Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.rut.kan] | ملاروتکن

Definisi : menghancurkan (spt gula dgn air dll), menjadikan cair: kadang-kadang benda-benda spt gula atau garam dapat dilarutkan dgn jalan memanaskannya; air yg ~ garam itu kemudiannya dipanaskan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.rut.kan] | ملاروتکن

Definisi : menghancurkan sesuatu (spt gula, garam) di dlm air dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
larut (kata kerja)
Bersinonim dengan hancur, cair, meresap;,
Kata Terbitan : berlarut-larut, berlarutan, melarutkan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MUSILAJ

Musilaj ialah sejenis bahan yang tebal dan lekit,

yang biasanya dibuat dengan melarutkan gam di

dalam air, atau cecair lain. Musilaj ialah sejenis

pelekat dan boleh melekatkan dua bahan. Bahan

kandungan yang tepat bagi sesuatu musilaj

berbeza mengikut kegunaannya. Gam arab yang

dilarutkan dalam air panas menghasilkan musilaj

gam arab. Apabila aluminium sulfat ditambah pada

larutan tersebut, pelekat yang terhasil boleh

digunakan untuk melekatkan kertas pada kaca.

Dekstrin (satu bahan yang diperbuat daripada kanji)

dilarutkan ke dalam air sejuk untuk menghasilkan

musilaj yang digunakan untuk stem pos. Glu dan

gelatin juga digunakan untuk membuat musilaj.

Lihat juga Gam arab; Glu.

UMUM 
KARBON TETRAKLORIDA

Karbon tetraklorida ialah cecair yang jernih,

tidak berwarna yang tidak terbakar. Industri

menggunakannya untuk melarutkan minyak dan

getah.

UMUM 
ASID HIDROFLUORIK

Asid hidrofluorik ialah bahan kimia bukan

organan yang sangat berbahaya. Asid ini

dihasilkan dengan cara melarutkan gas

hidrofluorik di dalam air. Formula kimia asid

hidrofluorik ialah HF.

UMUM 
AKUA REGIA

Akua regia ialah campuran asid nitrik dan asid

hidroklorik. Ia penting dalam kaji logam dan kimia

kerana ia melarutkan logam seperti platinum dan

emas.

UMUM 
ASID

Asid ialah sebarang kumpulan sebatian kimia yang

mempunyai sifat-sifat tertentu yang sama. Larutan

asid berasa masam dan menghasilkan rasa pedih

jika terkena pada kulit. Asid melarutkan banyak

logam dan menukar warna kertas litmus biru

kepada merah. Sebatian kimia yang dinamakan bes

atau alkali meneutralkan asid.

UMUM 
NAFTA

Nafta ialah mana-mana cecair yang hanya terdiri

daripada atom hidrogen dan karbon yang mendidih

di bawah 200°C. Nafta yang diperoleh semasa

penapisan petroleum dicampurkan untuk membuat

petrol. Sesetengah jenis nafta digunakan untuk

melarutkan getah dan untuk mencairkan cat dan

varnis. Yang lain digunakan sebagai bahan

pembersih dan sebagai bahan dalam pembuatan

gas artifisial. Nafta boleh dihasilkan apabila tar batu

arang, iaitu bahan melekit yang dibuat daripada

batu arang lembut disuling. Nafta tar batu arang

digunakan sebagai bahan pelarut dan dalam

pembuatan rebin sintetik (artifisial). Nafta tulen

mudah meletup apabila terdedah kepada api.

UMUM 

Kembali ke atas