Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu

[me.lang.kau] | ملڠکاو

Definisi : melangkahi atau melampaui, tidak mengikuti susunan, menyelang-nyelangi: bacaannya melangkau-langkau sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.kau] | ملڠکاو

Definisi : melakukan sesuatu (spt membaca, mengira) dgn tidak mengikut urutannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
langkau
Kata Terbitan : terlangkau, melangkau,

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
skip-step emfdge melangkau-langkahKimiaTiadaTiada
forward branchingbahagian langkauPendidikanTiadaPeluang-peluang yang diperuntukkan kepada pelajar untuk melangkau beberapa batasan bidang apabila memberi jawapan yang betul kepada sesuatu ujian.
international tradeperdagangan antarabangsaUndang-undangTiadaAktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan yang melangkau sempadan negara. Perdagangan antarabangsa tertakluk kepada dua komponen undang-undang, iaitu komponen undang-undang awam dan komponen undang-undang persendirian.
international commerceperdagangan antarabangsaUndang-undangUndang-undang AntarabangsaAktiviti menjual dan membeli barangan atau perkhidmatan yang melangkau sempadan negara. Perdagangan antarabangsa tertakluk kepada dua komponen undang-undang, iaitu komponen undang-undang awam dan komponen undangundang persendirian. Undang-undang awam merangkumi peraturan yang menyentuh tingkah laku negara yang mengawal, mengatur dan membatasi perdagangan antarabangsa. Ini termasuklah peraturan berkaitan liberalisasi perdagangan, pengurangan tarif dan sekatan perdagangan, subsidi dan sebagainya. Undang-undang persendirian pula mengawal perhubungan antara penjual dan pembeli barangan atau perkhidmatan serta pihak yang lain seperti penyedia kewangan, pengangkut barangan dan sebagainya.
playback rate scale factorfaktor skala kadar main semulaTeknologi MaklumatTiada1. Faktor yang menentukan kadar kelajuan main semula suatu rakaman audio. Audio dimainkan semula pada kadar yang berbeza seperti yang diarahkan oleh aplikasi lain untuk kesan khusus. Sampel rakaman audio tidak diubah tetapi pemacu menyisip dengan melangkau atau mensintesiskan sampel tertentu. Sebagai contoh, sekiranya faktor main semula adalah 1.1, output pemacu ialah jujukan integer 1 iaitu rakaman dimain semula secara normal. Sekiranya faktor main semula ditukar kepada 2 dan dimasukkan pada setiap sampel audio yang ke-10, pemacu akan melangkau setiap sampel audio yang ke-10. Ini menyebabkan rakaman berkenaan dimainkan dengan lebih pantas iaitu 10% lebih laju daripada kadar biasa. 2. Titik pada ketika main semula video tidak lancar dan kelihatan melompat-lompat disebabkan oleh kehilangan kerangka. Ini ditentukan oleh saiz tetingkap pemain semula dan kuasa pemproses.

IP switchingpensuisan IPTeknologi MaklumatTiadaKaedah penghalaan yang menggunakan perkakasan mod pemindahan tak segerak(ATM) untuk menghala paket melalui rangkaian dengan lebih laju. Pensuisan IP memerihalkan pelbagai pendekatan dalam menggunakan penyelesaian berkelajuan tinggi(silikon) untuk menambah kelajuan proses penghalaan IP dengan melangkau seberapa banyak penimbalan ingatan yang mungkin.
regionalismkedaerahanKesusasteraanTiadaSemangat kewilayahan yang ditunjukkan dalam kesusasteraan (semua genre) melalui loghat, dan pemaparan suasana, tingkah laku, kepercayaan, nilai, sejarah atau persekitaran sesuatu kawasan geografi. Semangat kedaerahan yang mendalam dapat mendorong penulis mencipta secara tepat suasana, pertuturan, adat resam, kepercayaan, dan sejarah sesuatu tempat. Karya daerah yang baik seperti puisi Robert Frost dan Robert Lowell mampu melangkau batasan kedaerahan dan berupaya mencapai wawasan yang universal. Penulis Melayu yang banyak memanfaatkan semangat kewilayahan ialah Shahnon Ahmad melalui karyanya berjudul Ranjau Sepanjang Jalan, dan Srengenge, dan S. Othman Kelantan melalui karyanya bertajuk Jogho. Contoh karya sastera Arab ialah novel Du�a�al-Karawan oleh Taha Husayn, manakala contoh karya sastera Parsi ialah Tangsir oleh Sadiq Chubak.

Kembali ke atas