Kurik Kundi Merah Saga | Kacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang sepat kacang melata, Kacang melata di atas kota; Orang berempat sebaya saja, Salah satu kuambil juga. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang melata di atas kota, Mari ditanam di kebun Cina; Salah satu kuambil juga, Kalau tak dapat diri merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kacang melata di atas kota, Mari ditanam di kebun Cina; Salah satu kuambil juga, Kalau tak dapat diri merana. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tidak tumbuh tidak melata, Patah galah dalam padi; Tidak sungguh kehendak kita, Perintah Allah juga yang jadi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak sepat sudah melompat, Ikan limbat melata-lata; Kalau cepat tentulah dapat, Kalau terlambat putihlah mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Anak Batak pandai menari, Anak Rama pandai melata; Kalau masak angkat ke mari, Sama-sama kita merasa. |
Kurik Kundi Merah Saga | Padang lampung berbambu perindu, Kuini cempedak tumbuh melata; Sedangkan sekampung hatiku rindu, Inikan pula jauh di mata. |
Kurik Kundi Merah Saga | Dari hulu sampai ke hilir, Pokok kiambang tumbuh melata; Cubalah ingat cubalah fikir, Siapalah dia di depan kita. |
Kurik Kundi Merah Saga | Memikat balam di Gunung Banang, Anak kera tidur melata; Tidur malam tuan dikenang, Tidur berendam airnya mata. |