Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.lan.tai] | ملنتاي

Definisi : sj tumbuhan (pokok) dlm famili Dipterocarpaceae, belantai, melanti, kawang (Sabah), engkabang (Sarawak), Shorea spp. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.lan.tai] | ملنتاي

Definisi : 1. membuat (memasang) lantai; 2. rata (tanah dll) spt lantai, pamah, tidak tinggi rendah; sudah patah baru hendak ~ prb sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melantai

Peribahasa

Sudah kecurian baru mengunci pintu.

Bermaksud :

Sesudah mendapat kesusahan baru hendak beringat-ingat. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Sudah kalah baru berkubur, b. Sudah lulus maka hendak melantai, c. Sudah terantuk baru tengadah, d. Teperlus maka hendak menutup lubang).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
melantaimelantaiPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Shorea spp. yang kayunya ringan dan berwarna kemerahan atau kekuningan, daripada famili Dipterocarpaceae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah belantai dan melanti, di Sabah ialah kawang, dan di Sarawak ialah engkabang. Spesies utamanya termasuk Shorea macroplera, S. cristata, dan S. macrophylla. Gubal kayu melantai biasanya berwarna lebih muda daripada teras kayunya, yang berwarnakuning kemerahan. Tekstur kayunya agak kasar dengan ira yang bersimpul. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 415 hingga 625 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu keras ringan. Kayu ini mudah diproses dan dikeringkan, boleh menghasilkan pemukaan yang berkilau tetapi tidak tahan dan sukar diawet. Kayu melantai sesuai digunakan untuk hiasan dalaman, kayu kumai, venir, papan lapis dan kabinet
ShoreaShoreaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanGenus kayu dagangan yang terpenting dari hutan-hutan di Malaysia. Genus daripada famili Dipterocarpaceae ini menghasilkan kayu yang mempunyai berbagai-bagai sifat dan kegunaan. Antara spesies utama termasuk alan, balau, meranti merah muda, meranti merah tua, melantai, meranti bakau, balau merah, dan meranti putih.
DipterocarpaceaeDipterocarpaceaePerhutananSains Kayu dan Hasil HutanFamili tumbuhan yang menghasilkan kayu balak yang paling penting dan dominan di Malaysia dan Asia Tenggara. Tumbuhan dalam famili ini menghasilkan isipadu kayu yang paling banyak dan mempunyai nilai dagangan yang paling tinggi di Malaysia, dan hampir kesemua spesies dalam famili ini boleh didagangkan. Kayu ini boleh digolongkan dalam tiga kumpulan, berdasarkan ketumpatan dan ketahanan, iaitu kumpulan kayu ringan, kayu keras sederhana dan kayu keras berat. Contoh kayu keras ringan ialah alan, gerutu, melantai, meranti bakau, meranti merah muda, meranti merah tua, merawan, dan mersawa; contoh kayu sederhana ialah alan batu, kapur, dan keruing; dan contoh kayu keras berat ialah balau, balau merah, cengal, resak, giam, dan penyau.

Kembali ke atas