Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.la.ta] | ملات

Definisi : menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan spt ular, kacang, labu, dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.la.ta] | ملات

Definisi : menjalar atau merayap (bkn tumbuh-tumbuhan atau binatang). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
lata
Kata Terbitan : melata,

Puisi
 

Kacang sepat kacang melata,
     Kacang melata di atas kota;
Orang berempat sebaya saja,
     Salah satu kuambil juga.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Menjalar melata pohon tembikai,
     sayang buah dimakan tikus.

Bermaksud :

Indah dan gagah pada lahirnya saja tetapi batinnya tidak baik. tembikai = buah semangka.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
jalar; ubi ~ ubi yg pokoknya melata; berjalaran, berjalar-jalar merayap, melata (bkn pokok dll), bergerak (perlahan), merayap ke sana ke mari (bkn ular, lipan, dsb): cacing ~ ke sana ke mari di dlm bekas itu; akar ~ sj tumbuhan, akar gegerit besi; menjalar 1. bergerak perlahan(-lahan), merayap: ulat itu ~ ke arahnya; 2. (tumbuh) melata (bkn tumbuh-tumbuhan spt pokok labu, kacang panjang, dll): tumbuh-tumbuhan yg ~; 3. merebak (api dll); 4. merebak, menular (bkn penyakit dll): wabak taun telah ~ ke daerah selatan pulau itu; 5. meluas, berkembang merebak (meluas): gerakan antikerajaan oleh kaum Buddha telah ~ di Vietnam Selatan; perkembangan ini kemudiannya ~ ke luar Eropah; menjalari 1. menjalar di: ular-ular ~ peti-peti kaca itu; rumpai telah ~ timbunan kayu itu; 2. merebak (melarat) ke: api telah ~ keseluruhan kawasan itu; 3. menulari, merebak ke, menjangkiti: demam selesema ~ ramai pelajar; menjalarkan 1. menjadikan (membiarkan) menjalar; 2. menjangkitkan, merebakkan, meluaskan; terjalar seakan-akan (spt) menjalar; jatuh ~ jatuh terlungkup; jalaran tempat menjalar (tumbuh-tumbuhan dll); penjalaran perihal menjalar (tumbuh-tum­buhan dll); penjalar (Bio) tumbuhan yg tumbuh melata di atas tanah atau memanjat benda yg tinggi dgn menggunakan akar udara, mis pokok labu dan tembikai.Kamus Dewan Edisi Keempat
kundursj tumbuhan (herba memanjat), beligu, Benincasa cerifera; ~ tikus sj tumbuhan (pokok menjalar), pedendang tikus, timun tikus, Melothria affinis; ~ tidak melata pergi, labu tidak melata mari prb persetujuan hendaklah berdasarkan tolak ansur dan persahabatan haruslah datangnya drpd kedua-dua belah pihak; kalau spt ~ labu, boleh dibelah prb utk menegaskan kebenaran atau kejujuran.Kamus Dewan Edisi Keempat
melatamenjalar atau merayap (bkn tumbuh-tumbuhan atau binatang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
melatamenjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan spt ular, kacang, labu, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
air melatariam atau jeram yg tegak, air terjun (yg rendah).Kamus Dewan Edisi Keempat
menyelarmelata atau menjalar (ular, tumbuh-tumbuhan, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
lata I; melata menjalar atau merayap (bkn tumbuh-tumbuhan atau binatang).Kamus Pelajar Edisi Kedua
meragas1. melata naik, memanjat (tumbuh-tumbuhan): batang semalu diliputi duri-duri dan ~ naik ke atas rumpun-rumpun pokok yg tidak begitu tinggi; 2. bp me­manjat-manjat (kerana bermain-main spt yg biasa dilakukan oleh kanak-kanak): jangan suka ~, nanti jatuh.Kamus Dewan Edisi Keempat
lata I; melata menjalar atau merayap (binatang atau tumbuh-tumbuhan spt ular, kacang, labu, dll).Kamus Dewan Edisi Keempat
menjelataark melata; ® lata III.Kamus Dewan Edisi Keempat
123456

Kembali ke atas