Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lang.sai.kan] | ملڠسايکن

Definisi : melunaskan (hutang), men­jelaskan, menyelesaikan: dia ~ hutang ayah­nya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lang.sai.kan] | ملڠسايکن

Definisi : menjelaskan (hutang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melangsaikan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ada’ daynmelaksana hutangPerniagaan IslamTiadaPerihal menunaikan atau melangsaikan hutang sama ada hutang pinjaman, jual beli atau denda. Pelangsaian hutang boleh dilakukan oleh penghutang sendiri atau pihak lain. Sinonim wafa’ al-dayn.
balloon paymentbayaran tunggak akhirPentadbiranTiadaBayaran terakhir yang besar bagi melangsaikan pinjaman
taflismuflisPerniagaan IslamTiadaPernyataan mahkamah terhadap individu yang tidak mampu melangsaikan hutang. Individu yang muflis atau bankrap dikenali sebagai pemuflis. Orang yang muflis termasuk di bawah salah satu kategori orang yang tidak berkeupayaan menguruskan hartanya.
kafalah bil daynjaminan hutangPerniagaan IslamTiadaAkad jaminan yang ditanggung oleh penjamin bagi melangsaikan hutang. Apabila tuntutan hutang dilakukan, maka jaminan hutang boleh dituntut daripada penghutang, penjamin atau kedua-duanya. Mazhab Maliki, Syafii dan Hambali berpendapat bahawa akad ini termeterai tanpa perlu ungkapan qabul di pihak penerima jaminan.
dhimmahzimmah/tanggunganPerniagaan IslamTiadaTanggungan atau keadaan yang wujud pada individu bagi melaksanakan kewajipan. Contohnya, dalam kes hutang, penghutang bertanggungjawab melangsaikan hutang tersebut.
suftajahsuftajahPerniagaan IslamTiadaSurat atau dokumen yang ditulis oleh pihak yang berhutang kepada wakilnya yang berada di negara lain supaya wakil melangsaikan hutang. Contohnya, sebuah syarikat menghantar surat kredit atau draf bank kepada wakil di luar negara untuk urusan pembayaran import eksport atau hutang.
sulhperdamaianPerniagaan IslamTiadaAkad penyelesaian pertikaian antara pihak yang terlibat melalui persetujuan atau toleransi. Contohnya, A menuntut daripada B sejumlah RM50,000, kemudian B mengadakan sulh dengan A untuk melangsaikan hanya RM45,000. Sulh adalah sah sekiranya A bersetuju dengan pembayaran tersebut.
mortgagegadai janjiEkonomiEkonomi IslamInstrumen kewangan yang ditawarkan oleh bank kepada peminjam dan peminjam memberikan harta sebagai cagaran. Sekiranya peminjam tidak dapat melunaskan pinjamannya, maka bank akan menjual harta tersebut untuk melangsaikan bahagian pinjaman yang belum dibayar. Perbezaan antara hasil jualan dengan pinjaman yang belum dibayar akan dikembalikan kepada peminjam. Gadai janji ini biasanya menjadi syarat dalam akad bai‘ bithaman ajil dan akad murabahah.
asilpihak dijaminPerniagaan IslamTiadaIndividu yang dijamin oleh penjamin bagi menanggung tanggungan yang pada asalnya menjadi tanggungan pihak yang dijamin. Contohnya, dalam kes hutang bank, sekiranya pihak yang dijamin tidak membayar hutangnya, maka penjamin bertanggungjawab melangsaikan hutang tersebut.
voluntary pawn salejualan gadaian sukarelaEkonomiEkonomi IslamTindakan sukarela yang dilakukan oleh penggadai atau wakil penggadai untuk menjual barang gadaian. Tindakan ini berlaku apabila penggadai mengambil barang gadaian dengan izin daripada pegadai dan menjualnya sendiri untuk melangsaikan hutang.
12

Kembali ke atas