Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata melapangi 1


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
lapang I1. tidak sempit, lega, luas (kawasan dll): jangan bermain di sini, pergi ke tempat ~; 2. terluang (waktu dll), tidak sibuk, seng­gang: apabila ada masa ~, kita akan ber­bincang lagi; 3. kawasan (yg luas), tapak (tempat) mendirikan atau mengadakan sesuatu: tanah itu dicadangkan utk ~ sekolah; ~ dada = ~ hati a) berasa senang dan lega; b) sabar; ~ fikiran tidak diganggui, tenang; ~ kira-kira senang hati, lega; ~ pengetahuan luas pengetahuan; ~ perut selalu hendak makan; berlapang, berlapang-lapang tidak terhalang, bebas, leluasa: ~ hati sabar; duduk seorang bersempit-sempit duduk bersama berlapang-lapang prb perundingan menghasilkan fikiran yg lebih bernas drpd fikiran kita seorang; melapangi 1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki memberi pertolongan (bantuan); melapangkan 1. menjadikan lapang, melebar­kan, meluaskan: orang ramai ~ jalan kerana putera mahkota hendak lalu; ~ dada = ~ hati menenangkan hati dan fikiran: Allah ~ dada sesiapa yg dikehendaki utk menerima Islam; 2. meluangkan (masa dll), menyeng­gangkan: saya tidak dapat ~ waktu kerana banyak urusan; memperlapang menjadikan lebih lapang; lapangan 1. kawasan atau tempat yg luas, gelanggang, medan, padang; ~ bola padang tempat bermain bola; ~ terbang tempat kapal terbang turun naik; 2. bidang (pengetahuan, kegiatan, pekerjaan, dll), jurusan, lingkungan: mata pelajaran ini meliputi ~ kejuruteraan yg amat luas; kelapangan 1. perihal lapang (tanah, padang, dll), keluasan, kesenangan: dia semata-mata minta ~ pd tempat yg sempit; 2. keluangan waktu, masa yg terluang (tidak sibuk): tiap kali ada masa ~, dia akan menemui Nahidah; minggu depan tuan ada ~? 3. kelegaan (fikiran, kedudukan, dll), kemudahan: masyarakat selama-lamanya mencari ~ dan kebebasan; pelapang; ~ dada orang yg sabar.Kamus Dewan Edisi Keempat
melapangi1. memberi tempat dll yg lapang, melonggari: penonton mesti ~ sedikit agar orang yg pengsan itu dapat bernafas; 2. ki memberi pertolongan (bantuan);Kamus Dewan Edisi Keempat
lapang1 tidak sempit; luas; lega: Anak-anaknya pergi bermain layang-layang di tempat yg ~. 2 tidak sibuk; terluang (bkn waktu): Pd masa ~, dia mengajarkan bahasa Arab kpd para pegawai. ~ dada (hati) a. berasa lega dan tenang. b. sabar. ~ fikiran tidak ada yg merunsingkan; tenang. melapangi mengadakan ruang yg lapang (ttg orang yg sedang bersesak-sesak): Pengantin sudah tiba, tolong lapangi sedikit. melapangkan 1 menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan: Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2 menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan: Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. memperlapang menjadikan lebih lapang (bkn ruang dsb). lapangan 1 kawasan atau tempat yg lapang: ~ terbang. 2 jurusan atau bidang (sesuatu pelajaran, pekerjaan dll): Ia menceburkan dirinya dlm ~ perniagaan. kelapangan 1 keadaan lapang (bkn tanah, padang dll); keluasan. 2 waktu yg lapang: Jika ada ~, saya akan hadir di majlis itu.Kamus Pelajar Edisi Kedua
lapang1. tidak sempit; luas; lega: Anak-anaknya pergi bermain layang-layang di tempat yg ~. 2. tidak sibuk; terluang (bkn waktu): Pd masa ~, dia mengajarkan bahasa Arab kpd para pegawai. ~ dada (hati) a. berasa lega dan tenang. b. sabar. ~ fikiran tidak ada yg merunsingkan; tenang. melapangi mengadakan ruang yg lapang (ttg orang yg sedang bersesak-sesak): Pengantin sudah tiba, tolong lapangi sedikit. melapangkan 1. menyebabkan jadi lapang; melegakan; meluaskan:Dia ~ jalan itu supaya orang ramai dpt lalu. Mereka pergi ke tepi pantai utk ~ fikiran. 2. menyebabkan ada yg lapang (bkn waktu); meluangkan:Ayahnya tidak dpt ~ masanya kerana banyak kerja. memperlapang menjadikan lebih lapang (bkn ruang dsb). lapangan 1. kawasan atau tempat yg lapang: ~ terbang. 2. jurusan atau bidang (sesuatu pelajaran, pekerjaan dll):Ia menceburkan dirinya dlm ~ perniagaan. kelapangan 1. keadaan lapang (bkn tanah, padang dll); keluasan. 2. waktu yg lapang: Jika ada ~, saya akan hadir di majlis itu.Kamus Pelajar

Kembali ke atas