digunakan bersamaan dengan aplikasi pelayan mel seperti Sendmail. Aplikasi ini membolehkan pengguna melanggan sesebuah senarai mel dengan menghantar mesej yang mengandungi subjek ‘subscribe’ kepada alamat e-mel tersebut. Majordomo memudahkan pentadbir e-mel membuat proses langganan dan seliaan senarai mel secara automatik.
listservlistservTeknologi MaklumatTiadaPerisian aplikasi senarai mel elektronik yang dibangunkan pada pertengahan tahun 1980-an untuk tujuan tertentu oleh sekumpulan pengguna. Listserv akan mengimbas pesanan mel bagi perkataan “subscribe” (melanggan) dan “unsubscribe” (tarik diri pelangganan) untuk mengemas kini senarai ahli secara automatik. Apabila seorang pelanggan hantar mel kepada senarai mel ini, seluruh ahli akan menerimanya. Contoh aplikasi yang sama adalah seperti Yahoo Groups Mail.
satellite channelsaluran satelitKomunikasiTiadaSaluran sesuatu rancangan televisyen yang dipancarkan menerusi satelit. Isyarat daripada satelit akan dipancarkan ke bumi dan diterima oleh alat penerima yang kemudiannya akan disalurkan kepada pelanggan yang melanggan saluran televisyen tersebut. Contoh saluran televisyen satelit di Malaysia ialah ASTRO.
retakafultakaful semulaEkonomiEkonomi IslamKontrak takaful antara sebuah syarikat pengendali takaful (syarikat terdahulu) dengan syarikat pengendali takaful lain (syarikat terkemudian). Syarikat terdahulu dikenali sebagai syarikat pemberi, manakala syarikat terkemudian dikenali sebagai syarikat penerima. Dalam kontrak ini, syarikat pemberi melanggan khidmat takaful daripada syarikat penerima bagi tujuan melindungi produk-produk takaful yang telah disertai oleh peserta syarikat pemberi, manakala syarikat penerima akan menanggung sebahagian risiko yang terdapat dalam syarikat pemberi. Oleh itu, syarikat pemberi akan membayar sumbangan tertentu kepada syarikat penerima yang berkongsi risiko berkenaan. Syarikat penerima boleh terdiri daripada syarikat takaful biasa atau syarikat takaful semula yang khas.

Kembali ke atas