Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ta] | ملات

Definisi : menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan spt ular, kacang, labu, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ta] | ملات

Definisi : menjalar atau merayap (bkn tumbuh-tumbuhan atau binatang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lata
Kata Terbitan : melata,

Puisi
 

Kacang sepat kacang melata,
     Kacang melata di atas kota;
Orang berempat sebaya saja,
     Salah satu kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Menjalar melata pohon tembikai,
     sayang buah dimakan tikus.

Bermaksud :

Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Pantun

PantunSumberTema
Kacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kacang melata di atas kota, Mari ditanam di kebun Cina; Salah satu kuambil juga, Kalau tak dapat diri merana.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Tak tumbuh tak melata, Padi pulut buat niaga; Tak sungguh orang tak kata, Budi pekerti harus dijaga.Pantun Melayu SarawakNasihat
Kalau sudah semut melata, Hidupkan api dalam gua; Kalau disebut sehidup semati, Sehidup semati sampai tua.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Tidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi.Kurik Kundi Merah SagaAgama
Besar kayu kerana uratnya, Urat melata jalin-menjalin; Besar Melayu kerana adatnya, Adat setia kepada pemimpin.Khazanah Pantun Melayu RiauAdat
Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata.Kurik Kundi Merah SagaPeribahasa
Kalau tidak kerana galah, Manakan ada ayam melata; Kalau tidak kerana Allah, Manakan ada alam semesta.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Selama memasang lantai perahu, Banyaklah ketam lata melata; Selama musang pandai merayu, Banyaklah ayam nan jatuh cinta.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dua kali bayam berpucuk, Labu manis lata-melata; Dua kali ayam berkokok, Hitam manis bercerailah kita.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
12

Kembali ke atas