Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.jut] | ملنجوت

Definisi : tidak putus-putus, tidak terhenti-­henti (tetap), terus: aku telah merantau sejak masa Jepun ~ ke masa orang putih; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.jut] | ملنجوت

Definisi : tidak putus-putus; terus: Banjaran Appalachian ~ hingga ke bahagian utara Kanada. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melanjut


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1)Setelah enam bulan (melanjut/melanjutkan) pelajaran di luar negara,Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia. 2)(Sempena/Bersempena dengan) hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua. 3)Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas (di/pada) peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China. Tolong betulkan.Terima kasih.1. Setelah enam bulan melanjutkan pelajaran di luar negara, Mashita merindui keluarganya yang berada di Malaysia.
2. Bersempena dengan hari raya Aidilfitri pada tahun ini,ayah membeli pakaian baharu untuk kami semua.
3. Pemain badminton perseorangan utama negara telah tewas pada peringkat separuh akhir dalam kejohanan itu kepada pemain China.
Tatabahasa15.07.2012

Kembali ke atas